Posts

TIDUR YANG MEMENATKAN

Aktifnya tidur sampai penat.. Agaknya macam mana la gaya tidur yang memenatkan yer?? Tidur yang selalu berpusing2 360 darjah ker?? Atau suka mengingau bangun & jalan2 time tido?? Entahlah.. Tapi tadi lepas maghrib sikit Lekit tertido. Sejak 2 menjak ni senja je mesti mengantuk tapi tahan jugak la mata supaya tak tertido lepas Asar atau masa senja. Tapi tak berjaya hari ni.. Dekat - dekat pukul lapan tadi tertido juga. Tak lama lebih kurang 1 jam dah terbangun. Bila bangun tu.. Ya Allah tak tahu apa benda yang aku buat masa tidur tadi, rasa penat sangat macam buat keja berat jer masa tidur. Patutnya bangun rasa segar.. Ni tak sampai sekarang still rasa penat & lemau. Dalam penat - penat tu sempat lagi membedal sepotong kuih seri muka & Nasik lemak yang beli petang tadi. Pun tak memberi energy. Rasa lemah sangat - sangat. Ingat nak sambung balik tidur tapi dah tak tertidur pula. Tak tahan dengan rasa penat yang tak tahu punca macam ni. Takkan kot kesan dari mengandung m...

SANTAI SUNGGUH ABANG TNB BUAT KERJA

Image
Ni kisah sewaktu Sang Lekit turun kebawah buang sampah di samping dengan niat nak beli nasi lemak akak kat blok A tadi. Bukan taknak combine je kisah ni dengan entri pasal nasi lemak tadi tapi kang panjang sangat jadi. En Google punya So, balik dari blok A, naik la Sang Lekit kat G. Kat post box tu tengok abang TNB tengah edar bil elektrik tetiba sorang lagi yang tengah bersantai kat bangku kayu dekat post box tu menyapa la sang Lekit.. "Dik Nak bil Elektrik??" Alang - alang kepalang dah kat bawah tak payah susah - susah check post box lagi aku pun angguk je. Dia tanya tinggal tingkat berapa, aku bagitau la 9. Pastu dia jawab.. " Alah.. kita keluarkan bil sampai tingkat 7 je tadi.. Tapi try adik check peti pos tu kot2 orang lain dah keluarkan bil." Lor.. gitu lak! Mesti kes dia malas nak edar bil tu ke post box then sapa jer lalu lalang dia tegur & tanya. Bila check post box memang bil dah ada. Aduhai.. Tengok Abang TNB tu bersantai buat kerja lucu lak.. ...

LEKIT PUN KENA PANGGILAN HANGIT

Semalam sebelum tido. Sang Lekit menghabiskan sisa - sisa BW dengan pembacaan terakhir di blog iqbalhakimi kalau tak silap cerita pasal panggilan hangit dari hotfm tu. Just silent reader jer.. Dah blur takde idea lak nak komen. Pastu off semua, baring, tarik selimut.. pelan - pelan pejam mata terus di buai mimpi. Terkejut bangun bila ada call masuk pagi - pagi. So, Lekit pun jawab la tanpa check bagai nombor yang masuk tu sebab masih mamai kan. Then ada suara lelaki di hujung talian tetiba tanya Lekit macam - macam pasal blog.. pasal nuffnang.. & macam - macam la. Lekit pun naik cuak apsal mamat ni tetiba dok interview aku pasal blog ni?? Otak mula ligat la fikir.. kot2 terbuat salah dalam blog. Mana lah tau keceluparan jari taip entri tu kot2 terlepas satu dua lazer yang mengundang kemarahan orang lain. Bila dia asyik interview aku pasa blog ni.. Apa lagi aku pun interview balas dia sapa, kenapa tanya pasal blog aku.. tetiba dengar lak suara perempuan menyampuk cakap anda terk...

