Posts

Showing posts from July 21, 2015

YANG PERLU KORANG TAHU SEBELUM PAKAI CONTACT LENS

Image
Contact lens pun dah jadi macam kosmetik.. Ramai yang nak cantik sekarang ni pakai contact lens tapi entah kenapa aku rasa macam rimas bila pakai contact lens.. Pernah la dulu pakai.. Rasa lagi selesa dengan bijik mata original ni. Takpe la bijik mata standard orang melayu... Syukurlah ada biji mata katanya. Takde warna warni aidilfitri pun takpe dari rasa ada benda melekat je kat biji mata. Tapi biasa la tuntutan trend & fesyen.. Ramai muda mudi termasuk tua bangka pun nak nampak cantik dengan contact lens... Takpe pakai jer. Semua berhak untuk rasa diri dia cantik. Tapi sebelum korang beli & pakaikan kat bijik mat korang ada beberapa perkara korang kena tahu dulu. Jangan semborono main tempek je kat bijik mata. Silap haribulan nak cantik lain pulak jadinya. Banyak perkara kena ambil kira dalam pemilihan contact lens ni.. Dari segi kesesuaian hingga pada tahap keselamatan & kesihatan. Jangan ambil mudah.. Kanta lekap ni bila pakai melibatkan keselamatan kornea mata....

BAWA ANAK PERGI BERCUTI UMPAMA BAWA BEBAN BAIK TINGGALKAN JE

Image
Terbaca satu artikel pasal pasangan suami isteri retis ni yang katanya serik dah nak bawak anak pergi bercuti ke luar negara kalau takde pembantu. Sebab dia rasa susah nak handle. Almaklum la orang kaya kan... Benda macam tu pun dah rasa tak boleh nak handle. Anak sorang je kot.. Tu ok lagi.. Yang tak boleh blah.. statement dari admin blog cerita retis yang popular tu. Lagi urut dada aku baca. Statement retis tu aku ok lagi.. sebab katanya cuma serik tak bawa pembantu jer.. tapi statement admin blog tu yang tak tahan...  Sampai macam tu sekali dia rasa bebannya anak anak yang di bawa pergi bercuti. Aku ni dah dekat 4 tahun panggung wayang pun tak masuk dah... Sebab aku tau anak aku tak boleh duduk diam. Ada orang suggest sekali sekala bagi la family jaga.. Maaf la. setakat nak berseronok sampai nak kena tinggal anak tu bukan cara aku. Biarlah aku buat aktiviti yang anak aku pun boleh join sekali.. asalkan mana aku pergi anak aku ada dengan aku. Kalau nak tengok wayang pun a...

RUMAH PALING SEDIH DI HARI RAYA

Image
Raya.. tak semua rumah yang kita kunjungi tu nampak meriah & ceria dalam suasana raya.. Kadang2 ada rumah even di hias untuk sambutan raya.. ada persiapan raya macam orang lain tapi bila masuk memang kita rasa suram & sedih sangat. Bukan sebab penghuni dia orang susah ke,orang kurang upaya atau orang sakit.. cuma mungkin sesuatu yang kita rasa hilang bila kita melangkah masuk setelah berpuluh tahun tak jejakkan kaki. Macam tu la yang aku rasa bila bertandang kat sebuah rumah ni.. dulu rumah tu bagi aku bersih, kemas & cantik walaupun tak besar mana. Nampak meriah orang yang menghuninya.. dari kecik rumah tu selalu aku keluar masuk... lepak.. sembang.. Tapi sekarang setelah berpuluh tahun aku tak pernah lagi masuk rumah tu, raya pertama haritu aku masuk.. Ya Allah.. sedihnya. Banyak perkara dah 'hilang' yang ada cuma kenangan. Yang hilang 'kawan baik' aku sejak dari sebelum aku kenal ABC lagi.. membesar sama sama. Bukan dia dah takde kat dunia ni cuma dia...