Posts

Showing posts from January 28, 2016

KISAH PENUNGGU MISTERI BILIK AIR DI KEM PLKN

Image
KISAH PENUNGGU MISTERI BILIK AIR DI KEM PLKN . Walaupun banyak kisah seram yang aku pernah baca pasal Kem PLKN ni tapi tak tau la kenapa selama ni aku tak pernah pulak tulis kat blog ni kan.. Bila belum sampai seru tu memang la tak terdetik di jari nak menaip. Nampaknya malam ni seruan dah sampai maka segmen seram serik lekat lekit malam ni akan berkongsi sebuah kisah benar yang berlaku di sebuah Kem PLKN. Sumber Sharafie.net Alkisahnya di sebuah kem PLKN yang tak di beritahu kat mana. Katanya ada sebuah bilik air yang berpenunggu. Peserta PLKN tidak di benarkan guna bilik air tu menjelang pukul 12 tengah malam ke atas. Lampu bilik air tu pun tak boleh tutup tapi lampu bilik air yang lain2 wajib kena tutup time tengah malam. Tiada siapa di benarkan guna bilik air tu sebab menurut Jurulatih bilik tu ada yang akan guna menjelang tengah malam. Senang paham bilik air tu ada penunggu la... Nak di jadikan satu kisah seram penuh misteri lagi menakutkan... Pada satu malam yang sepi.. ...

DATO VIDA MINTA JARING GAWANG GOL TUKAR WARNA PINK

Image
DATO VIDA MINTA JARING GAWANG GOL TUKAR WARNA PINK . Hahahaha... kena gelak dulu sebab aku memang nak tergelak sangat. Aduhai.. pening kepala KAFA nak melawan kerenah pink Dato Seri Vida ni tau. tak habis2 dengan pink. Sebenarnya dia nak menaikkan reputasi Pasukan Bola Sepak The Red warrior ke dia nak jual produk dalam stadium ni?? Permintaan rasanya dah makin merepek.. Lebih kepada bisnes dia bukan untuk menaik taraf mutu Pasukan The Red Warrior. Aku rasa kalau di layan kehendak Jutawan nan sorang ni.. Tak mustahil ada lagi benda merepek dia akan minta nak buat. Gamaknya masa baby dulu orang kena demam kuning dia kena demam pink kot. Kesian la kat lelaki lelaki gagah perkasa di tengah padang tu wei.. Semua pink depa pun dah nampak sweet sangat. Bagi la something yang menyerlahkan sikit 'warrior' tu. takkan semua pun nak pink. Jangan nanti tetiba bila dia tengok jaring gawang gol warna pink tak matching dengan rumput warna hijau.. Dengan rumput2 pun dia nak cat warna pink ...

WANITA TERLALU BERDIKARI BUAT LELAKI JADI TAK BERTANGGUNGJAWAB

Image
WANITA TERLALU BERDIKARI BUAT LELAKI JADI TAK BERTANGGUNGJAWAB . Terbaca satu caption tengah viral sekarang. Tak tau la yang tulis tu lelaki ke perempuan. Dia komplen pasal perempuan yang berstatus bini ni nak pergi clinic untuk pregnancy check up kena laki teman. nak bawak anak pergi klinik sebab demam pun laki kena teman. Kalau perempuan soalan aku nak tanya.. Laki kau ke kena teman? Kalau belum kawen kau jeles ke sebab takde orang nak teman kau pergi klinik. Kalau dia lelaki.. Kau spesis tak berapa lelaki la persoalkan benda yang sememangnya tanggungjawab seorang lelaki bernama suami. Aku dari pregnant sampai hari nak beranak.. Lepas beranak nak bawa anak pergi monthly checkup.. laki aku teman tanpa gagal. Yes.. Memang aku tak berdikari bab tu sebab aku ada laki. Kalau aku takde laki maybe aku boleh buat sendiri. sebab aku ada laki.. laki aku nak protect aku dari berlaku perkara2 tak di ingini sebab tu laki aku sentiasa temankan aku nak kemana mana pun. Sepanjang aku bergelar b...

INI BUKTINYA TANDAS AWAM DI MALAYSIA PALING SERAM

Image
INI BUKTINYA TANDAS AWAM DI MALAYSIA PALING SERAM . Tu dia.. Orang malaysia ni memang terkenal dengan kisah seram sana sini. Tapi kalau buat filem seram manjang failed. Mungkin deria seram pembikin filem2 seram ni dah hilang sebab banyak sangat hadap benda2 yang menyeramkan kat Malaysia ni sampai dah tak tahu apa yang seram & tidak untuk di garap dalam filem. Atau mungkin deria seram penonton macam aku yang dah cacat sebab banyak sangat tengok filem seram. hahahaha Tapi ada satu benda yang rakyat Malaysia cuak & rasa seram setiap kali nak masuk. Iatu tandas awam kat Malaysia. Survey la mana2 pelancong asing.. Majoriti akan undi tandas awam kat malaysia la paling menyeramkan berbanding negara negara maju yang lain. Aku sendiri pun kalau masih ada pilihan kencing berak kat rumah sendiri aku takut nak masuk tandas awam. Kecuali la dalam perjalanan jauh.. Nak tak nak takkan nak patah balik rumah kot. So, bila tak ada pilihan maka aku terpaksa kuatkan semangat jugak la masuk ta...