Posts

Showing posts from March 24, 2017

RESEPI AYAM GORENG KUNYIT SENANG LENANG

Image
RESEPI AYAM GORENG KUNYIT SENANG LENANG . Tu dia.. Nama resepi kau. Ayam Goreng kunyit senang lenang katanya.. Amboi hang lekatlekit.. Ayam goreng kunyit pun nak share resepi ka? Setakat goreng & campak - campak tu budak sekolah rendah pun tau masak.. Aippp.... Jangan tak tau kadang2 resepi yang budak sekolah rendah reti masak tapi yang tua bangka umur di pinggir kubur pun tak reti nak masak ok! Nak bagi contoh.. Orang2 sekeliling aku pun ada sampai tua bangka pun tak reti masak. Asyik lauk tunjuk - tunjuk je hari hari.. Manalah tau tetiba seminggu sebelum mati tetiba dapat hidayah nak belajar masak Ayam goreng kunyit at least ada jugak resepi kat carian google tu katanya... Aku ni nak kata pandai masak tu tidak la.. setakat menu2 kampung & menu2 simple tu reti la. Yang penting menu2 yang aku suka la. Lidah belacan ni bukan reti sangat nak makan western, korean food bagai.. Almaklum la selera kampung kampung katanya. Jadi sebab bukan la handal masak so aku share resepi res...

SUAMI KEPADA PENYANYI NORA JUGA KOMPOSER TERKENAL JOHAN NAWAWI MENINGGAL DUNIA

Image
SUAMI KEPADA PENYANYI NORA JUGA KOMPOSER TERKENAL JOHAN NAWAWI MENINGGAL DUNIA . Innalillahhiwainnalillahhirojiun... Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga komposer terkenal Johan Nawawi merupakan suami kepada penyanyi yang terkenal dengan lagunya di persimpangan dilema pada tahun 90an, Nora. Dikhabarkan komposer terkenal tersebut menghembuskan nafas terakhir pada 6.30 pagi tadi setelah di bawa menerima rawatan di  sebuah  pusat perubatan di Subang Jaya. Allahyarham meninggal dunia akibat serangan jantung. Perginya di hari Jumaat yang mulia... Moga Allah mengampuni segala dosa dosa arwah & menampatkan beliau di kalangan orang orang yang beriman.   J enazah akan dimandikan dan dikafankan di Masjid Kampung Tunku, di sini dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam lokasi yang sama selepas solat Jumaat. Sedikit info berkenaan Allahyarham.. Johan Nawawi adalah penggubah lagu pop dalam industri muzik Malaysia sejak 1980-an. Antara lagu popular ciptaannya berjudu...