Posts

TUTUP KES

Isu yang di timbul dah pun di jawab selebihnya terpulang pada yang membaca untuk menilai. Segala komen & pandangan anda semua sang lekit hargai. Thanks.. Pasal cik adik tu kalau dia nak terus terusan menghentam.. silakan. Sang Lekit tak kisah even baby dalam perut pun di sebut - sebut. Baby ku belum tahu akan hal dunia ni & belum lagi menjenguk dunia. Terpulang la nak cakap apapun.. Bagi sang lekit dah selesai sebab dari isu yang di timbulkan kat blog ni sampailah jawapan balas.. (cukup sekadar 2 entri tu jer pasal kontroversi. Pada cik adik yang bakal berkahwin & insyaallah kalau ada rezeki mungkin bakal jadi ibu tu.. Mungkin sekarang bila di sebut pasal anak dalam kandungan kamu takkan terasa apa - apa sebab anugerah itu belum lagi menghuni rahim kamu tapi saatnya akan tiba. Dan kamu akan rasa macam mana perasaan seorang ibu tu. Tapi mujur la mummy Lekit ni jenis tak cepat touching.. Siap minta maaf kat baby lagi sebab mummy baby pun terpalit. Yelah kita masih berkong...

ENTRI KONTROVERSI. APA KATA SANG LEKIT?

Isu pasal entri sang lekit yang di terjah oleh seorang blogger yang terasa beliau di maksudkan dalam entri tu (lekit tak mahu buat sebarang pengesahan disini sebab tu Sang Lekit tak share link sebarang blog sebab tak nak mengaibkan sesapa. Boleh rujuk entri tu DISINI ). Bagi sang lekit semua komen berbaur amarah & tak puas hati tu takde sebab sang lekit nak delete. Apa salahnya kita approve, kan? Dia datang membuka aib sendiri, Bukan sang Lekit yang point nama empunya diri. Dia datang meluahkan rasa, so kita sambut macam biasa. Apa dia nak kata kita approve kan saja biar yang membaca membuat penilaiannya. Selain cikgu shida, Sang Lekit kalau nak komen atau bagi pandangan yang tidak sependapat dengan blogger lain memang sang lekit tidak mengamal bagitau blog or blogger mana. Niat tu taknak la mengaibkan dorang... Sang Lekit just nak bagi pandangan peribadi sang lekit jer. Sang Lekit tak kata sang lekit betul.. & dorang salah tapi sekadar menyuarakan pendapat peribadi. Si blogg...

MENEGUR ORANG KURANG AJAR DENGAN BAHASA CARUT?? DUA2 PUN SAMA TAKDE ADAB

Image
Kisah hasil dari Blogwalking lagi Sang Lekit nak kopek tentang penggunaan bahasa oleh sesetengah blogger ni. Bukan semua yer tapi segelintir. Isu yang Sang Lekit nak kopek, kupas & kupis dengan rakus ni mungkin ada pihak yang terasa hati tapi terima la hakikat pandangan & cara kita tak sama.. So, perbezaan ni mungkin buat kita sama - sama belajar & memperbaiki diri. Alkisahnya terbaca la satu isu berkaitan satu artikel yang sang blogger ni copy paste dari salah seorang penulis yang menyenaraikan ciri - ciri perempuan murahan kat FB. Tak nafikan bahasa & ayat di gunakan sang penulis ni memang agak kasar, pedas & sinis tapi apa yang sang lekit baca ada betul juga. Salah cuma dari segi penyampaianya jer. Ok la kalau sang blogger yang sorang ni nak tegur & tak setuju dengan pendapat & cara si penulis tu menyenaraikan ciri2 perempuan murahan tu tapi... Aduhai bahasa cik adik ni pun rasanya sama level jer dengan penulis tu. Sikit lagi jer dia nak jadi juara me...

