Posts

Showing posts from November 25, 2016

BOBOIBOY GALAXY - BOBOIBOY,YAYA,YING,FANG & GOPAL DAH REMAJA

Image
BOBOIBOY GALAXY - BOBOIBOY,YAYA,YING,FANG & GOPAL DAH REMAJA .  Bagi sesapa yang ada anak tengah membesar ni memang kau akan terjebak tengok kartun jugak selain kau secara tak sengaja menghafal lagu kanak kanak. Benda ni berlaku kepada majoriti ibu bapa termasuk la aku. Sebab gugirl aku ni peminat setia Boboiboy.. Maka secara tak langsung aku pun selalu jugak menonton setiap episod Boboiboy yang sekarang di tayangkan kat tv3 setiap pukul 5 dari isnin hingga sabtu kalau tak silap.. Tadi tertengok episod Boboiboy Galaxy ni.. Apsal lain pulak rupa Boboiboy & kawan kawan dia, Yaya, Fang, Gopal & ying tu. Nampak macam dah makin besar & nampak gaya macam dah meningkat remaja bebudak tu dalam Boboiboy Galaxy ni. sebab nak tahu kenapa animasi mereka dah berubah aku pun google la. Nampaknya mak lebih sudu dari kuah dah ni.. Anak tak kecoh pun Boboiboy lain ke tidak, mak pulak excited nak tahu kenapa watak2 dalam Boboiboy Galaxy ni dah berubah.. Hasil menyiasat di goog...

FILEM UPIN IPIN JENG JENG JENG TIDAK MENEPATI CITARASA KANAK KANAK

Image
FILEM UPIN IPIN JENG JENG JENG TIDAK MENEPATI CITARASA KANAK KANAK . Upin Ipin satu watak animasi yang menjadi kegilaan kanak kanak zaman sekarang termasuk anak aku. Budak2 yang selalu mengikuti setiap episod upin ipin ni bukan setakat boleh menghafal watak watak dalam kartun tersebut malah dialog2 pun dorang boleh hafal macam anak aku. Kadang2 aku pun di panggil dengan nama watak yang ada dalam upin ipin. Normally dia panggil aku kak Ros la & bapak dia kadang2 dia panggil abang salleh.. Kelakar jugak kalau dia jadi 'tergagai' macam tu. Memang upin ipin memberi pengaruh besar pada kanak kanak.. Almaklum la keluar perut terus di dedahkan dengan upin ipin kan. Mana tak terpengaruh.. Apapun masih membawa banyak moral yang baik. Cuma kadang2 bahasa santai contoh ganti nama diri yang di gunakan bila berinteraksi dengan kawan kawan tu aku pernah dengar rungutan dari parents yang kata.. Penggunaan 'Aku' & 'Kau' tu kurang sesuai bila menjadi ikutan anak ana...

JANGAN PERASAN ANDA MASIH MUDA REMAJA KALAU DAH ADA 5 PETANDA NI

Image
JANGAN PERASAN ANDA MASIH MUDA REMAJA KALAU DAH ADA 5 PETANDA NI . Kat facebook aku pun ramai manusia2 yang masih rasa depa golongan moda rumaja walaupun bila melihat dari segi umur dah tak tergolong dalam muda remaja dah.. Lain la aku.. umur aku terhenti semenjak umur 18 Tahun.. Jadi aku tak mengalami penambahan umur dah sejak tu. Sampai sekarang la masih moda rumaja katanya... Hahahaha.. Gambar sekadar hiasan Alah.. gurau sikit pun memasing mula muncung sedepa mengumpat. Gurau - gurau di pagi jumaat pun tak touching. Yelah.. Yelah... kita semua masih moda rumaja dalam perasaan atau lebih senang faham perasan muda. hehehehe.. Sapa tak nak sentiasa muda kan. Kalau umur tak mampu di mudakan, paling2 muka nak sentiasa awet muda. Sanggup amalkan supplement mahal2 nak sentiasa kelihat sweet seventeen katanya. Walaupun ada kaedah lebih jimat & selamat untuk mengekakal wajah & tenaga agar sentiasa muda. Salah satu cara adalah mengamalkan pemakanan ulam ulaman.. Memang benda tu...