KOMUNITI MEMECAH BELAHKAN BLOGGER

Entri adalah rasa hati & pandangan aku dari apa yang berlaku pada aku, pada orang lain dalam dunia blog. Bukan berniat mengaibkan sesiapa.. Tapi semua pembaca blog ni sudah sedia maklum dengan penulisan di blog aku yang menulis pendapat aku terhadap apa saja isu. Sekiranya anda berfikiran bukan seperti penduduk hutan amazon.. anda layak membaca. Perbezaan pendapat tak menjadi masalah.. Sumber google Sebelum ni rasanya ramai yang tahu tapi ada yang tak tahu adalah seorang ahli dari sebuah kelab blogger yang di kenali kat alam maya ni.. Nak2 lagi blogger memang tahu kelab blogger tu. Walau aku telah di keluarkan dari kelab blogger tu dengan alasan 'Stalker' even tak logik pun tapi sebenarnya aku di keluarkan sebab ada perselisihan pendapat dengan pengasas kelab blogger tu dalam satu isu semasa yang tak melibatkan kelab tu pun.. Pun macam tu aku tak nafikan faedah yang kita dapat bila menyertai kelab tu. Sebab banyak job2 untuk blog, event2 luar & boleh pergi holid...