Posts

Showing posts from August 22, 2011

TERAWAL PULA KELUARNYA

Tentu korang tertanya mana hilangnya sang lekit 2 hari ni, kan?? Blog sepi tak ber update. Semuanya terjadi di luar jangkaan. Ceritanya bermula awal pagi sabtu lebih kurang jam 7 pagi.. Sang lekit terbangun dari tidur akibat dari tendangan kuat baby dalam perut dan kemudian... Korang rasa apa yang berlaku selepas tu? Tak payah la main teka teki yer.. Sang lekit dah selamat lahirkan baby girl, pagi sabtu haritu. walau due date dia 9.911 tapi 20.8.11 dia dah tengok dunia. Kisah di sebalik kelahiran baby girl tu nanti sang lekit cerita yer. Apapun semuanya selamat & di permudahkan. Sakit pun tak lama.. pukul 8 pergi hospita, lebih kurang pukul 9 bersalin secara normal & lebih kurang pukul 11 masuk wad bila dah selesai urusan di bilik bersalin. Semalam (tengahari) sang lekit dah di benarkan balik. Hari ni kat rumah bersama baby girl. Kalau ada kelapangan & kesempatan nanti sang lekit akan cerita pengalaman sang lekit lahirkan baby girl ni. Sekarang ni nak rehat2 kejab.