Posts

NAMA GELARAN YANG MEMALUKAN

Sebagai anak desa walau telah berhijrah ke kota tapi Sang Lekit masih tak lupa asal usul. Biarpun di lahir & di besarkan kat kampung.. Namun remaja sang lekit tidak banyak kisah sekitar kampung sebab masa tu dah pandai bergaul & bersosial di luar. Itu kisah budak - budak baru nak up kata orang. Bukan kisah tu yang di kopekkan tapi isu gelaran orang kampung pada seseorang. Kat kampung ni kalau sebut nama mat, mail, dollah, salleh memang kadang - kadang ramai. Sebab ramai orang yang mempunyai nama & nama panggilan yang sama maka wujudkan gelaran yang pelbagai. Kadang - kadang mengikut sifat, sikap & perawatakkan. Macam pendek, tinggi, gemuk & macam - macam la. Bagi gelaran yang biasa mengikut fizikal tu kadang - kadang boleh la terima tapi bagi gelaran yang kadang - kadang mengaibkan tu hingga jadi bahan ejekkan orang lain pada individu tu atau keluarganya bagi sang lekit agak melampau. Kat kampung sang lekit ni memang sangat popular la dengan nama gelaran.. Macam...

25 MINGGU?? RASA SEKEJAB JER

Hari ni takde takut - takut lagi. Selamba jer hulur tangan pada drakula.. Takde main tarik2 tangan lagi dengan akak baju putih. Bangganya aku!! Cerita apa ni sang lekit?? Alah kisah pasal perut boyot aku la. Hari ni appointment dengan klinik untuk pregnant check up. Takde lagi adengan suspen menanti giliran nak ambil darah. Masa ambil darah pun takde lagi takut - takut. Pengalaman pertama dah bagitau macam mana rasanya drakula halus itu menyedut darah ku. Alhamdulillah menurut nurse yang baik hati lagi sopan & lemah lembut tu Puan Mazlinda Binti Musa (beliau sedang hamil 8 bulan) usia kandungan lekit dah masuk 25 minggu bermakna dah 5 bulan ok! Bukan 4 bulan lagi. Bagus misi Mazlinda ni senang Sang Lekit nak bertanya or merujuk apa - apa. Dia tak banyak bebel tapi cukup ramah & baik menjawab & memberitahu maklumat yang Sang Lekit nak tahu. Tak macam misi Tua tunggu hari nak pencen last month  makcik azimah Bt Mat Aroff tu.. Yang di tanya nak tak nak jer dia jawab da...

HARI IBU BAKAL MENJELMA.. SANG LEKIT LAYAK KE CELEBRATE SEBAGAI IBU?

Tak lama lagi kita akan menyambut hari ibu sedunia. Wah best la ibu - ibu bakal dapat hadiah.. paling2 pun dapat ucapan dari orang - orang yang tersayang. Macam mana pulak nasib bakal ibu macam sang lekit ni?? Boleh ke nak tumpang celebrate sama?? Baby masih dalam perut lagi tapi tetap dah di title sebagai ibu kan sebab dah ada baby walau belum keluar. Keterujaan mula terasa. Dulu takde la rasa macam excited sangat hari ibu ni selain celebrate untuk ibu jer tapi bila dah ada baby dalam perut ni rasa macam.. specialnya mothers day ni, kan?? Tak kira la baby dah keluar ke belum yang pasti Sang Lekit pun sekarang dah tergolong dalam golongan ibu - ibu. Tetap nak jugak tu... Apa yang lebih istimewa bagi seorang perempuan selain berjaya menjadi seorang anak, isteri & ibu. Biarpun ada orang yang berpeluang jadi seorang anak & isteri tapi masih ada yang tak dapat peluang merasai menjadi seorang ibu kandung pada anak sendiri. Bila memikirkan semua tu... Rasa syukur & bertuahn...

