Posts

Showing posts from December 8, 2010

BAKAL MUMMY

Image
Menghitung hari.. Detik demi detik..  Feeling kris dayanti kejab yer. Wah sukanya! Menghitung hari sambil mengusap - usap perut kecil yang tak lama lagi memboyot. Status akan naik lagi satu level.. Maka tanggungjawab pun bertambah level. Tapi.. Semua itu bukan bebanan... Tak sabar nak rasa si kecil pandai menendang. Dalam perut siapakah itu?? Aku ker?? Alhamdulillah rezeki.. Tuhan memberi amanah untuk kau pelihara, didik, asuh, belai & di beri kasih sayang secukupnya. Dah berisi bukan di dalam perut  aje tapi zahir pun sama turut menambah isi - isi bagi menampung si kecil yang akan bersama - sama membesar berkongsi nafas & makan minum sebelum ia menjengah dunia. Aduhai.. Anak, tak sabar rasanya mummy ingin melihat kamu. Hari demi hari di kira.. Tak terlupa walau sehari. Due date yang doktor jangka, Itulah di pegang agar isi rahimnya terjaga. Aduhai.. Anak! Sihat la kau sehingga menjenguk dunia. Membesarlah kau dengan sempurna untuk menjadi pembela mummy & dady...

KENAPA ORANG SUKA BUNUH ORANG??

Isu agak ngeri untuk di kupas kupis malam ni.. Tak ngeri ker?? Wah dahsyat la korang kalau tak rasa ngeri tiap kali baca or dengar berita tentang bunuh membunuh ni. Ngeri tetap ngeri! Terbayang keluarga & diri sendiri. Macam mana sekiranya ia terjadi?? Kenapa orang sekarang tak suka BUNUH. Nak lari dari kesalahan, BUNUH! Tak puas hati, BUNUH! Cemburu, BUNUH! Macam murah sangat harga nyawa.. Macam dia pulak yang tentukan mati hidup orang. Sikit - sikit nak BUNUH! Selesaikah segala masalah jika BUNUH MEMBUNUH ni?? Atau ia mengundang masalah yang lebih besar bukan saja di dunia malah di akhirat nanti. Kenapa mesti ada naluri ingin MEMBUNUH?? Sebabnya mudah.. Sebab bila syaitan yang mengawal hati.. Akal tidak lagi berfungsi. Setuju tak?? Hari ni punya kes BUNUH di pasir mas. (Rujukan harian metro ) Seorang warga emas mati di percayai di tikam pembantu rumah. Kan?? Even dia seorang pembantu rumah pun.. Tak puas hati BUNUH. Susah untuk menyelami hati seorang PEMBUNUH tak kira la di...

SIAPA BERANI MENJELING PADA KU??

Image
 Nyanyi dulu yer.. " Menjeling.. menjeling ku bertentang.. mata kita sama memandang.." Ewah tebiat nak GOL apa si melekit ni nyanyi malam - malam camni! Siapa itu yang sudi menjeling pada si comot lagi melekit ni?? Siapa?? Siapa?? Siapa?? Apaaaaaaaaaaaaaaaaa??? En Ben Ashaari?? Ko biar benar lekit.. Blogger longkang macam ko pun terkena panaan jelinangan Ben Ashaari?? Sumpah!! Aku tak tipu... Aku ada bukti ni!! ^ ^ ^ ^ ^ ^ Lihatlah dunia!! Erkk korang rak caya ekk?? Ingat aku edit sendiri yer.. Sila Clik BEN & lihat sepanjang sidebar blog dia. Korang akan nampak sesuatu yang melekit disitu... Hahahahahaha (Gelak riak) Eleh melekit ni takat dalam senarai nbloglist en. Ben pun nak kecoh. Mesti la kena kecoh kang korang tak tau lak! Semua blogger memang kaki kecoh kalau tak dorang takkan tulis blog. Kecoh kategori mana sendiri mau ingat. Apapun semoga dengan tertabalnya blog aku di bloglist En Ben mampu memeriahkaripapusing blog aku yang sekadar pinggir longkang ini.

BLOG MELEKIT KATEGORI RAMPING TAU!

