Posts

KAU TAK KISAH TAPI ADA YANG KISAH PASAL STATUS DARA KAU.

Image
Lagi kisah yang sang lekit nak kopek dari isu yang berkaitan dengan penulisan blog. Mungkin mereka - meraka nak rasa diri berani, bersuara lantang, terbuka & tidak kisah dengan maruah diri lalu membuka segala aib yang ada untuk pembacaan umum dengan bangganya sedangkan dalam Islam pun kita di galakkan menutup aib sendiri kalau memudaratkan. Tak perlu nak jujur sampai tak fikir kesannya pada diri sendiri, keluarga & orang - orang yang ada pertalian darah dengan kita. Hasil carian google. Sekadar hiasan Mungkin isu pengakuan berani seorang gadis dalam laman blognya menyatakan dia memang takde dara & pernah melakukan seks luar nikah ramai yang dah tahu. Tapi nak juga sang lekit berkomen secara peribadi tentang isu ni. Mungkin usia yang terlalu muda buat gadis ni cetek akalnya bila buat keputusan tanpa fikir panjang untuk menulis aibnya sendiri secara terbuka. Kesannya bukan hanya pada gadis tu malah keluarga  gadis tu juga terutama mak bapak dia. Mungkin dia rasa peng...

TERIMA HUKUMAN REJAM SAMPAI MATI SELEPAS SERTAI PERTANDINGAN RATU CANTIK

Image
Hanya menduduki tempat ketujuh dalam pertandingan Ratu cantik, seorang remaja perempuan di rejam sampai mati kemudian mayatnya di tinggalkan dalam kawasan hutan. Mayat remaja tersebut di temui selepas seminggu ia di laporkan hilang. Wajah peserta pertandingan ratu cantik yang di rejam sampai mati Tiga pemuda Islam sedang di siasat polis terhadap kes pembunuhan tersebut. Menurut sumber, pemuda tersebut menganggap kematian remaja tersebut itu di benarkan mengikut hukum Islam. Salah seorang dari suspek juga mendakwa remaja tersebut melanggar undang - undang syariah dan beliau tidak kesal dengan perbuatannya merejam remaja perempuan itu sehingga mati. Tapi perkara ni bukan berlaku kat Malaysia tau.. Tapi nun jauh kat Ukraine sana. Nak mengopek secara terperinci terhadap hukuman rejam terhadap remaja yang menyertai pertandingan ratu cantik ni sang lekit tak sempat nak search lagi apapun kalau ada masa Insyaallah sang lekit cuba mencari informasi berkenaan perkara tersebut untuk kita sa...

JANGAN PANDANG PEREMPUAN COMEL BERPERUT BOYOT ITU!

Image
Amaran keras tu! Siapakah gerangan perempuan comel berperut boyot itu?? Wakakakakakaka.. comel kah ia?? Tentang comel masih dalam siasatan kerana beliau sering kelihatan comot sahaja tapi berperut boyot memang terbukti walaupun perutnya sedaya mungkin di sorok walau kini tidak berjaya lagi. Apa kisah perempuan berperut boyot itu? Kenapa tidak boleh di pandang? Sebab akan dia akan bertukar menjadi hulk apabila terlalu menjadi perhatian setiap kali melangkah keluar rumah. Pandangan macam mana yang membuat perempuan boyot itu marah? Yelah.. kau takat pandang seimbas lalu, pandang hujung2 mata, pandang dengan pandangan biasa jer beliau takkan la bertukar kaler hijau (hulk) tapi bila setiap kali terserempak dengan orang yang sama, family yang sama asyik pandang dengan pandangan pelik, sinis lepas tu berbisik sesama sendiri memang la mengundang kemarahan. Hasil carian google. Sekadar hiasan Alkisahnya.. Ada la satu family india kat rumah sang lekit ni. Rumah dia selang 2 3 buah rumah je...

