INFLUENCER DAN BAD MARKETING

INFLUENCER DAN BAD MARKETING . Banyak isu isu viral kat social media sekarang. Semua berkaitan dengan Influencer. Cerita artis sekarang nampak macam tenggelam sikit sebab media sosial di kuasi dengan cerita cerita Influencer. Biasa yang viral ni kebanyakan Influencer yang terpalit dengan pelbagai kontroversi la. Jarang la Influencer yang naik secara positif akan ada isu kontroversi kan? Tak tahu la samada Influencer macam ni sengaja mencetuskan kontroversi untuk memastikan nama & jenama dia kekal relevan & viral demi kelangsungan bisnes dia atau ia berlaku secara tidak sengaja atau di rancang. Tapi kalau kerap sangat berlaku viral dengan isu isu tidak sihat ni netizen pun susah untuk bersangka baik ia tidak sengaja. Rata rata mungkin menganggap ia adalah strategi marketing mereka sahaja. Sebab ramai Influencer sekarang menggunakan teknik 'Bad marketing is marketing'. Free marketing & tiada kos tapi mampu memberi pulangan yang besar cuma ikut nasib juga. Tak semua ba...