Posts

RAMAI BLOGGER MENGAKU MEREKA TULIS ENTRI SAMPAH

Image
Sang lekit ada create satu topik kat forum Geng Blogger. Saja nak tengok respond. Alhamdulillah ada juga respond tapi respond2 tu kebanyakkan buat Sang Lekit tersenyum & berfikir.. Nak tau topik apa yang Sang Lekit post kat forum GB tu?? Itu ler topiknya.. Yang peliknya ramai blogger mengaku lak dorang tulis entri bersifat sampah ni. Sang Lekit tak tipu. Jom tengok buktinya.. Tapi identiti blogger tu dah di sorokkan la... Apa yang bermain di dalam kepala otak Sang Lekit sebenarnya mereka tidaklah merendahkan penulisan mereka dengan melabelkan entri yang dorang tulis sebagai entri sampah walau bukan entri terbaik pun tapi maybe ni la strategik nak buat orang clik blog dorang kot. kekekekekekekeke Untuk bershopping cenderahati cantik & murah & menjana pendapatan di blog sila clik banner di atas

DULU TAK NGAKU SEKARANG DAH BERTUNANG. MASIH INGAT KES TOM MYSTARZ LG YANG PUKUL WANITA MENGANDUNG?

Image
Masih ingat kes seorang artis dari program realiti TV Tom my starz LG yang di kaitkan dengan kontroversi pukul wanita mengandung dimana suami kepada wanita itu di katakan kekasihnya & mereka tinggal serumah di rumah Tom ni. Tapi Si Tom ni menafikan hubungan tu & sekaligus menafikan dia ada memukul wanita mengandung tu. Di kejutkan lagi dengan berita apabila Tom di belasah keluarga angkat wanita tersebut dalam satu perjumpaan kerana tidak berpuas hati dengan apa yang telah di lakukan Tom pada wanita tersebut. Dulu tak mengaku lelaki yang berstatus suami itu kekasih dia.. Sekarang dah bertunang & nak kawen pun. Alah.. Tak pelik la. Macam Memey & norman hakim jugak. Bila jadi kontroversi masing - masing taknak mengaku lepas dah cool sikit keluar la cerita tunang & nak kawen bagai. Agaknya cinta berputik masa menghadapi kontroversi kot.. Tolonglah!!!! Sudah terang lagi bersuluh.. Apapun semoga berbahagia la mereka yer.. Jangan sejarah luka yang terjadi pada orang yang...

PUSAT JAGAAN HARIAN SUAMI (HUSBAND DAY CARE CENTER)

Image
Apa yang takde dalam dunia sekarang ni. Kalau dulu pusat jagaan bayi & kanak - kanak jer sekarang ni pusat jagaan suami pun dah ada tau. Pada korang yang dalam kategori bz woman & wife, atau ada nak shopping2 dengan kawan - kawan tapi risau nak tinggalkan suami sorang - sorang. Kini anda tidak perlu risau lagi.. Taraaaaaaaaaaaaaaaaa!! Caj pun tak banyak tapi belum tentu tak mahal walau dalam banner tu tulis cuma bayar harga minum dia jer tapi tak tau pulak berapa harga minuman tu. Maunya macam kes ikan patin kat temerloh 50 orang makan cecah RM13k harus di fikirkan semula nak tinggalkan suami kat pusat jagaan ni. kekekekekeke Aduhai dunia.. Macam - macam ada! Untuk bershopping cenderahati cantik & murah & menjana pendapatan di blog sila clik banner di atas  

