Posts

Showing posts from May 31, 2015

FAKTA YANG PERLU ANDA KETAHUI TENTANG PENEMUAN MAYAT KANAK KANAK LELAKI DI BAWAH LANTAI SIMEN DAPUR

Image
Malam ni segmen seram serik di gantikan cerita/fakta yang agak seram,ngeri,menyayat hati jugak kejam. Tak tau macam mana orang yang buat ni tergamak buat lebih2 lagi yang di syaki adalah mak bapak budak tu sendiri. Semua orang tahu Pada hari Jumaat, 29 Mei, rangka kanak-kanak dibalut dengan kain ditemui ditanam dalam lubang di bawah lapisan baru simen di lantai dapur sebuah rumah di Taman Usaha Jaya, Kepong. Bayangkan kalau misteri pembunuhan tu tak di ketahui & ada orang lain pulak menyewa kat situ tanpa tahu di bawah simen lantai dapur rumah dia tinggal tertanam mayat seorang budak yang berkemungkinan menjadi mangsa dera & bunuh. Mula la nak jadi cerita mistik.. Macam filem Rahsia dulu. Sapa tak tau filem Rahsia tu sila google yer.. Antara filem seram yang menyeramkan di zaman aku kecik kecik. Mayat kanak kanak tu di temui oleh pekerja2 yang membuat pengubahsuai terhadap rumah tersebut selepas terhidu bau busuk di lantai yang baru di gali ketika membuat kerja pengubahs...

UPLOAD MUKA BLUR MAYA MATAHARI KENA UGUT DI SIMBAH ASID

Image
Hari ni nampaknya weekend kat rumah je la sebab robot masuk wad maka makhluk 2 kaki jadi patah sayap la pulak. Takpe sekali sekali berjimbaraya di rumah sendiri pada hari minggu yang berbahagia ni. Sambil lepak2 depan tv tengok jalan2 cari makan kat tv3 jenjalan la kat IG. Ternampak satu gambar retis yang dulu popular dengan lagu matahari.. Maya upload satu gambar katanya kat majlis tahlil. Gambar tu dia dengan artis vateran Rohana Jalil kalau tak silap. Caption dia dia la tulis pasal muka blur. Tetiba je sorang mamat ni macam tak puas hati terus komen yang boleh macam cari nahas jer. Hati2 dik Ooi.. nak tunjuk samseng even kau tak berniat nak buat pun. Statement macam tu pun boleh jadi kes polis jugak. Dah nampak macam ugutan. Tup tup tetiba berlaku benda tu kat orang yang kau hamburkan kata kata tu even kau tak buat pun confirm kau tersenarai sebagai suspek jugak. Lepas si Maya reply balik kata kalau merasa nak pergi balai buat la statement macam tu.. reti pulak dia delet...

SUSHI KING TIADA DALAM DIREKTORI HALAL JAKIM

Image
Aku ni antara penggemar sushi tapi aku bukan tiap2 minggu pun makan sushi apatah lagi makan kat sushi king. Tapi pernah la termakan 2 kali kat situ. Antara tempat mahal makan sushi jugak la. Selalu beli jer sushi kat tesco tu pun dah lama tak beli. Tup tup timbu isu Sushi king tak pernah apply sijil halal & hari ni terbaca kat satu blog katanya Sushi King di sahkan tidak halal oleh JAKIM. Oh my Malaysia apsal la premis2 yang tiada kelulusan halal ni sering di kelirukan. Memang kebanyakkan pekerja sushi king terdiri daripada orang melayu beragama Islam. Cawangan Sushi King yang pernah aku makan pun semua tengok budak2 melayu yang kerja kita pun tak terfikir la benda tu tak pernah apply sijil halal JAKIM. Tak tau takde status halal tu sebab tak pernah apply sijil halal atau halal dari segi bahan/ramuan yang di gunakan. Hope sekadar tak pernah apply sijil halal bukan tidak halal dari ramuan/bahan di gunakan. Aku check jugak sendiri kat directori halal JAKIM memang takde tersena...