Posts

Showing posts from January 21, 2011

KALI NI NAK BUNUH SAPA PULAK

Hari tu tak semena mena tengah ampai pakaian terdengar la suara jiran sebelah umah yang punjabi mualaf tu terjerit cakap ada orang nak bunuh dia.. Kali ni tetap on call juga aku detect tapi minta orang bunuh someone lak. Sumpah aku tak sengaja dengar.. Bukan aku dok intai pun umah dia or curi2 dengar dia berbual kat dinding kebetulan rasa lapar then pergi la dapur cari apa2 yang boleh di makan.. Tengah mengunyah tiba - tiba suara jiran aku sekali lagi terjerit jerit tengah maki someone dalam bahasa keju (english).. ntah apa di carut lepas tu terkeluar beberapa kali perkataan 'U Must Kill Them!!" Takut aku dengar. Sapa lak nak kena bunuh ni.. Aduhai.. Kenapa la jiran aku kalau dia nak mengamuk mesti kat dapur.. Sebab dapur kitorang bertentang then kalau aku ke dapur mesti la dengar. Malas nak amik pot lama2 sangat.. Takat tu je la aku dengar pastu masuk bilik sambung berblog. At Least ada juga idea nak update entri kan??

NUFFNANG TERSILAP ATAU TERLUPA ATAU IA CUMA SATU GURAUAN DARI INDIVIDU LAIN??

Image
Alkisahnya malam ni tergerak hati nak check email.. Almaklum la lepas mengisi perut dengan sedikit nasi hari ni ada la skit energy nak ber online. Teruja nya bila dapat email dari nuffnang. Nak tau kenapa?? Aku dapat invite untuk premier screening Green Hornet pada Isnin ni di GSC Mid Valley. Tengok wayang free.. apa lagi suka la. Tapi setelah membaca syarat2 tercari cari la link yang nak lengkapklan detail untuk confirm pergi premier screening tu malangnya takde pula. Jelajah la blog deqdeq sebab haritu dia ada bagitau dia pun dapat.. Then tengok file attachment dia rupanya link tu ada dekat perkataan this page .. Tapi dekat email aku takde pulak link. So rasa macam tipah tertipu lak.. Maybe someone nak bergurau kot sebab aku dapat email ni 20 Jan 2010.. dan mengikut nuffnang email invitation akan di hantar pada 17 Jan 2011 tapi maybe sebab ada yang confirm tak datang kot aku terpilih. Aku fikir camtu je la. Tapi bila email takde link ni.. buat aku tertanya - tanya betul ke tid...

PULANGKAN!! SYILING ITU BUKAN MILIKMU...

Wah.. ala - ala dialog Pontianak harum sundal malam lak kan?? Edisi seram lak entri kali ni.. kekekekekekeke. Apa kes ni melekit pepetang hari nak buat edisi seram sejuk lak ni?? Ni kes pasal duit syiling yang jatuh dari sebuah kenderaan pacuan empat roda dalam kemalangan di Kilometer 244 Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan, berhampiran susur keluar Pedas-Linggi, petang Selasa lalu. Pihak polis meminta individu yang mengutip syiling yang bertaburan tu di pulangkan secara sukarela di balai polis berhampiran sebab bukan dorang punya. Orang lain punya tau! duit syiling pelbagai denominasi dianggarkan bernilai RM74,000 bertaburan di sekitar lokasi kemalangan selepas sebuah Toyota Hilux yang membawa muatan itu dikatakan dilanggar dari arah belakang oleh sebuah kereta mewah jenis BMW. pihak polis boleh mengenal pasti individu terbabit menerusi gambar dirakam media ketika kejadian.So pada mereka - mereka yang terlibat dalam aktiviti memugut syiling tu sila pulangkan segera. Tu di k...

KERANA SESUAP NASI.. AKU DIKATAKAN INDON

Sejak di sahkan pregnant ni even nasik putih pun aku takde selera nak makan kalau aku yang masak. Apatah lagi benda - benda lain. Lesu badan aku sebab kurang makan.. So, memandang 3 hari dah asyik minum jer kena makan jugak la hari ni. Kalau nak makan kena la time2 betul2 nak makan.. Lewat sikit makan selera terus hilang pastu badan makin takde energy. Then arini.. Menapak la aku ke bawah pergi mencari sesuap nasi di restoran Padi Damai ke hapa namanya. Memang ada servis delivery tapi aku takde pula nombor contack dia. Nak tak nak dari blok c menapak la aku ke Blok B. 3.30 aku order... pukul 4 baru siap order. Order yang paling simple jer.. Nasi putih, sup sayur & ayam goreng kunyit tapi tak tau maybe dorang belek2 sayur2 tu ker.. or belai2 daging ayam tu ker sampai setengah jam kena tunggu walhal takde pun customer lagi time tu. Yang best lagi.. Yang delivery siap dulu.. Padahal depan mata aku, aku tengok & dengar budak tu pick up call & amik order selepas 10 minit aku o...

DILARIKAN ATAU MELARIKAN???

Baca artikel di kosmo hari ni kes seorang gadis berusia 21 tahun yang di dakwa keluarganya di larikan kekasih buat hati nan melekit ni tertanya - tanya.. Di larikan atau melarikan diri bersama kekasih?? Yelah.. kadang - kadang punca sebenarnya kita tak tahu.. cuma keluarga si gadis itu sahaja yang tahu. Banyak kes yang di katakan di larikan kekasih tapi sebenarnya mereka yang melarikan diri dengan kekasih. Banyak faktor yang menyebabkan benda macam ni berlaku.. Maybe cinta terhalang. Pernah gempar dulu gadis yang mendakwa dirinya di culik di saat menghitung hari untuk majlis perkahwinan rupanya sebenarnya dia sendiri yang melarikan diri atas alasan tak nak berkahwin dengan tunangnya tu. So, bila ada kes macam ni hari sang lekit mesti timbul curiga.. Selagi belum tahu punca sebenar kejadian  selagi tu aku takkan menerima bulat2 tuduhan ahli keluarga si gadis bahawa anak dorang di larikan kekasih. Kadang - kadang manusia ni nak tutup malu yang anaknya lari ikut lelaki buat report...

HIDU ABU MAYAT YANG DI SANGKA DADAH

Kelakar juga bila baca artikel ni. Tu la sapa suruh suka mencuri. Sekali tercuri abu mayat seorang lelaki & dua ekor anjing. Apa kisahnya ni lekit?? Alkisahnya si pencuri ni memecah masuk sebuah rumah & mencuri abu mayat dalam sebuah pasu hiasan. Abu mayat tu kepunyaan seorang lelaki & 2 ekor anjing. Di sangkanya kokain or heroin lalu dengan tertipunya si pencuri menghidu penuh nikmat la abu mayat tersebut. Padan muka kau! Bak kata orang.. sepandai - pandai tupai curi buah, tercuri juga buah plastik.. kekekekekeke. Di sangka dadah rupanya abu mayat. Mencuri la lagi lain kali. Tapi kisah ni bukan kat Malaysia nun jauh kat Miami sana nu. Sapalah pencuri malang tu kan?? Mesti hidup dia lepas ni di selebungi Misteri..... Rujukan (Harian Metro) : Pencuri hidu abu mayat sangka dadah