INILAH AKTIVIS MEDIA SOSIAL YANG MENENTANG PRODUK BAHAYA & PENIPUAN SAINS PERUBATAN

INILAH AKTIVIS MEDIA SOSIAL YANG MENENTANG PRODUK BAHAYA & PENIPUAN SAINS PERUBATAN . Di era media sosial ni.. Rasanya kita lebih bertuah berbanding mereka yang di era sebelum media sosial. Sebab kalau sebelum era media sosial ni kita cuma dapat info melalui siaran tv, radio & surat khabar jer. Apa depa laporkan itulah yang kita tahu. Tapi di sebabkan teknologi berkembang maju.. Orang dah tak berapa layan info2 dari radio, tv & surat khabar yang banyak tidak telus. Lebih berkonsepkan kau bayar aku siar. Atau bahasa media sosial sekarang membongak je kerjanya. Sebab tu muncul ramai aktivis di kalangan mereka yang profesional untuk membantu orang awam supaya mendapat info yang tepat. Takde la sepanjang hidup terus kena klepet je kan.. Satgi ada yang tak tau pulak klepet tu menatang apa. Klepet tu kena tipu la. Lambakkan produk supplement, ubat tradisional, produk kecantikkan, kosmetik, skincare bagai kadang kadang kita yang kurang pandai ni tak tau yang mana selamat ...