Posts

Showing posts from April 24, 2015

KEJADIAN SERAM DI SEBALIK PENGAMBARAN FILEM PILOT CAFE

Image
Asal ada seram je tak kira la kisah pasal apapun tetap aku nak share dalam blog puaka lekat lekit ni. Semua orang tahu & sedang jadi kontroversi satu babak intim antara Izara Aisyah & Remy Ishak ( boipren kepada blogger Cik Bambam ) celah batu dalam laut. Katanya ada berlaku satu kejadian yang agak menakutkan la semasa depa melakokan babak tu. Menurut cerita hero filem tu Remy Ishak.. semasa babak tu di lakokan, keadaan ombak sangat menakutkan. Setiap ombak yang datang seolah olah nak telan semua yang terlibat dalam pengambaran masa tu. Seolah olah menunjukkan kemarahan pada perlakuan maksiat even berlakon sekalipun. Kata remy sampai sekarang tapak kaki dia masih ada kesan berlubang yang dia dapat masa melakokan babak tu. tepijak batu karang kot sebab katanya kat dasar laut banyak batu karang. Tu la kan.. Alam pun tak bersetuju dengan perlakuan maksiat. Hope perkara ni jadi iktibar kepada penggiat2 seni tanahair. Kalau filem tu best tak payah jadikan adegan romen2 tu pe...

HANTU YANG MENGHUNI TANDAS DI JEPUN

Image
Tandas antara tempat yang agak popular dengan kisah2 seram ni kan? Almaklum la sebersih manapun tandas tu tetap di kategorikan tempat kotor sebab tempat tu la kita nak membuang segala sisa kan? Dan tempat tu memang di sukai syaitan. Sebab tempat tu menjadi pilihan jin & syaitan.. meh kita kita tengok lagenda kisah seram yang popular di jepun pasal hantu tandas ni. Hantu Ako Manto Ako manto adalah hantu tandas paling popular & menjadi lagenda cerita seram di jepun. Katanya hantu ni akan datang pada seseorang & meminta orang tu memilih kertas merah atau biru. Selalunya yang guna tandas paling hujung paling di sukai hantu ni. Sekiranya pilih kertas merah, katanya serta merta badan mangsa bagai di hiris & bertukar menjadi darah. Dan sekiranya memilih kertas biru, hantu tadi akak mencekik anda sehingga sehingga rupa bertukar menjadi biru. Kedua2 pilihan itu berakhir dengan kematian. Jangan cuba2 buat lawak pilih warna lain katanya.. hantu ni tak reti nak berlawak sanga...

AL FATIHAH.. TIADA LAGI KU DENGAR KIDUNG MU

Image
Kalau nak di tulis dalam bentuk cerita.. Sememangnya aku tak mampu. Kehilangannya masih terasa sehingga saat ini. Jadi aku tulis dalam cara yang aku mampu cerita. 24 April datang lagi.. Sampai saat ini 5 tahun berlalu aku masih belum kuat mencoret kenangan bersama mu Kerana setiap kali ku ingat Akan datang rindu yang menyakitkan Rindu yang tak mungkin sampai Rindu yang tak mungkin di gapai Rindu yang mungkin buat aku rebah Rindu buat mu Ayah.. Kau pergi saat ku menghitung hari bahagia Kau pergi di saat kita menanti hari itu Hari bahagia kita sekeluarga Namun tertulis.. Kau pergi dulu Pergi tanpa sebarang kata & tanda Ayah... Kami semua rindu Namun rindu yang tiada perantara Menyampai khabar berita Ayah.. Moga damai & bahagia Moga tenang & gembira Disisi Tuhan yang Esa.. Tiada lagi ku dengar kidung mu Riuh menyambut kepulang ku.. Ya Allah.. Aku rindu!