Posts

Showing posts from February 13, 2011

KALA DULU MULA BERBLOG.. KRITIKAN LA MENJADI GURU

Masa mula - mula nak aktif berblog ni.. Macam - macam kekurangan yang ada di blog Melekit ni. Asal singgah blog orang jer.. Mesti cerita something yang dorang tak suka pada sesatu blog.. Belek - belek blog melekit. Memang ada ciri - ciri yang orang tak suka tu. Bukan takat widget, gadget yang meraban tak tentu hala.. player radio online.. Tu semua ciri - ciri yang blogger lain kebanyakkan tak suka. Takde lak lekit buat entri menghentam pandangan blogger - blogger tu. Ambil dari sudut positif perbaiki kelemahan yang ada. Biarpun dorang tak point mana - mana blog tapi sendiri mau ingat la, kan?? Takde lak lekit nak menyindir orang yang bagi pandangan dalam unsur kritikan tu sebab bagi aku, Yup! Aku perlukan semua tu untuk buat blog aku juga di terima oleh ramai orang. Tapi kan sekarang bila kita cuba bagi pandangan & nak share something untuk sama - sama maju dalam arena blog ni ada yang tak puas hati.. Walau tak buat entri khas pun, selit jugak la dalam entri2 dorang kata2 sindi...

DELETE BLOGLIST SEBAB MALWARE

Dah beberapa hari aku buang bloglist aku.. Tinggal 1 jer bloglist. Just untuk rujukan. Bloglist tu tak banyak blog aku add... Bloglist kedua yang aku add semua blog yang aku follow tu terpaksa aku buang sebab Malware. Rasa macam tak best lak.. Takde top 5 member2 blogger yang rajin update. Agaknya bila bleh masukkan semula bloglist tu ekk.. Tadi nak masukkan balik tapi takut kena malware lagi walau aku dah install Anti-Malware. Takpe la bagi 2 3 hari lagi bloglist tu nyuruk kejab. Kalau takde aral melintang pukang nanti aku masukkan balik la yer.. Takat ni ada tak sapa - sapa detect malware dari blog melekit ni?? Hope sapa - sapa yang dapat kesan malware kat blog ni tolong la inform yer. Bantuan & kerjasama korang amat la di perlukan.

LAGI ARTIS KENA RAGUT

Image
Kalau 2 3 hari lepas Nasha aziz jadi mangsa ragut, kali ni Norlia Ghani pula jadi mangsa ragut selepas mengeluarkan RM8000 dari bank. Kejadian tu berlaku semasa beliau dalam perjalanan ke perhentian teksi untuk pulang kerumah. Wang pendahuluan yang di terima dari drama bersiri lakonannya tapi nak buat macam mana bukan rezeki dia. Rezeki haram peragut. Aduhai peragut.. Korang ni lahir tahun kambing/kerbau/lembu ker?? Tak kira la sapapun mangsanya tapi peragut ni tak kenal mangsa. Sasaran golongan wanita. Nak - nak lagi warga emas. So makcik - makcik kalau nak keluarkan duit dalam jumlah yang banyak elok la di bawa sorang hero sebagai peneman. Malang tak berbau.. So, elok la ambil langkah keselamatan. Rujukan (harian metro) : Norlia mangsa dua peragut