BATU BELAH TAK JADI TERTANGKUP

Batu belah batu bertangkup.. Nganga la engkau sampai andai manusia kempunan untuk di tangkup.. kekekekeke.. Maka hari ni berjaya juga aku makan nasik lemak akak blok A. Kekekekekekekekeke Walaupun semalam request en hubby asam laksa Group Base Sri Damansara malangnya masa en hubby pergi dah abis.. Then request juga la nasi lemak. Tapi en hubby balik bersama nasik lemak,laksa & capati yang di beli dari pasar malam. Terus reject nasi lemak.. Pilih laksa yang tak sedap & macam nak bagi kambing makan je dia potong sayuran tu. Timun bawang rasa macam dia tak potong guna pisau tapi gergaji. Besar2 belaka. Tapi takpe la akibat mengidam.. ku telan juga sampai abis. Nasi lemak & capati.. Ditugaskan pada en hubby untuk menghabiskannya. Cerita pasal nasi lemak akak blok A tu.. Not Bad.. Harga sebungkus RM1 tapi mengeyangkan.. orang tamak beli 2 bungkus.. kot2 lapar lagi boleh makan. Tengok kuih seri muka yang hijau menawan bersama pulut di bawah yang putih gebu buat hati tertawan....

BLOG BEBAS PINK

Bila sesuatu itu bukan favorite atau taste maka kadang - kadang kita akan jadi lupa tentang kewujudannya. Tapi selalu bukan lupa cuma tak berniat atau tak berhajat nak guna sesuatu yang bukan menjadi favourite. Kalau korang perasan (sebenarnya aku pun baru sedar setelah blog ni di review oleh Shahazrin.com) Blog ni bebas dari sebarang warna merah jambu atau pink yang kebiasaannya sinonim atau macam kembar pada blog perempuan/gadis dengan warna pink. Bukan takat pink aku juga kurang minat pada watak2 kartun animasi, atau hello kitty, twetty bird, teddy bear, bunga..  tulisan glitter2 gitu, corak2 yang ber blink2.. atau sinonim la dengan widget2 or gadget2 yang di tampal kat blog gadis - gadis ni. Bukan la mengambarkan aku ni seorang yang kasar or brutal.. Tak jugak. Macam perempuan lain juga tapi nak buat camna taste aku lebih menjurus pasa sesuatu yang tak berapa nak comel kot. Kekekekekekeke... Lebih tertarik pada blog2 para lelaki yang simple, menarik & kadang - kadang2 n...

PELAJAR HISTERIA CUBA SERANG RAKAN DENGAN PISAU

Image
Haruslah di cari penyelesaian dengan segera. Histeria di kalangan pelajar di sekolah tidak lagi menjadi perkara remeh kalau membahayakan diri dan orang lain. Kalau semalam pelajar di salah sebuah sekolah yang terkena histeri di katakan cuba terjun bangunan, hari ni Teluk Intan berlaku lagi kes histeria. Mula - mula seorang pelajar perempuan terkena histeria semasa sesi pembelajaran baru bermula menjerit & membaling cermin tingkap kearah guru tapi nasib baik la cikgu sempat elak.. kalau tak bocor. Lepas tu berjangkit pula kat pelajar perempuan lain. Dah abis serang pelajar perempuan.. Test market lagi si jin tu kat student laki lak.. Kali ni lagi ganas. Pelajar lelaki yang terkena histeria tu keluarkan pisau & cuba menyerang rakan sebelum berlari kearah jalan besar & hampir2 di langgar kereta. Seorang guru cuba menenangkan seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Ranggam yang mengalami histeria di Teluk Intan, semalam. Gambar menunjukkan seorang pelajar yan...

BILA BE DAH JADI ME.. KEPUASAN BERBLOG & JANA PENDAPATAN

Image
Pagi - pagi lagi dah check tabung nuffnang. Hari 2 lagi BE dah bertukar wajah menjadi ME.. Ok la tu dah lama sangat tu dia berjasa. Menjadi ia 3 ME sudah. Tak nak cash lagi sebab amount takde la banyak sangat. So, tinggal 3 BE lagi untuk meneruskan perjuangan. 3 BE yang dah berubah wajah kepada ME Agaknya bila nuffnang nak bagi BE baru lagi...??? Dah jadi mata duitan kau sekarang ekk Lekit. Abis.. Peluang menjana pendapatan sambil berblog ada.. so tak salah kita kejar, kan?? Apapun di samping menjana pendapatan dengan blog.. Hope Lekit takde la tersasar dari landasan berblog kerana mengejar duit semata - mata. Berblog ni memberi Sang Lekit kepuasan bila dapat menulis sesuatu even benda yang selalu orang pertikaikan adalah isu kupas kupis artikel akhbar. Nak tau kenapa Lekit suka kupas kupis isu akhbar ni?? Sebab tak ramai yang suka baca paper dengan artikel panjang berjela dengan bahasa formalnya. So, Lekit cuba sampaikan informasi & isu2 semasa dengan seringkas yang boleh tan...