Posts

Showing posts from August 8, 2012

JUAL LAUK KE JUAL BARANG KEMAS NI?

Image
Dua hari lepas dapur tak berasap jadi sempat jenguk bazar ramadhan. Bukan selalu apatah lagi hari2 nak pergi bazar beli juadah tunjuk2 ni. Selalunya berirama senduk kuali kat dapur.. segala jenis silat akan keluar takhkala bertarung sediakan juadah berbuka di temani si kecik yang lasak tu. Sekali sekala tak masak.. apa salahnya, kan?? Tak jauh pun pergi bazar area rumah jugak la. Macam biasa la kat bazar... macam macam ada. Bukan je makanan jenis manusia pun macam2 jugak. Ada yang terjerit2 promosikan jualan dorang. Ada satu gerai tu sang lekit terpandang bila jeritan dorang agak meriah.. Usya punya usya rupanya gerai tu milik seorang artis 90an tak silap. Azizul khamis nama dia. Ramah tamah abang azizul kita dengan pelanggan. ada jugak sang lekit nampak pelanggan yang datang bergambar dengan dia. Tu pasal gerai retis.. Ni pasal sorang makcik jual lauk pauk. Sang Lekit sempat singgah gerai makcik ni. Tak sempat nak tengok lauk.. tertengok dulu kilauan emas di badannya. Amboi makcik...