FILEM YANG MEMAPARKAN HANTU REAL BUKAN DI LAKONKAN SEMULA OLEH PELAKON BAKAL DI TAYANGKAN

Image
Kini muncul pula dengan filem seram paranormal pertama di Malaysia berjudul Penunggu Istana.Berbeza dengan filem seram lain, Penunggu Istana dihasilkan berdasarkan penemuan sebuah pita rakaman yang mengandungi kejadian paranormal yang berlaku di sebuah rumah tinggalan yang dikenali sebagai Istana BillahI.a dikatakan istana berpuaka dan kesahihan aktiviti paranormal yang berlaku di istana tinggalan 100 tahun itu akan dikongsikan dengan penonton Malaysia mulai 21 April ini. Aktiviti paranormal yang berlaku di Istana Billah bukan saja menjadi buah mulut orang kampung tetapi turut diakui sendiri oleh kru Warkah Terakhir yang pernah menjalani penggambaran di sana. Mereka turut mengalami pengalaman yang mengerikan. Hal ini membuktikan bahawa tempat itu benar-benar mempunyai kisah misteri yang belum terbongkar.filem itu mengandungi rangkuman rakaman video yang berjaya dirakamkan lima pelajar dengan bantuan ahli Seekers. Kajian lima pelajar ini dibantu oleh Seekers akan dipaparkan sebagai ...

RAKYAT BELANDA ANGGAP CARA PENYEMBELIHAN ISLAM KEJAM

Image
Penyembelihan binatang ternakan mungkin diharamkan di Belanda selepas kaedah tersebut yang terkandung dalam agama Islam dan Yahudi, ditentang oleh majoriti wakil rakyatnya.Sebuah akhbar melaporkan majoriti wakil rakyat Belanda menganggap kaedah penyembelihan halal seperti yang diamalkan umat Islam, bersifat kejam terhadap haiwan.Sebelum ini, undang-undang Belanda mengarahkan haiwan ternakan diberikan renjatan elektrik supaya ia pengsan sebelum dibunuh dengan pengecualian diberikan untuk daging yang disediakan untuk orang Islam dan Yahudi.Kaedah tersebut kononnya untuk mengurangkan kesakitan dan ketakutan haiwan terbabit. Apa yang Lekit nak komen cuma macam - macam cara orang kafir nak menentang Islam ni tak kira cara halus atau terang - terangan sampaikan isu penyembelihan cara Islam pun di pertikaikan & dianggap kejam. Untuk pengetahuan mereka yang rasa kejam tu.. Takde mati yang tak sakit. Setiap perbuatan ada sebab & alasannya. Dalam Islam takde satu perkara pun di tuntut ...

KERANA SELULIT KINI BERDEPAN DENGAN MAUT

Image
Dua sahabat karib kini dijangkiti bakteria mycobacterium ablessum sekali gus menyebabkan bahagian suntikan mengalami luka yang sukar untuk sembuh. Tengok kita tengok dulu kesan luka tu sebelum mengupas kupis isu ni.. Ni kes nak cantik punya cerita. Pada mulanya niat di hati nak buang selulit kat peha & punggung tapi kini mereka berdepan dengan risiko maut bila pakar kecantikkan tersalah menyuntik ubat kat punggung & peha diorang. walaupun dicuci di klinik setiap hari, luka tersebut bukan sahaja terus membesar malah mereka mengalami masalah kegatalan melampau. Menurut dorang ni.. Duit dah habis kira - kira RM50k juga la untuk rawatan tersebut. Rujukan : Kosmo Untuk bershopping cenderahati cantik & murah & menjana pendapatan di blog sila clik banner di atas  

CERITA HANTU TERLALU BANYAK BUAT CIKGU PENING KEPALA

Image
Kita sedia maklum kan kat tv, pawagam or kat mana - mana sekarang ni penggiat filem/drama/telemovie semuanya berebut - rebut nak buat kisah hantu/seram bagai ni. Kat tv dah hampir tiap - tiap hari ada drama bersiri seram ni. Budak - budak la paling ghairah nak tengok.. tak terkecuali, kakak budak, abang budak, mak & bapak budak pun turut join sekaki. Pengaruh cerita seram ni bukan sikit.. kalau tak, takkan stesen tv berebut rebut tayang cerita seram ni kan?? Sebab ada sambutan la dorang tayangkan tapi tahukah korang kesannya pada cikgu di sekolah. Kenapa Sang Lekit highlight cikgu & sekolah?? Alkisahnya bermula dari... Tu rungutan dari salah seorang cikgu merangkap kawan satu sekolah sang lekit dulu. Mana tak pening kepala cikgu kalau nak pergi tandas dalam satu masa sampai 10 orang dengan alasan takut hantu. Rasanya stesen televisyen Malaysia or penapisan filem Malaysia ni kena kaji balik la tentang lambakkan filem/drama seram yang di tayangkan. Nampaknya ia membawa kesan...