MAYAT BERAT SEBAB JIN MENUMPANG DALAM KERANDA

Image
Sempat layan TV rancangan tanyalah Ustaz di TV9 dengan tajuknya Sakaratul Maut bahagian 2. Tertarik dengan soalan dari penonton & jawapan yang di beri ustaz (Dato Abu Hassan Din Al-Hafiz) tentang ringan & berat jenazah yang di usung dalam keranda apakah ada kaitan dengan dosa & pahalanya. Hasil carian google. Sekadar hiasan Menurut Ustaz, Tiada kaitan dosa & pahala si mati dengan berat atau ringan jenazahnya semasa di usung ke tempat pengebumian tapi kata ustaz pernah terjadi jenazah menjadi berat di sebabkan ada jin atau iblis yang menumpang di dalam keranda. Ini berkaitan dengan amalan si mati semasa hayatnya yang menjadikan jin sebagai pendamping, kawan atau khadam. Mungkin Jin belaannya. Kerana ingin tahu lebih lanjut berkenaan perkara ni sang lekit pun cuba la search berkenaan perkara tersebut maka terjumpa la satu artikel ni yang juga menyatakan mayat berat atau ringan tiada kaitan dengan amalan si mati. Kita sering di dedahkan di dalam filem, drama, sur...

GAMBAR NIKAH SALIH YAAKOB DENGAN ISTERI KE EMPAT

Image
Hari ni kita rilex2 dengan entri santai je di blog melekit. Santai2 yang hot. Yelah asyik dok kopek isu - isu hangat, hangit & hangus jer boleh terbakar juga blog ni. So, bagi membuat senaman merenggangkan otot2 blog yang sentiasa tegang jom kita layan cerita sensasi ni. Siapa tak kenal dengan pelakon, penyanyi, pelawak & penyampai radio sinar ni. Yang baru - baru mengemparkan kita dengan khabar bakal bernikah dengan gadis muda untuk kali ke 4. Sekarang ni bukan lagi angan2 atau perancangan tapi sudah jadi kenyataan. Apapun selamat pengantin baru pada salih yaaakob & emy. Moga bertambah meriah la dengan kehadiran isteri ke 4 sebagai acara penutup kuota salih yaakob. Gambar di culik dari : Media Malaya P/s : Lepas ni abang salih dah tak boleh nak jeling2 untuk cawangan baru dah. Mesti lega kan si Emi. Alang kepalang nak bermadu biar jadi yang terakhir.. kekekekeke. Just Joke!

AGNES MONICA MENINGGAL DUNIA?

Image
Sebuah laman blog,mendakwa, penyanyi popular Indonesia, Agnes Monica meninggal dunia Sabtu lalu selepas diberi ubat berlebihan oleh doktor. Berita kematian Agnes yang berusia 24 tahun itu mencetuskan kegemparan kepada peminatnya terutama di laman jaringan sosial Twitter semalam.   Agnes Monica. Hasil carian google Jangan panik wahai peminat Agnes Monica kerana beliau masih bernyawa cuma meninggalkan hospital selepas menjalani rawatan kecederaan pada punggungnya. Semua tu cuma gosip semata - mata. Mungkin laman blog tersebut sekadar bergurau atau dia gila traffic kot sampai sanggup menyebarkan gosip kematian pelakon & penyanyi comel lagi lincah dari seberang ni. Berpada - pada la dalam menyebarkan khabar angin wahai blogger. Orang yang hidup di katakan mati agak melampau jugak la. Kita doakan semoga Agnes baik - baik aja yer... Rujukan : Harian Metro                  Kosmo  

TABIK SEJUTA IMPIAN

Image
Sempat layan tv tadi walau sang lekit bukan la jenis yang minat sangat menonton TV.. Jarang sangat la sang lekit nak tumpu satu2 cerita tanpa berkedip mata apatah lagi tercongok berjam - jam lamanya depan tv tu. Tadi tadi sempat la layan rancangan Sejuta impian di tv3 yang berkonsepkan memberi Dana untuk tujuan kebajikan. Hasil carian google Ada empat orang peserta.. 3 daripadanya berjaya memperolehi dana yang di perlukan seorang gagal kerana tidak menyakinkan juri dana tersebut untuk tujuan kebajikan. Kita cerita yang gagal dulu.. Beliau ni seorang pengusaha pusat latihan penguasaan bahasa Inggeris. Dana yang di minta paling tinggi antara semua peserta iatu RM100K bagi tujuan mempromosikan kursus yang di anjurkan seperti iklan, kos untuk mengadakan kursus di dua negeri iatu KL & melaka, kos penginapan beliau & pembantu beliau tapi kursus yang di anjurkan tetap di kenakan yuran yang agak tinggi kepada peserta iatu RM1k++. Memang tak nampak sangat dana yang di pohon bukan unt...