Posts

Showing posts from June 4, 2015

KISAH DI GANGGU LANGSUIR JALAN BUKIT LENGKOK KULIM

Image
Malam ni kan Malam Jumaat jadi segmen seram serik lekat lekit tak nak lepaskan peluang memomokkan makhluk alam maya dengan cerita cerita seram. Jadi operasi memburu hantu di teruskan dengan jayanya. Hasil buruan malam ni.. Kita singgah berkenalan dengan Langsuir Bukit Lengkok, Kulim Kedah. Manalah tau korang terlalu jalan tu.. Takde la culture shock sangat kalau terserempak. Takde la jam sangat jantung katanya hahahaha Jalan ni rasanya aku pun biasa lalu lalang tapi biasa la aku spesis yang tak serasi bercinta dengan jalan maka aku jarang merindui jalan2 yang pernah aku lewati. So,aku jarang nak sematkan dalam hati setiap jalan yang aku tempuhi. Maka even 100 kali pun aku lalu lalang guna jalan tu kadang2 aku tak tau pun nama kawasan @ jalan tu... hehehehehe. Ok tu tak seram. Kita kembali ke cerita seram.. Cerita pasai terserampak atau di tumpangi langsuir jalan bukit lengkok ni memang banyak. Tapi kebanyakkan cerita langsuir ni memang suka tumpang kenderaan orang. Suka sangat m...

UNFRIEND.. MEMBONGKAR SEGALA RAHSIA & RASA

Image
Dah nama blogger ni setiap kejadian atau perkara berlaku mesti jadi inspirasi nak menulis. hahaha itu otak seorang penulis kot even penulis blog je. Nak2 lagi blogger macam aku ni yang ramai haters dalam nama kawan. Tapi benda tu tak pernah buat semangat berblog aku down walau seinci pun. Malah.. aku sentiasa ada idea nak update blog. Alkisah.. aku unfriend sipolan ni. Sebab yelah.. kita dah tua nak balas2 sindir ni rasa alahai kebudakannya aku. Malu la pulak kat diri sendiri rasanya.  Tetiba je dapat hidayah nak buang tabiat sarcasm ni. Yer dulu aku memang suka sarcasm tapi sebab aku ada niat nak kurangkan benda tu kat FB maka aku rasa yang mana mengajak sangat aku berbalas tu bagus jugak aku unfriend jer. Maka aku rasa unfriend je la. Aku ni jenis fighter so baik la aku berundur untuk kebaikan kedua belah pihak. Lagipun sipolan tu pun merasakan aku macam penyumbang dosa pada dia yang dok baca statement2 pedas aku kat FB. Ni kira membantu dia dari terpalit dosa yang aku buat...

TASHA SHILA KURUS SEBAB CUBA PRODUK YANG BELUM DAPAT KELULUSAN

Image
Tasha shila ni aku tengok dari dulu takde la gemuk ke hapa. Badan dia orang kata sedang elok dah tu.. Tapi tak tau la kan tuan punya badan rasa badan dia tersimpan lemak tersembunyi ke hapa sapa nak kena jadi bahan eksperimen satu produk yang katanya dia sedang usahakan bersama rakan kongsi. Sapa setuju gambar ni lebih comel? Serius aku tengok ni bukan tahap slim tapi kurus keding. Aku sendiri pernah lalui zaman kurus keding yang aku sendiri rasa sedih nak tengok diri sendiri dalam cermin. macam mana la si Tasha Shila ni rasa bahagia dengan badan dia yang sekarang. Rasa dulu dah elok sangat.. Berbanding yang cekung ni? Muka nampak cekung serius tak cantik la Tasha Shila Ooi.. Kalau tak make up confirm nampak nampak ketara tulang pipi cekung tu. Produk tu katanya masih peringkat dalam proses mendapat kelulusan & pengesahan halal. Progress dia katanya dah 70%. Dari segi kesan kurus memang nampak berkesan tapi Risau pulak aku tengok sebab produk ni macam fungsi un...

MANDI MALAM BOLEH BUAT KITA CEPAT NAMPAK TUA

Image
Sapa suka mandi malam.. Nak2 lagi yang memang selalu balik rumah dah masuk malam hari, mesti mandi jugak kan? Yelah.. kang nak tidur tak selesa dengan badan melekat lekit. Nak2 lagi yang jenis memang kerja outdoor.. Lagi la badan rasa tak selesa. Banyak mitos pasal mandi malam.. antara paling popular menyebabkan terkena penyakit paru paru berair. Itu mitos yer... Mandi malam tidak menyebabkan terkena penyakit paru paru berair. Yang tak mitos pasal ni.. Benda yang orang pompuan nak elakkan berlaku tapi orang pompuan la paling suka mandi malam. Yelah.. orang pompuan ni kan tak boleh badan rasa tak bersih.. Almaklum la orang pompuan katakan... Tak pompuan la kalau badan dah boleh lekat memo.hahahahaha.. Menurut sumber yang aku baca mandi malam boleh mempercepatkan penuaan... Sia2 la dok tenyeh collagen cream, telan segala produk collagen nak awet muda. Katanya tubuh tidak kuat menerima rangsangan air dingin saat kita mandi malam, hal ini kerana metabolisme tubuh meningkat. Untuk it...