WAJAR LAGI KE NAK GUNA DOMAIN BERBAYAR?

WAJAR LAGI KE NAK GUNA DOMAIN BERBAYAR? Zaman kegemilangan blog lekatlekit story ni macam dah suram sekarang. Nak update entri baru pun macam ada dalam tiada tapi sewa domain dengan netkl tetap kena bayar setiap tahun. Yelah.. dulu orang guna dot com kau pun nak. Waktu tak apa lah kan. Masih ada sumber pendapatan sampingan dari blog ni sekarang dah macam tiada. Sumber pendapatan sampingan tu ada cuma bukan dari blog lagi. Yang ada cuma adsense sahaja. Tu pun macam obesiti je earning dia nak naik. Yelah.. jarang jarang sangat nak berkisah dalam blog ni kan. Ikutkan domain expired bulan oktober tapi setiap tahun biasa aku akan renew awal dua tiga bulan cuma tahun ni sampai sekarang belum lagi aku buat pembayaran. Masih tengah fikir sama ada nak teruskan guna domain berbayar atau kembali ke free domain blogspot sahaja. Dengan kenaikan sewa tahunan domain di netkl ni buat aku terfikir berbaloi ke aku nak bayar? Kecuali la aku masih buat paid review di blog ni.. Sekarang memang dah tak ada...