Posts

Showing posts from June 25, 2015

JAMBATAN BERHANTU INI JADI TEMPAT ANJING BUNUH DIRI

Image
Lama rasanya tak open segmen seram serik lekat lekit. Yelah.. Masuk bulan puasa ni setan semua kena ikat so dia tak menghasut sangat suruh popularkan dia tapi tetiba malam ni terima satu bisikan Yusof taiyob suruh tulis cerita seram sebab katanya maybe ada yang rindu nak rasa terkencing dalam seluar lepas baca kisah seram kat blog puaka lekat lekit yelah.. yelah.. tanpa perasan dengan lebih lanjut meh la kita mulakan pengembaraan seram kita malam ni. Jauh sikit la kena ambil tiket flight. Tak pe Air Asia ada buat promosi free seat. Dah tempah tiket flight moh ler kita terbang sekarang ke timur Dunbartonshire. ia terletak berhampiran istana Gothic Overtoun House.  Katanya ada satu jambatan berhantu yang bila anjing lalu kat situ mesti terjun.. ada di antara anjing tu mati & ada yang tidak. Lebih 600 ekor anjing yang pernah cuba membunuh diri bila melalui jambatan tu tanpa di ketahui sebabnya. Yang pelik kesemua anjing yang terjun dari jambatan tu akan memilih tempat yang ...

STUNTMAN MALAYSIA DI LANGGAR BETUL BETUL DALAM FILEM

Image
Bila tengok babak aksi yang boleh gugur jantung kita cuma kagum dengan pelakonnya tapi tak semua benda tu di lakukan oleh pelakon. Disebalik aksi bahaya & hebat tu.. Ada seseorang yang mempetaruhkan nyawa bagi menjayakan babak babak bahaya dalam sesuatu filem atau drama. Jarang kita ambil tahu kisah hidup seorang pelakon lagak ngeri @ stuntman kat Malaysia ni. Mereka tak popular sebab hanya bekerja belakang tabir.. Kita nampak aksi tapi bukan wajah mereka. Bila tonton video seorang stuntman malaysia ni.. berderau jugak darah sebab ada babak langgar yang secara tak sengaja pelakon yang membawa kereta terlebih had laju semasa dia melakonkan babak di langgar kereta. Melambung stuntman tu kena langgar real punya. Korang boleh tengok video tu sendiri kat sini sebab aku tak reti nak upload kat entri >> Beraninya lelaki ni! Isteri dia tak suka pun dia buat jugak kerja bahaya ni... << Kalau aku jadi bini dia pun memang aku tak berapa restu dengan pekerjaan suami aku seo...