Posts

Showing posts from July 27, 2015

KISAH PONTIANAK POKOK ARA RESORT AREA PANTAI CENANG LANGKAWI

Image
Lama dah segmen seram serik lekat lekit tak bersiaran di blog. Yelah.. sepanjang bulan puasa tak nak la momokkan orang dengan cerita hantu. Kang ada yang tak berani bangun sahur pulak. Manalah tau lepas baca blog lekat lekit... terus hidup dia selubungi misteri. Sentiasa rasa ada sesuatu memerhati. Orang penakut ni memang suka bermain dengan imaginasi. Apa yang di dengar atau baca cepat mempengaruhi pemikiran dia.. So, atas alasan tu segmen seram serik lekat lekit bercuti sepanjang bulan puasa. Konon sangat kau prihatin dengan gangguan emosi orang kan??? hahahaha Gambar sekadar hiasan Dah lama bercuti panjang ni kita warm up balik segmen seram serik lekat lekit dengan kisah pontianak pokok ara di satu resort yang nama dia di rahsiakan di langkawi. Resort ni area pantai cenang katanya. Clue yang tuan punya cerita bagi cuma macam ni je.. Sun*** Beach Res***. Sapa tahu resort mana.. tahu la. Yang tak tahu buat2 macam tahu sudah. Alkisahnya masa dia pergi bercuti kat langkawi den...

BAZAR YANG MASIH BEROPERASI SEHINGGA SEKARANG

Image
Dah masuk minggu kedua syawal pun masih ada bazar yang di buka ke? Wah.. ni sambung untuk raya haji ke hapa. Tapi elok jugak la kan.. yang mana tak sempat membeli belah raya untuk aidilfitri haritu boleh la membeli belah kat bazar ni. Bukan apa bulan puasa ada orang macam aku yang tak kuasa la nak menjelajah ke bazar2 yang ada. Dah la letih puasa.. nak berletihan kat bazar pulak.. saiya ta kuwat katanya... Nak2  ada anak yang macam lipas kudung lagi hilang terus nafsu serakah nak shopping kat bazar. Tapi yang best bazar ni promosi raya masih berlangsung. Selain tu banyak informasi jugak. Tips untuk cantik di hari raya, tips2 untuk juadah raya... semua ada. Amboi kemain bazar ni.. Bukan setakat jual barang.. dia bagi lagi tips bagai. Korang tak reti nak berfesyen pun boleh refer tips yang di beri. Bagi yang tak sempat ke bazar puasa lepas ni la masa balas dendam. Ke bazar ni tak payah bersesak sampai bercium bontot. Anda boleh rilex je layari bazar ni. Nak tau meh tengok ka...

KEDAI BERHANTU DI E@CURVE PULA DI TUTUP

Image
Kau selalu dok makan meatball kat Ikea e@curve tu mesti terkejut kan?? tak tau selama ni ada kedai berhantu kai situ. Tu la hangpa tak mau jadi ghost hunter macam aku.. Merata kedai berhantu aku cari. Dimana ada kedai berhantu di situ aku memburu katanya.. Mesti ramai tertanya tanya kedai berhantu tu kedai yang mana satu.. Kedai berhantu kat e@curve ada la satu kat situ.. Semalam macam biasa la selepas sebulan bercuti dari memburu hantu kat situ, maka timbul kerinduan yang membuak buak memaksa aku memaksa laki aku pi situ jugak. Yelah.. dah beranak pinak gamaknya hantu2 kat situ tak kena tangkap. Harus menjalankan operasi berhantu. Tapi sayangnya.. sesampai kat situ.. jangankan kedai.. signboard kedai pun dah takde. Sah la.. memang operasi kat situ dah tutup buat selama lamanya.. Maybe alasan yang sama macam branch di selayang Mall kot. Hancur berkecai sekeping hati berpuaka aku ni bila takde hasil nak memburu semalam. Kesian umpan dalam wallet tak terusik walau sekeping pun... ha...