BERMAIN PUZZLE SECARA ONLINE DI JS PUZZLES DENGAN PERCUMA

BERMAIN PUZZLE SECARA ONLINE DI JS PUZZLES DENGAN PERCUMA . Bermain puzzle ni antara aktiviti yang kita pernah buat zaman kecil kecil dulu. Selalunya aktiviti susun puzzle ni kat rumah la bersama adik beradik yang lain. Sebab susun puzzle ni bukan sesuatu yang mudah sangat. Perlu penelitian sebab 1 gambar di pecahkan2 kemudian kita perlu menyusan sehingga menjadi satu gambar balik. Aktiviti ni memang mampu menajamkan minda & fokus seseorang. Memang bagus untuk meningkatkan fokus kepada manusia terutama kanak kanak. Sebab permainan puzzle ni bukan permainan semata mata untuk mengisi masa lapang. Permainan puzzle memerlukan seseorang mengecam corak & berfikir untuk mencantumkan pecahan gambar gambar puzzle tersebut. Ia merangkumi kemahiran matematikal dan kemahiran logikal yang merangkumi nombor, gambar, bentuk dan juga perkataan. Permainan Puzzle ni Bukan untuk kanak kanak je tau. Ia sesuai untuk semua golongan termasuk orang dewasa. Permainan Puzzle juga boleh di...