Posts

Showing posts from February 25, 2014

SAMSUNG DAH KELUAR GALAXY S5 AKU MASIH Y LAGI

Image
Bagi penggemar Gadget samsung mungkin ni berita gembira jugak berita sedih. Yang happy sebab Samsung dah keluarkan produk terbaru yang lebih upgrade.. yang sedihnya bersedialah duit korang bakal di laburkan kat kedai enpon. Tu bagi korang la.. bagi den surirumahtangga ni takde maknanya nak bertukar enpon tiap kali keluar model baru. Bukan kata sejak jadi surirumah jer dari dulu lagi aku jenis guna enpon sampai rosak. Tapi sentiasa mengikuti la jugak setiap kali ada keluaran terbaru kat pasaran. Sekadar ambil tahu. Sumber Harian Metro  Bagi aku orang kaya je mampu tukar2 enpon setiap kali ada produk baru keluar. Bukannya dua tiga ratus rega dia.. ribu riban jugak. Takpe aku guna jelah Galaxy Y aku & Samsung Tab aku tu sudah. Cukup la setakat nak online kat luar. Kat rumah aku lebih selesa guna pc jer. Sangat sederhana kan kehidupan aku?? Syukur la ada orang lagi susah.. jangan nak merasa S5.. ada yang tak merasa tekan kebot pun. Moral of the story kalau kau mampu.....