Posts

Saya Sangat Rindukan Ayah..

Rindu yang tiada penghujung... Dah Genap 24 hari pemergian Arwah Ayah... Sejak 2 menjak ni aku kerap mimpikan Ayah. Mungkin aku terlalu rindukan Ayah. Lebih2 lagi hari meraikan majlis perkahwinan aku semakin dekat. Betapa pilu hati setiap terkenang Ayah yang tak sempat merasa untuk menerima menantu sekaligus inilah majlis perkahwinan pertama yang di adakan dalam family aku. Sebelum dia meninggal.. Aku dapat lihat betapa Ayah teruja untuk adakan majlis perkahwinan aku. Mengenang semua tu, bertambah sayu hati aku. Setiap saat, wajah,suara.. Ayah bagai bermain di dalam bayangan ku. Hari yang sepatutnya menjadi hari bahagia ku terasa bagai hari yang buat aku semakin pilu kenangkan Ayah yang takde bersama sama meraikannya. Hanya Tuhan saja yang tahu.. Aku terlalu lalu rindukan Ayah. Sampai pernah aku bagitau mak supaya membatalkan saja majlis sebab hati aku semakin tersiksa untuk meraikan tanpa Ayah. Semoga Tuhan beri aku kekuatan. Ayah.. really2 miss U so much. Al Fatihah

AKU MENULIS BUKAN KERNA NAMA...

Image
Tu dia.. Tajuk entry kali ni. Kau ada brani??? Apa kes lak ni kan... Macam la aku ni penulis tersohor nak buat statement camtu. Kau ada kena abbyfunny the lekat lekit gurl?? Takde kan??? Well.. U know me Bukan apa terjumpa satu blog ni kira2 2 3 bulan yang lepas. Tak sempat la aku nak siasat latar belakang, tepi, tengah, atas bawah dia tapi dari pengamatan yang kabur2 ni maybe dia seorang blogger yang di kenali ramai & banyak follower termasuklah den kan. Den ni memang gomar add sebagai follower tanpa segan silu tak kira la sapapun dia. Apapun yang add den... i dedicate this song 4 Uolls.. Berbalik pada cerita seorang blogger yang mahu di kenali sebagai Ben Ashaari. "Jangan Bagi aku membebel" katanya. Siap ada aktiviti menjelajah blog tapi dengan sapa2 yang mahu di jelajahi oleh En Ben Kita ni haruslah membuat satu entry khas yang bertajuk " Saya mahu blog di jelajah oleh Ben Ashaari.." lebih kurang camtu la bunyi nya kot. Ramai juga yang gila nak di terja...

JOM LELONG DARA DAN TERUNA

Dah keabisan ideakah ? Dulu ngan aksi makan apa saja .. diikut dengan nyanyian , tarian , lakonan dan banyak lagi laa.. Skang ??? Mereka kembali dengan rancangan tv realiti ..LELONG DARA DAN TERUNA .. sapa yang bida paling tinggi akan dapat .. Bodohkah ?? Aku penah baca di majalah tabloid negara kita ... Ada perempuan sanggup berkata gini ha ... " dari aku bagi free kat boyfriend aku , baik jual je...dapat gak duit ..bukan susah pun " ... huh ... pemikiran remaja remaja skang ... janji dapat duit ... haih.. Berbalik pada rancangan tu .. " Program berkenaan akan diteribitkan oleh penerbit dokumentari, John Sisely yang sebelum ini dipaksa meninggalkan Australia selepas pihak berkuasa negara itu mengancam mendakwanya berhubung projek itu. Dia kemudian memindahkan projek berkenaan ke Nevada, Amerika Syarikat, tempat terletaknya ‘bandar dosa,’ Las Vegas. Siseley berharap memperoleh pembeli dalam lelongan yang akan disiarkan secara langsung dari sebuah rumah pelacuran....

