Posts

Showing posts from November 21, 2016

TELEFILEM BELLA MENCARI CINTA KISAH TOMBOY DI MINATI RAMAI LELAKI SELEPAS KENA PANAH PETIR

Image
TELEFILEM BELLA MENCARI CINTA KISAH TOMBOY DI MINATI RAMAI LELAKI SELEPAS KENA PANAH PETIR . Baca tajuk drama ni pun sebenarnya tak menarik langsung perhatian aku cuma sebagai bukan pelanggan esteruk, so tak banyak channel nak tengok. Sementara nak tunggu pukul 9 malam nak tengok filem seram kat slot pearl screen jabgi, so layan la sekejab. Manalah tau.. tajuk membosankan cerita dia best. Tapi baru 15 minit tayang rasa macam tengok filem kuch kuch hota hai versi melayu pulak walaupun aku rasa kuch kuch hota hai lagi best kot starting dia. Ada babak watak heroin yang berpewatakan tomboy.. ingat kawan yang dia suka tu sedang meluahkan perasaan cinta pada dia tapi sebenarnya dia sedang practice untuk luahkan perasaan kat someone yang dia suka. Maka kecewa la si tomboy membawa diri. Tetiba kena panah petir pulak... Masuk wad. Kemudian dia rasa macam ada kuasa meresap dalam badan dia. Setakat tu je la aku tengok.. tapi try jugak google sinopsis drama ni.. menurut sinopsis yang aku ba...

KINI MANUSIA ADA PILIHAN SAMADA NAK TINGGAL DI BUMI ATAU DI MARIKH

Image
KINI MANUSIA ADA PILIHAN SAMADA NAK TINGGAL DI BUMI ATAU DI MARIKH . Kita sinonim dengan ayat politikus tak suka dengan kerajaan sekarang keluar dari Malaysia seolah olah.. rakyat Malaysia kena bersetuju dengan apa yang pemimpin buat walaupun bagai kena jerut. Tu mentaliti politikus lorong la.. Bagi pendapat orang bijak pandai dalam politik mustahil akan keluar kenyataan macam tu sebab mereka tahu yang menentukan siapa yang boleh memimpin adalah rakyat tapi rakyat Malaysia pun bukan semua cerdik pandai. Sogok RM50 berpusu pergi berhimpun, tak kira la berhimpun secara aman atau tak. Bagi upah buat kerja masa piliharaya sikit semua lupa dah segala keperitan yang depa tanggung sepanjang 4 tahun dengan pemerintah sedia ada.Semua pakat pangkah untuk meneruskan kezaliman yang berlaku. So kau tak payah nak bising sangat la kan.. kalau kau rasa susah. Jadi bagi segelintir yang ingin mengubah masa depan negara ni mungkin agak susah la nak menukar kerajaan sedia ada sebab ramai yang mudah d...