Posts

Showing posts from December 8, 2016

HASHTAG KESIPUAN MULA JADI VIRAL & TROLL DI MEDIA SOSIAL

Image
H ASHTAG KESIPUAN MULA JADI VIRAL & TROLL DI MEDIA SOSIAL .  Hari ni hari kesipuan buat rakyat malaysia bila masing2 mula menggunakan hashtag kesipuan untuk mengaitkan dengan isu yang tengah viral sekarang. Bagi yang tak tau apa kejadahnya sedang berlaku takpe nanti aku bagi link entri untuk korang baca kisah di sebalik kesipuan hari ni. Bila search guna hashtag kesipuan (#kesipuan) kat facebook nak gelak pun ada.. Sedih pun ada jugak la. Tapi bila tengok gelagat nitezen ni memang kadang2 boleh hilang stress jugak. Memang nitezen kaki troll ok! Jadi berhati hati la dalam mengeluarkan sebarang kenyataan.. Silap haribulan jadi troll memang akan kesipuan. hehehehe. Walaupun kesipuan yang di maksudkan tu adalah perkara yang memalukan tapi kita jarang jarang dengar orang guna perkataan kesipuan. Tak tahu la perkataan tu ada dalam kamus dewan bahasa ke tidak.. Yang pasti aku rasa sejak aku sekolah dulu memang tak pernah guna atau di ajar guna perkataan kesipuan. hehehehe...

SURAT PEMBATALAN UNDANGAN KEPADA TUN MAHATHIR KE MAJLIS MELAFAZ & MENANDATANGANI SURAT SUMPAH JAWATAN OLEH SERI PADUKA BAGINDA JADI VIRAL

Image
SURAT PEMBATALAN UNDANGAN KEPADA TUN MAHATHIR KE MAJLIS MELAFAZ & MENANDATANGANI SURAT SUMPAH JAWATAN OLEH SERI PADUKA BAGINDA JADI VIRAL . Kadang2 sedih jugak melihat satu persatu penghinaan di lakukan oleh mereka2 iu terhadap Tun Mahathir yang semua orang tahu jasanya membangunkan Malaysia hingga terkenal di mata dunia. Seolah - olah jasa yang pernah di lakukan Tun dulu kini bagai debu debu berterbangan di tiup angin & hilang hanya kerana dia tidak menyokong pemimpin sekarang. Jangan kata Tun.. Sebenarnya ramai rakyat malaysia tak sokong pemimpin yang ada sekarang tapi bukan sebab parti politik ok! Kita sedia maklum kenapa rakyat sekarang mula menunjukkan penolakkan kepada pemimpin sekarang. At least zaman Tun memerintah kita tak terbeban sangat dengan gst & kos sara hidup yang betul2 menjerut leher walau zaman tu tak ada BR1M. Kita pun waktu tu tak payah hadap dengan kenyataan2 menteri kurang bijak yang menyakitkan hati. Semalam orang mula Viral pasal satu surat...