FASA BARU HIDUP KU

Image
Hi Uolls... Wah tengahari camni sure ramai dok pilih juadah nak lunch kan??? Apapun Uolls.. Mulakan dengan bismillah yer... Lets makan2 sambil mengumpat Oleh kerana aku tak tau nak buat apa kat opis ni maka dengan semangat waja, aku update la entry. Arini kurang sihat sikit. Demam sejak semalam. Perit tekak rasanya.. Tapi Alhamdulillah, boleh bertahan lagi. Rasai keperitan tekak ku Bukan tu yang nak aku cerita ceriti kan tengahari ni.. Cuma tetiba aku terfikir kalau dulu bujang cerita ceriti berkisarkan orang2 di sekeliling aku. Sekarang apa ekk aku nak cerita??? Aku tengok blog2 para2 isteri banyak berkisahkan tentang kehidupan berumah tangga, macam cerita sal suami, sal anak, sal masak.. & banyak lagi yang la yang berkaitan dengan hal2 orang dah kawin ni. Hurmm.. apa nak cite ekk?? Tapi aku?? Aku tak tahu apa yang aku nak ceritakan pasal kehidupan baru aku ni.. Nak cerita pasal anak.. mana la aku ada anak lagi. Nak cerita pasal hubby.. hurmm apa ekk aku nak kongsikan pas...

28 Dalam kenangan

Image
Salam Uolls... Petang2 kat office baru ni tak tau lak nak buat apa. Segala benda takde ni.. Paling penting internet. Ntah apa masalah pun tak tau.. Ni pun sdn bhd punya broadband wakaf sekejab. Kalau ikutkan hati tak hingin aku nak guna broadband aku untuk company.. Buat apa?? Dorang jer untung, aku takde untung apa2. Dah la tak pernah naik gaji.. huhuhu.. Nak buek camno.. nasib buruh cam den ni slalu camtu Bukan la nak cerita sal Gaji aku yang tak pernah2 naik, or overtime yang tak pernah di bayar atau apa2 elaun yang tak pernah ada tapi cerita ceriti kita petang ni berkaitan dengan nombor. No.. No.. No.. Bukan 4D tau. Tak elok. Haram tu! Dont try this at anywhere Apa nombor yang paling banyak makna dalam hidup korang??? Apa2 je la.. kalau korang jawab pun aku tak dengar. Okies.. Nombor yang paling bermakna dalam hidup aku adalah 28. Napa 28??? Meh kita kupas kupis apa yang ada di sebalik 28 itiew... Aku di lahirkan pada 28 Aug ** dimana waktu tu Mak aku berumur 28tahun. Aku ...

Ayah...

entah macam mana nak aku mulakan.. Apapun Al Fatihah Buat Arwah Azizan Bin Hussin, seorang lelaki yang ku panggil ayah. 21 april 2010, 8.28am. Ayah call suruh balik untuk settlekan borang nikah. Ada beberapa part yang boleh di sain & aku perlu menghadiri temuduga sebelum bernikah pada 06.06.2010. Ayah sempat pesan suruh aku buat kad jemputan. Beriya dia nak aku buat sendiri walau aku cakap aku nak tempah jer. Dia suruh aku balik dengan bakal suami masa tu. Dia suruh balik juga dua - dua.. 24 april 2010, 11.01 am, Ayah call lagi tanya samada balik atau tak walau masa tu aku dah dalam perjalanan balik ke kampung. Banyak kali dia call bakal suami, tanya balik or tak. Aku anggap biasa jer sebab aku fikir dia cuma risau borang nikah tu tak settle. lebih kurang 5.30 pm aku sampai kampung. Ayah masih tak balik kerja masa aku sampai. Ayah balik kerja dah dekat maghrib. Balik je umah dia sibuk tanya borang nikah tu. Masa tu ada kat abang sepupu aku sebab abang sepupu aku yang tolong i...

WARNA WARNI DUNIA KU

Image
2.09 am.. Mata tak ngantuk. Aduhai.. Ni padah siang membuta tahap hamster.. (Hamster aku memang suka membuta siang2 hari sebab dia tau siang aku takde umah). Ko ada hamster pandai main golf?? high maintanance ni.. Sedar tak sedar dah setahun usia blog aku yang kalerful ni (walau berbackgroundkan hitam). Sebenarnya ini blog ketiga aku & paling lama bertahan. Blog2 lama aku dulu terpaksa di deletekan semua post2 nakal. Masa tu baru nak belajar tulis blog, kan?? Ala2 skema butang sampai leher la.. kekekekeke Saya budak baik walau skema!! walaupun aku masih di tahap tadika (amatur) dalam dunia blogging ni tapi at least banyak benda dah aku tahu.. Dulu aku tau clik new post pastu taip something & post jer.. sekarang dah banyak skit aku tahu kan?? Dulu blog aku takde sapa sudi mengskodeng.. kalau ada pun dua tiga urat bulu roma sesat je singgah, sekarang alhamdulillah ada yang sudi menjenguk & add aku sebagai follower. Thanks.. enter to my blog Sebenarnya Blog aku nye 1s...