BACA NI SEBELUM PERCAYA KES CICAK DALAM BOTOL KICAP ABC

Aku bukanlah nak kata yang menyebarkan gambar cicak dalam botol kicap sause manis ni seorang pemfitnah ok. Tapi dari pengalaman aku yang lepas pernah up entri pasal cicak dalam kicap satu jenama ni & mendapat maklum balas dari pihak pengurusan syarikat tu sendiri, menjelaskan & menunjukkan bukti kajian mereka untuk menafikan cicak yang ada dalam botol kicap produk keluaran mereka tu bukan datang dari kilang pemprosesan mereka mungkin dari kesilapan pengguna tu sendiri lepas guna lupa tutup botol kicap. Bila aku tengok makin ramai pulak dok percaya & share gambar cicak dalam dalam botol kicap sause manis ABC ni aku teringat kes yang dulu. Sebab aku ada bahan untuk berkongsi dengan semua jadi aku pun Up entri ni supaya kita sama2 dapat ilmu & tidak cepat percaya dengan khabar yang belum sahih. Tengok betul2 sifat bangkai cicak tu masih sempurna tanpa sebarang pereputan berlaku walau terendam dalam kicap berhari2 lamanya. Hasil kajian mereka mendapat cicak akan m...