Posts

Showing posts from February 12, 2015

TAKZIAH.. TUAN GURU NIK AZIZ KEMBALI KERAHMATULLAH

Image
Innalillahiwainnalillahirojiun.. Berita pemergian pemimpin terkenal TG Nik Aziz telah pun tersebar. Moga Roh beliau di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman.. Takziah kepada seluruh ahli keluarga beliau Sesungguh setiap yang hidup pasti akan mati. Namun kehilangan beliau pasti menjadi satu kehilangan besar rakyat Malaysia. Biodata BIODATA TUAN GURU DATO’ BENTARA SETIA HJ NIK ABDUL AZIZ NIK MAT Tahun Lahir 1931 Tempat Lahir Pulau Melaka, Kelantan Status: Berkahwin dengan Tuan Sabariah Tuan Ishak dan memperolehi 10 cahaya mata (5 lelaki & 5 perempuan). Kesemua anak-anaknya mengambil jurusan agama sebagai pilihan utama. Pendidikan: Sekolah Kebangsaan Kedai Lalat (3 Bulan) – 1936. Sekolah Pondok Tok Kenali Kubang Kerian. Sekolah Pondok Tok Guru Haji Abbas Besut, Terengganu. Universiti Deobond, India – 1952. Lahore, Pakistan – Ilmu Tafsir Quran – 1957. Universiti Al-Azhar, Mesir – Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Arab. Universiti Al-Azhar, Mesir – Sarjan...

LELONG CADAR SEMPENA MALAM JUMAAT

Image
Sempena malam jumaat.. malam honeymoon pasangan suami isteri katanya elok ladi lelong apa yang patut bagi menaikkan mood bulan madu. Hahahahaha.. sah2 tokei cadar ni tahap gila yang tak boleh di maafkan lagi. Tokei cadar minta aku tolong jual cadar dia dengan harga paling gila. Mula2 letak RM120.. lepas tu dia kata ada lagi sikit2 stock nak perabih suruh jual dengan harga RM85 sahaja Set Cadar cotton beropol  Queen Size ni adalah set 6 dalam 1. Cadar dia beropol di bawah, ada 4 sarung bantal & satu sarung bantal peluk panjang. Corak dia memang timbul sebab 3D. Harga pasaran RM200++ tapi sebab nak perabih stock ni.. Harga sekarang hanya RM80 sahaja. Area KL boleh COD.. luar KL boleh pos cuma tambah duit pos RM15 sahaja. Sebelum ada yang bertanya.. Set cadar ni termasuk selimut tak? Selimut takde, hokay. Ada peluang korang berpelukkan dengan pasangan masing2 kalau sejuk. Menambahkan mood romantik lagi katanya. hahahaha Meh la usya corak2 yang ada ready stock sekarang ...

RUPANYA PRESIDENT AMERIKA OBAMA ADA IPAR ORANG SABAH

Image
Sebab tak pernah dok ambil tahu salasilah family President Amerika, Barack Obama ni maka aku sendiri pun tak pernah tahu rupanya dia ada adik ipar yang berasal dari sabah. Rasanya ramai kot yang tak tahu even dia terkenal seluruh dunia. Nak tau dari mana aku tau.. Aku interview dia ke.. upah detective conan ker.. meh baca.. Antara orang terkenal yang ada kaitan dengan Malaysia Siapalah aku yang mampu nak interview Barack Obama kan... Apatah lagi berkemampuan nak upah detective conan siasat  ahli keluarga dia. Dari aku dok bayar detective nak siasat keluarga Barack Obama baik aku spent duit tu untuk kehidupan aku ni yang serba memerlukan lagi kan. Almaklum aku blogger yang menulis dari hasil pembacaan jer... maka info ni aku dapat dari pembacaan jugak la kan. Terbaca dari post says ni 12 orang terkenal di dunia yang ada kaitan dengan Malaysia... Salah seorang daripadanya adalah Barack Obama.. Dimana keluarga adik iparnya berasal dari sabah. Kemudian berkahwin dengan adik p...