Posts

Showing posts from June 11, 2015

VOUCHER SHOPPING UNTUK PEMINAT DRAMA MELAYU

Image
Penggemar2 drama melayu elok la korang tengok offer dari astro ni. Dah la dia bagi percuma 2 pek astro ni, dia bagi lagi Voucher shopping kat korang. Punyalah astro nak ambil hati pelanggan even astro di sifatkan sebagai kambing sebab takut hujan. Elok jugak la support drama melayu kan.. bodoh2 pun drama tempatan dari dok tengok drama bodoh dari seberang. Alih2.. kena hina je dengan actress depa padahal drama depa yang dok tayang kat sini pun banyak sampah jugak. Jadi penyokong & peminat drama melayu kalau korang nak dapat offer dari astro ni.. 2 pek percuma astro & voucher membeli belah, meh tengok kat sini cara nak dapat >> Boleh dapat RM50 baucar shopping dan pemasangan PERCUMA untuk pek Astro ni? Biar betul! << Betul tak betul offer tu korang telaah la sendiri. Aku takde astro aku tengok tv sesungut jer katanya hahahaha... Jadilah. Janji boleh tengok dvd seram je. Aku tak guna piring astro aku guna penapis air ada sesungut ja hahaha Moral of the ...

BERGOSIP BAIK UNTUK OTAK & MEMANJANGKAN UMUR

Image
Biasanya orang selalu kaitkan gosip dengan sesuatu benda yang negatif tapi ada jugak orang rajin mengkaji kebaikan bergosip terhadap kesihatan manusia. Bukan la aku nak menggalakkan orang bergosip tapi sekadar share info menarik yang aku baca. Masing2 dah besar.. dah reti kot nak nilai baik buruk sesuatu perkara. Sumber Google Yang aku baca Gosip katanya baik untuk kesihatan & otak sebab bila bergosip kita lebih akrab dengan kawan sepegosipan, boleh belajar menerima maklumat penting dari orang yang kita percaya & mampu memanjangkan umur. Semua ini adalah kemampuan komunikasi yang vital yang boleh mencegah manusia untuk mati cepat. Juga di katakan boleh membuatkan manusia tu jadi bahagia bila bergosip sebab manusia katanya perlu jaringan sosial untuk rasa bahagia. Selain tu boleh meningkatkan komunikasi.. yelah.. gosip memang perlukan komunikasi mana boleh sampai dari hati ke hati je kan. Hasil kajian tu aku tak nak komen la baik atau tak.. Sebab aku pun manusia tak ...

PAKAI KAIN BATIK LEBIH MENGAIBKAN DARI BUKA TUDUNG

Image
Itulah realiti yang berlaku sekarang ni kat Malaysia yang semua orang tahu salah satu Negara Islam di dunia. Pelik tapi benar.. Batik kan salah satu kebanggan Malaysia. Tak tau la celah mana mengaibkan sangat. Dari pakai skirt pendek atas peha tu. Maybe la dia rasa aib sebab dia tak pandai ikat kain batik,hihihi Bila terbaca kes seorang Nyonya yang di minta pakai kain batik untuk berurusan di JPJ. mula2 aku tak nampak pun benda tu memalukan sangat. Tapi bila terbaca anggota rela yang suruh dia pakai kain batik tu di kenakan tindakkan.. Yang ni aku rasa mengaibkan. Mengaibkan Malaysia sebagai negara Islam & mengaibkan kerajaan yang tak tau nak bezakan yang mana pesalah dengan tidak bersalah. Kalau bagi amaran pertama atau teguran je tak boleh ke? Perlu ke sampai di kenakan tindakkan? Pelik kan.. Dulu kecoh isu wanita bertudung di minta buka tudung kalau nak kerja kat premis perniagaan kat One Utama. Benda tu settle just dengan permohonan maaf je secara terbuka alasa...