MASAK MASAK RAMADHAN..

Hari ni tajuk entry ala2 rancangan masakan lak yer... Bulan2 puasa ni bagi para isteri mesti akan pikir.. Nak masak apa berbuka nanti, kan?? Yelah.. salah satu cara menambat hati suami adalah dari masakan juga.. (walau den bukanya pandai masak sangat pun). So, setakat 3 hari berpuasa & bersahur bersama en hubby aku dah masak apa ekk... (nak refresh otak sat noh..) Sambil2 idupkan api kat dapur kayu ni bleh pk nak masak apa Isnin... Tak silap aku tak masak pun. Beli juadah kat bazar ramadhan jer. Selasa aku masak ketam masak cili padahal en hubby request ketam masak lemak cili api.. Aku dengar macam ketam masak cili. Apapun tetap abis semua ketam2 itu di belasah en hubby sehingga keboroian sekejab malam tu. dan malam tu juga en hubby makan lebih banyak dari biasa. Lebih kurang camni la rupanya ketam masak cili aku Rabu.. Masak juga. Aku masak ayam masak sambal dengan sup ayam serta sayur bayam. En. Hubby makan skit jer nasik dengan sup ayam sebab dia tak sihat. Kura...