ALAMAK! TERSALAH CHECK IN

Image
Bukan darurat sangat pun tapi orang kata tak elok menahan. Alang kepalang dah sampai stesen petronas tu.. elok sangat la membuang hajat yang nak terkencing ni. Kisah ni berlaku kat langkawi jugak. Nak kata tak tengok signboard.. rasanya dah tengok tapi tak tahu la macam mana silap masuk. Nasib baik la tandas tu boleh di kunci kat pintu utama dia. Dah biasa kunci pintu utama & pintu bilik so Sang Lekit dengan tanpa double check lagi terus masuk menyelesaikan niat yang tertunggak tu. Sekali dah siap semua.. ada orang ketuk pintu. Dalam hati mengomel juga.. Dah berkunci tu maknanya ada orang la yang kau ketuk lagi apahal. Ingat nak belek2 muka kejab kat cermin tapi memandangkan takde cermin sang lekit pun bukan je la pintu. Sekali pakcik driver teksi yang ketuk. Sekali lagi dalam hati membebel.. Apahal pulak orang tua ni ketuk tandas perempuan. Nasib baik dalam hati jer berkata - kata kalau terkeluar kat mulut tak pasal - pasal dapat malu. Pakcik tu dengan tak berapa ramah mesra p...

KEJAKUNAN SALESGIRL LANGKAWI

Image
Selesai sudah holiday budget bersama en hubby selama 3 hari 2 malam di Langkawi. Sebenarnya percutian ni takde la di rancang sangat. Tetiba bulan lepas en hubby book tiket flight (Airasia) ke Langkawi. Sebenarnya langkawi bukan la satu destinasi favorite Sang Lekit tapi memandangkan en hubby yang banyak - banyak tempat dia dah pergi.. Langkawi je dia belum pernah sampai so ok la.. Lagipun Maybe ni hadiah 1st anniversary kami yang pertama. 28 April 2011 ni genap la setahun usia perkahwinan kitorang. Kita flight dari KL ke Langkawi lebih kurang 7.30 pagi. Dalam 40 45 minit sampai la ke airport Langkawi. 1st thing cari transport dulu. Tanya sini.. tanya sana.. maka dapat 1 kereta yang budget. Lepas dah dapat kereta terus cari penginapan pula sebab kitorang cuma survey online je sebelum pergi takde la booking. Ternyata kat Pantai cenang lagi banyak resort/chalet yang murah berbanding yang terdapat kat online. Dapat la satu chalet budget kat Tg Mali. Betul2 dekat dengan pantai. 2 3 langka...

MELUAHKAN PERASAAN JANGAN SAMPAI NAMPAK BODOH

Bila dah marah ni.. apa saja yang keluar semuanya tak berlandaskan akal pun begitu bukan semua orang macam tu yer.. Tapi segelintir sahaja. Tengok dari budaya berblog sekarang nampaknya bila blogger marahkan seseorang, sesuatu atau sekelompok manusia mereka yang dari background yang kita nampak educated pun jadi bodoh. Sekali lagi bukan semua tapi segelintir sahaja. Bila dah meluahkan rasa kat blog.. Nak - nak lagi blog tu memang untuk paparan umum bukan di private kan memang tak hairan la kalau semua orang boleh baca walau orang yang di maki hamun sekalipun. Apa yang sang lekit perhatikan sekarang ada blogger tu bila dah marah walau ia melibatkan kaum kerabat, sanak saudara & keluarga sendiri tanpa berselindung atau berfikir panjang di hamburkan kata - kata yang kurang bijak memperlihatkan kebodohan & kejahilan sendiri. Kalau ye pun marah.. cuba ambil masa sikit berfikir & tulis dalam bahasa yang bijak & tak menampilkan sikap jahil sangat. Orang akan menilai kamu dar...

VIDEO KISAH CINTA SANG LEKIT

Image
Entah kenapa malam ni tetiba rasa nak skodegng video - video clip yang pernah sang lekit buat dulu.. Apa korang ingat cikgu shida jer ke pandai editing video gunakan movie maker. Sang Lekit dah lama buat kerja ni tapi Sang Lekit takde la gedik sangat nak buat video miming. Just clip video menggunakan gambar - gambar jer.. Tapi itu kisah dulu. Saja jer bila terjumpa nak juga share saat - saat indah bersama en hubby ketika cinta kami sedang berputik.. wah gitu! Sebenarnya ada la 2 3 kerat clip video yang lekit buat.. ada yang dah di delete kat youtube tu atas sebab - sebab ia tak perlu lagi di pertontonkan. Mungkin tidak lagi sesuai... Korang nak tengok hasil kerja comot sang lekit. Jiwang gila lagu iringan tapi memang antara lagu favourite sang lekit. Jom tengok macam mana video comot tu... Ini cuma secebis memori dari kisah cinta ku... kekekekekeke. Jangan ada yang muntah darah lepas tengok pulak Untuk bershopping cenderahati cantik & murah & menjana pendapatan di blog ...