PERISTIWA BUANG SAMPAH

12/08/2010 02:21:00 PM suria lekatlekit 7 Comments

Ada je benda kan kalau aku nak buang sampah ni. alahai.. dari sebangka - bangka manusia hingga sekecil - kecil anak.. Suka sangat bagi perhatian kat aku. Istimewanya aku di mata masyarakat kat sini, kan?? Rasa macam artis lak...

Alkisahnya tadi.. Sampah makanan semalam kang di peram maunya bau mengalahkan perkasam. Perkasam takpe juga.. Ni Bau jamban pun lagi wangi. So, tak nak rumah aku ni di selubungi bau2 misteri ala - ala bangkai gitu harus la menapak anak tangga pegi buang sampah. Tapi hari ni aku bawak turun sampah guna lift sebab tengahari takde orang sangat. Lift kosong.. So bau - bau yang harum sebangkai ni takde la mengugat kestabilan penafasan orang lain (Walaupun takde la bau sangat. Sampah sisa makanan semalam jer..).

Bila nak naik balik.. Arghh.. Lambat pulak lift nak turun. Takpe la bersenam jer.. Naik tangga lagi cepat nak tunggu lift turun ala2 siput sedut sunti gitu. Then macam biasa la sampai tingkat 7.. Anak - anak dara kecik melepak kat tangga. Kecik - kecik dah pandai buat forum kat tangga yer.. Al-maklum la cuti skolah. Tengok masing - masing tengah dok dandan rambut. Then ada la sorang anak dara kecik ni... Nampak aku terus pandang then tekup mulut kat telinga kawan dia. Aku pandang.. Dia pura - pura macam takde apa - apa.. Then bila dia rasa aku dah jauh walhal aku usya dari atas dia berbisik dengan kawan dia. Confirm mengumpat aku tu. Amboi!! Kecik - kecik lagi kau dah pandai bermulut hanjs & longkang yer dik.. Apsal?? slalu nampak aku turun naik tangga pun nak jadi isu ker?? Hal budak - budak takkan aku nak pegi ajak wrestling lak.

Ntah apa di bisikkan tu pun tak tau.. Tapi yang pasti bakat kewartawanan untuk kategori kawasan kejiranan memang dah terserlah. Besar esok.. confirm jadi macam orang sebelah umah aku ni. Apa benda yang dia tak tau kat sini?? Orang kawen.. Orang tak kawen.. Orang mengandung.. Orang kena halau.. Orang gaduh.. Orang makan.. Orang berak.. Orang tido.. Orang keluar.. Orang balik.. Semua dia tau! Kerap sangat la aku terserempak dia depan pintu umah orang, jarang sangat aku nak tengok orang depan pintu umah dia berborak melainkan dia kena serang sebab mulut hanjing dia tu.

Moral of the story.. Jangan pupuk sangat sikap bz body kat peribadi anak - anak yer.. Kang dia terlebih prihatin jadilah seperti istilah mulut longkang. Berpatutan la jaga tepi kain orang.. sebab takut kain sendiri terpalit taik tak nampak, kain orang yang harum downy lak di busuk - busuk kan. Ingat!! hidup ni ada hukum karma bukan buah kurma.

7 comments:

  1. ada lagi yer kisah buang sampah...cik lekik nih comel sgt sampai jd perhatian semua...nih yg teringin nak jumpa cik lekik...

    ReplyDelete
  2. bukan comel tp comot tu org asyik mengumpat jer..

    Ntah la deqdeq.. jarang sgt nk bercampur dgn org kt sini maybe sebab tu la dorang rasa tak puas hati kot. Dulu keja.. skang dok umah so, takkan nak bertandang kat umah org semata mata nak beramah mesra. Lgpun ni bkn kampung.. tp org2 kt sini mcm org estate lak!

    ReplyDelete
  3. hehehehhee....
    macam2... bakat terpendam tu..ishh kalo x dibanteras dr awal.. bakal jd pelapis wartawan disitu menyalurkan berita.

    ReplyDelete
  4. dia jealous tu tgk akak yg cun..tu yang tabur gossip tu

    ReplyDelete
  5. Lya.. Ntah la orang2 kat sini nk kata suku kaum jakun tak jugak.. Tp memang pelik

    Cik Gallus.. kalau comel org puji.. Ni mesti comot ni slalu kena keji

    ReplyDelete
  6. di mana anda ketika anak-anak anda melepak-lepak di tangga-tangga flat atau kondo? ni isu yang harus dikupas elok-elok.. satu isu jugak ni.. wajar ke dibiar anak-anak dare duduk-duduk kat tangga mcm tu? haiisshh.. kalau anak-anak buah aku tu, dah lame kene tempik... jgn harap na korang nak duduk2 bersidai mcm tu... hmm.. betul la.. kecik2 dah pandai... budak2 sekarang ni....

    p/s: nak minta feedback la... ade mengarang cerita hikayat ni.. tapi tak tau ok ke tak... jom komplen sikit2.. ni link nyer...

    http://timelineskasih.blogspot.com/2010/08/ep-1-hikayat-seri-anggar.html

    ReplyDelete
  7. Ntah la.. kdg2 time maghrib pun bersidai lg anak2 dara sunti tu.. erkk.. aku wat per maghrib2 lalulalng kat tangga.. takde la kdg2 br blk dr somewhere kan.. so terlintas la di depan kanak2 tersebut

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com