TUTUP KES

Isu yang di timbul dah pun di jawab selebihnya terpulang pada yang membaca untuk menilai. Segala komen & pandangan anda semua sang lekit hargai. Thanks.. Pasal cik adik tu kalau dia nak terus terusan menghentam.. silakan. Sang Lekit tak kisah even baby dalam perut pun di sebut - sebut. Baby ku belum tahu akan hal dunia ni & belum lagi menjenguk dunia. Terpulang la nak cakap apapun.. Bagi sang lekit dah selesai sebab dari isu yang di timbulkan kat blog ni sampailah jawapan balas.. (cukup sekadar 2 entri tu jer pasal kontroversi. Pada cik adik yang bakal berkahwin & insyaallah kalau ada rezeki mungkin bakal jadi ibu tu.. Mungkin sekarang bila di sebut pasal anak dalam kandungan kamu takkan terasa apa - apa sebab anugerah itu belum lagi menghuni rahim kamu tapi saatnya akan tiba. Dan kamu akan rasa macam mana perasaan seorang ibu tu. Tapi mujur la mummy Lekit ni jenis tak cepat touching.. Siap minta maaf kat baby lagi sebab mummy baby pun terpalit. Yelah kita masih berkong...

ENTRI KONTROVERSI. APA KATA SANG LEKIT?

Isu pasal entri sang lekit yang di terjah oleh seorang blogger yang terasa beliau di maksudkan dalam entri tu (lekit tak mahu buat sebarang pengesahan disini sebab tu Sang Lekit tak share link sebarang blog sebab tak nak mengaibkan sesapa. Boleh rujuk entri tu DISINI ). Bagi sang lekit semua komen berbaur amarah & tak puas hati tu takde sebab sang lekit nak delete. Apa salahnya kita approve, kan? Dia datang membuka aib sendiri, Bukan sang Lekit yang point nama empunya diri. Dia datang meluahkan rasa, so kita sambut macam biasa. Apa dia nak kata kita approve kan saja biar yang membaca membuat penilaiannya. Selain cikgu shida, Sang Lekit kalau nak komen atau bagi pandangan yang tidak sependapat dengan blogger lain memang sang lekit tidak mengamal bagitau blog or blogger mana. Niat tu taknak la mengaibkan dorang... Sang Lekit just nak bagi pandangan peribadi sang lekit jer. Sang Lekit tak kata sang lekit betul.. & dorang salah tapi sekadar menyuarakan pendapat peribadi. Si blogg...

MENEGUR ORANG KURANG AJAR DENGAN BAHASA CARUT?? DUA2 PUN SAMA TAKDE ADAB

Image
Kisah hasil dari Blogwalking lagi Sang Lekit nak kopek tentang penggunaan bahasa oleh sesetengah blogger ni. Bukan semua yer tapi segelintir. Isu yang Sang Lekit nak kopek, kupas & kupis dengan rakus ni mungkin ada pihak yang terasa hati tapi terima la hakikat pandangan & cara kita tak sama.. So, perbezaan ni mungkin buat kita sama - sama belajar & memperbaiki diri. Alkisahnya terbaca la satu isu berkaitan satu artikel yang sang blogger ni copy paste dari salah seorang penulis yang menyenaraikan ciri - ciri perempuan murahan kat FB. Tak nafikan bahasa & ayat di gunakan sang penulis ni memang agak kasar, pedas & sinis tapi apa yang sang lekit baca ada betul juga. Salah cuma dari segi penyampaianya jer. Ok la kalau sang blogger yang sorang ni nak tegur & tak setuju dengan pendapat & cara si penulis tu menyenaraikan ciri2 perempuan murahan tu tapi... Aduhai bahasa cik adik ni pun rasanya sama level jer dengan penulis tu. Sikit lagi jer dia nak jadi juara me...

ALAMAK! TERSALAH CHECK IN

Image
Bukan darurat sangat pun tapi orang kata tak elok menahan. Alang kepalang dah sampai stesen petronas tu.. elok sangat la membuang hajat yang nak terkencing ni. Kisah ni berlaku kat langkawi jugak. Nak kata tak tengok signboard.. rasanya dah tengok tapi tak tahu la macam mana silap masuk. Nasib baik la tandas tu boleh di kunci kat pintu utama dia. Dah biasa kunci pintu utama & pintu bilik so Sang Lekit dengan tanpa double check lagi terus masuk menyelesaikan niat yang tertunggak tu. Sekali dah siap semua.. ada orang ketuk pintu. Dalam hati mengomel juga.. Dah berkunci tu maknanya ada orang la yang kau ketuk lagi apahal. Ingat nak belek2 muka kejab kat cermin tapi memandangkan takde cermin sang lekit pun bukan je la pintu. Sekali pakcik driver teksi yang ketuk. Sekali lagi dalam hati membebel.. Apahal pulak orang tua ni ketuk tandas perempuan. Nasib baik dalam hati jer berkata - kata kalau terkeluar kat mulut tak pasal - pasal dapat malu. Pakcik tu dengan tak berapa ramah mesra p...