TABIK SEJUTA IMPIAN

Sempat layan tv tadi walau sang lekit bukan la jenis yang minat sangat menonton TV.. Jarang sangat la sang lekit nak tumpu satu2 cerita tanpa berkedip mata apatah lagi tercongok berjam - jam lamanya depan tv tu. Tadi tadi sempat la layan rancangan Sejuta impian di tv3 yang berkonsepkan memberi Dana untuk tujuan kebajikan. Hasil carian google Ada empat orang peserta.. 3 daripadanya berjaya memperolehi dana yang di perlukan seorang gagal kerana tidak menyakinkan juri dana tersebut untuk tujuan kebajikan. Kita cerita yang gagal dulu.. Beliau ni seorang pengusaha pusat latihan penguasaan bahasa Inggeris. Dana yang di minta paling tinggi antara semua peserta iatu RM100K bagi tujuan mempromosikan kursus yang di anjurkan seperti iklan, kos untuk mengadakan kursus di dua negeri iatu KL & melaka, kos penginapan beliau & pembantu beliau tapi kursus yang di anjurkan tetap di kenakan yuran yang agak tinggi kepada peserta iatu RM1k++. Memang tak nampak sangat dana yang di pohon bukan unt...