KOMPANG BERBUNYI, PENGANTIN BELUM NIKAH LAGI
Siapa pengantin yang belum nikah tapi dah di kompangkan?? Nak tau apa cerita & makna di sebalik tajuk entri ni sila rajinkan diri anda untuk baca entri ni hingga ke titik noktah terakhir. Takat baca tajuk lepas tu komen, Insyaallah komen korang akan tersasar dari cerita sebenar. Jadi kalau rasa minat nak berkomen sila baca dengan teliti & faham. carian google Tu dia mukadimah.. Bukan apa sekarang ni trend blogwalking.. Malas nak baca entri, kalau tak kat shoutbox dia menjerit, dia tinggalkan kesan jari kat komen tapi komennya nampak sangat tak baca entri. Takpe itu terpulang pada diri masing2. Salah memang tak salah, tapi akan jadi salah pada orang lain walau bagi sang lekit terpulang pada diri masing2 la nak baca @ tak. Apa benda yang kompang berbunyi tapi pengantin belum nikah lagi ni? Ni kes manusia excited yang apa saja baru planning dalam kepala otak & belum dapat keputusan rasmi dah canang bagai esok hari nak naik pelamin. Cerita gedebuk gedebak pasal preparation...