KENA TAHU PERKARA NI SEBELUM BELI RUMAH DI LEMBAH KLANG

KENA TAHU PERKARA NI SEBELUM BELI RUMAH DI LEMBAH KLANG . Bila tinggal di kawasan bandar semua jadi bernilai & semuanya ada harga. Dari sekecil kecil benda sampai la sebesar besar perkara tak ada yang percuma nak2 lagi hartanah kat sana. Rumah kategori mampu milik pun ramai yang hanya mampu tengok apatah lagi rumah tak mampu beli hanya mampu usya dari jauh je. Kalau kat lembah klang.. Orang tak berapa kaya mungkin kebanyakkan hanya mampu menyewa atau ikat perut nak bayar loan rumah setiap bulan. Orang miskin confirm la bawah jambatan, kat kaki lima mereka berumahtangga. aku kategori miskin bandar jugak la.. sebab hanya mampu sewa apartment 3 bilik je je setakat ni. Pun aku tetap bersyukur.. Sebab boleh hidup selesa, makan kenyang & tidur masih lena berbanding yang di luar sana.. hidup berbumbungkan langit berlantaikan tanah tu. Lagipun aku bukan asal orang sini, kampung aku nun di kedah. Masih ada tanah pusaka kalau tetiba tua nanti dah tak lalu nak hadap hidup kat banda...