YANG NAK KAWEN DUIT HANTARAN JANGAN HANTAR TUNAI, BAHAYA

Zaman sekarang ni penjenayah ada di mana2 dalam berbagai rupa, imej, jantina & perwatakkan. Dulu kita dengar ada pencuri ambil kesempatan mencuri barang2 pemilik & sedara mara semasa orang sibuk dengan kenduri kendara.. kebanyakkan jenis2 gadget, handphone bagai macam tu je. Tapi korang jangan ingat duit hantaran korang yang beribu2 di gubah cantik jadi macam2 bentuk tu tak berisiko hilang tau. Dalam kosmo hari ni, Polis mencari dua wanita dalam lingkungan usia 30-an bagi membantu siasatan kes kecurian barangan berharga termasuk wang hantaran RM8,000 yang dilaporkan hilang pada satu majlis kenduri perkahwinan di Taman Permai di sini, 17 Mac lalu.(Artikel Penuh: KOSMO ). Menangis pengantin di buatnya, dek non! Ni salah sorang muka pencuri yang di buru polis. Sapa kenal tolong angkut pi balai sat Jadi untuk keselamatan, elok la jangan hantar tunai duit hantaran. Guna cek ke.. atau terus bank in ke akaun pengantin perempuan tu. Tak payah la kita jadikan salah...