Image
Erkk.. boleh pun ada cutting jugak ker?? Cutting blog tak mempengaruhi berat badan blog tau. Nak tau camna cik lekit tahu blog cik lekit ni ramping.. (tapi tak menawan). Blog yang ramping selalunya kurang menawan tapi ringan. Buktinya... Lihat Blog ku.. Ramping kan?? Tak berat nak load.. Tadi masa jenjelan (BW) tersinggah blog Miza Yusof so terbekenalan la dengan benda alah ni yang di share oleh Miza Yusof . So nak share jugak dengan korang. Tak elok kedekut2 ni.. Nanti rezeki jadi berat walau blog ringan pun. Kalau korang pun nak test kerampingan blog korang boleh la clik : Website Speed Test

BLOGLIST 2011 .. SELAMAT DATANG TAHUN BARU

Image
Segmen tahun baru Uncle Ben.. Op's Layakkah ke panggil Uncle ni?? Okies.. Abang Ben Ashaari.. Nak join simple jer.. Abang Ben Dia tak demand sangat. Banner pun tak payah pacak kat sidebar.. Cuma menumpang kasih dalam entri jer.. Okies syarat Utama.. Banner Dah Pacak Lain Lain Syarat.. Pastekan url entri anda di sini ...<< Clik jer Pastikan blog anda itu aktif selalu.. Tarikh luput bloglist ini , sekurangnya 3-4 bulan dari sekarang .. Pada Korang yang nak Join Jugak sila la clik BEN ASHAARI 

PERISTIWA BUANG SAMPAH

Image
Ada je benda kan kalau aku nak buang sampah ni. alahai.. dari sebangka - bangka manusia hingga sekecil - kecil anak.. Suka sangat bagi perhatian kat aku. Istimewanya aku di mata masyarakat kat sini, kan?? Rasa macam artis lak... Alkisahnya tadi.. Sampah makanan semalam kang di peram maunya bau mengalahkan perkasam. Perkasam takpe juga.. Ni Bau jamban pun lagi wangi. So, tak nak rumah aku ni di selubungi bau2 misteri ala - ala bangkai gitu harus la menapak anak tangga pegi buang sampah. Tapi hari ni aku bawak turun sampah guna lift sebab tengahari takde orang sangat. Lift kosong.. So bau - bau yang harum sebangkai ni takde la mengugat kestabilan penafasan orang lain (Walaupun takde la bau sangat. Sampah sisa makanan semalam jer..). Bila nak naik balik.. Arghh.. Lambat pulak lift nak turun. Takpe la bersenam jer.. Naik tangga lagi cepat nak tunggu lift turun ala2 siput sedut sunti gitu. Then macam biasa la sampai tingkat 7.. Anak - anak dara kecik melepak kat tangga. Kecik - kecik da...

LAHIR, MEMBESAR, DEWASA & AKHIR HIDUP BERSAMA CINTA

Image
Cik Lekit dah pandai cakap pasal cinta ekk??? hik..hik.. hik.. (gelak malu). Apa korang pikir aku anak dara sunti lagi ke tak reti cakap pasal cinta?? Hello.. Kita dah kawen tau.. Bermakna kita dah reti bercinta la! Wah gitu..  Cinta pertama!! Rasanya korang semua pernah lalui kan?? Sebenarnya aku sendiri tak tau sapa cinta pertama aku..Wah hilang ingatan ke hapa ni?? Sebelum berkahwin.. Start pandai couple2 ni time skolah la. Tapi tak sure itu cinta ke hapa because tak rasa macam cinta pun. Lebih kepada.. Bila kawan - kawan ada pakwe, aku pun nak ada jugak. Hati sering berubah.. & pantang dapat over yang lebih skit mula la kesetiaan tergugat. Yelah.. Cinta takde asas kukuh.. Cinta hanya pada perkataan untuk mengambarkan hubungan couple2 ni kan?? Tapi itu cerita budak - budak yang masih pakai uniform biru putih. Dan cinta pertama yang sebenar - benarnya adalah cinta bersama hubby kita la! Kalau dulu walau ada couple sekalipun.. Aku tak pernah yakin dengan hubungan tanpa ik...

MULA HILANG MINAT..

Sejak demam aritu.. Aku dapat rasakan perubahan.. Mungkin perubahan sementara menanti hormon kembali stabil.. ewah.. ko pepandai jer melekit kan cakap pasal hormon bagai.. Ko kelas sains lagi banyak main air suling tembak member2 dari dengar cikgu mengajar ada hati nak cakap pasal hormon lak!! Tapi ini kisah betul.. Bukan kisah benar kat tv3 yer.. Kisah betul aku mula rasa bosan dengan apa yang aku suka. Dulu kalau aku update entri penuh dengan gambar2 kiasan mahupun hiasan sebagai penyeri.. Sekarang untung la kalau aku taip entri ni.. Nak demand gambar2 bagai lak! Napa ekk.. tension sebab batuk tak baik - baik atau bosan nuffnang terlalu malu - malu untuk menambah tabungan atau hari - hari blogwalking bagai trafic masih sopan santun perjalanannya?? Oh.. semua itu bukan. Tidak !! Sebelum ni blog aku lebih terpinggir berbanding sekarang ada peningkatan dari jumlah follower mahupun visitor setiap hari.. Tabung nuffnang pun walau blom layak aku joli lagi dengan hasil sudah menampakkan k...