KENAPA TAK BOLEH HEBOH BILA BUNTING PELAMIN

Setiap pasangan berkahwin ni apa nak pelik bila mengandung kan? Tak ada apa yang nak di malukan kalau mengandung lepas kahwin. Yelah... benda tu normal takde luar biasa pun. Tapi kenapa perlu rahsiakan awal kandungan kalau korang bunting pelamin? Bunting pelamin ni istilah dia pengantin baru kawen tapi dah di sahkan mengandung mungkin 3 minggu lepas nikah atau sebulan lepas nikah. Memang mood bulan madu tu tak abis lagi.. inai kat jari pun tak luntur sepenuhnya lagi dah mengandung. Kenapa perlu rahsiakan kandungan tu sedang anda tidak melakukan hubungan yang menyebabkan termengandung sebelum nikah. Ni pendapat Acik lekit la yer... Bukan kata salah tang memana tapi benda ni boleh mengundang fitnah bagi mereka yang tak tahu tempoh persenyawaan boleh berlaku & tempoh kandungan boleh di kesan selepas persenyawaan. Contoh baru sebulan kawen tetiba anda di sahkan mengandung 3 minggu. Atau tak sampai sebulan kawen tetiba dapat detect mengandung 2 minggu. Ada yang rasa sangat mustahil ...