LAHIR, MEMBESAR, DEWASA & AKHIR HIDUP BERSAMA CINTA

12/08/2010 01:29:00 PM suria lekatlekit 4 Comments

Cik Lekit dah pandai cakap pasal cinta ekk??? hik..hik.. hik.. (gelak malu). Apa korang pikir aku anak dara sunti lagi ke tak reti cakap pasal cinta?? Hello.. Kita dah kawen tau.. Bermakna kita dah reti bercinta la! Wah gitu.. 


Cinta pertama!! Rasanya korang semua pernah lalui kan?? Sebenarnya aku sendiri tak tau sapa cinta pertama aku..Wah hilang ingatan ke hapa ni?? Sebelum berkahwin.. Start pandai couple2 ni time skolah la. Tapi tak sure itu cinta ke hapa because tak rasa macam cinta pun. Lebih kepada.. Bila kawan - kawan ada pakwe, aku pun nak ada jugak. Hati sering berubah.. & pantang dapat over yang lebih skit mula la kesetiaan tergugat. Yelah.. Cinta takde asas kukuh.. Cinta hanya pada perkataan untuk mengambarkan hubungan couple2 ni kan?? Tapi itu cerita budak - budak yang masih pakai uniform biru putih.

Dan cinta pertama yang sebenar - benarnya adalah cinta bersama hubby kita la! Kalau dulu walau ada couple sekalipun.. Aku tak pernah yakin dengan hubungan tanpa ikatan ni. Then aku tak meletakkan apa - apa harapan yang tinggi sangat. So, aku melayarinya dengan sambil lewa. Biarpun adanya cinta di samping tapi aku tetap meletakkan diri aku sebagai 'Single' & bebas untuk bergaul dengan sesapa saja. Pencarian tak bernoktah biarpun ada yang bernama kekasih waktu tu. (Pengakuan Ikhlas ni). Sebab aku sendiri pun kabur siapa jodoh aku masa tu. Bila tiba waktunya... Nah!! Nampak la siapa sebenarnya di ciptakan untuk berada di samping aku. Sedaya aku cuba menyintainya 200%. kenapa?? Dia halal disisi aku & menjadi tanggungjawab aku untuk setia & menyintainya. Syurga aku ada pada dia.

Jika di nilai aku yang dulu dengan yang sekarang.. Jauh bezanya. Aku pernah mention pada ex aku dulu.. Jangan menilai aku hari ini untuk masa depan.. Bila bertukar je status aku semuanya akan berubah. Tapi tak semua orang terima cara aku kan??

Budak - budak bercakap pasal cinta.. Macam semua dorang tahu, kan?? Kadang - kadang kelakar jer baca.. Cinta tu.. Cinta ni.. Cinta kena tu.. Cinta kena ni.. actually aku janggal sikit cakap pasal ni sebabnya aku sendiri tak tau nak huraikan cinta tu macam mana.. Just rasa, buat & hadapi jer. Sekali sekala cuba mengungkap makna di sebalik cinta.. Ok la! Kalau setiap masa asyik bercakap pasal cinta.. Rasa macam makan megi cintan hari2.. (MUAK).

Cinta itu seiring dengan setiap detak jantung & setiap hembusan nafas kita sebabnya.. Kita lahir dalam rasa cinta. Cinta ibu.. Cinta Ayah.. Cinta.. Anak.. Kita membesar dengan Cinta.. Kita dewasa bersama cinta & seterusnya menghabiskan sisa - sisa hidup dengan cinta juga. Bukan hanya cinta sesama manusia.. Namun merangkumi semua yang ada di sekeliling kita ni.

4 comments:

  1. SILA KAWEN DULU SEBELUM BUAT ENTRTY MACAM NI. kekekekekekekeke

    ReplyDelete
  2. hati tgh berbunga2 ke nih....sbb tu tulis pasal cintan cintun ...heheh

    ReplyDelete
  3. hati berbunga2 kuncup jer deqdeq.. takde apa nak update

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com