Posts

ADA YANG SENTAP PULA

Image
Banyak betul kesinambungan entri semalam & hari ni. Akibat cuba menjelaskan kembali salah faham yang berlaku dalam entri SALAHKAN PAKWE BILA ANAK MATI DIROGOL DI BUNUH, DI KERAT & DI BAKAR dengan menulis entri SIKAP TUNDING JARI muncul pula pak meon or maybe mak enon atau dalam bahasa mudah di fahami blogger Anonymous @ Anon mengamuk dalam komen di entri SIKAP TUNDING JARI tu. Memang betul - betul sentap si meon/enon tu dengan entri sang lekit. Katanya kalau setakat nak buat ulasan dari artikel akhbar siapa2 pun boleh. Silakan la buat. Takde halangan. Lepas tu katanya sang lekit ni berangan nak jadi famous dengan entri2 macam ni. Takde pula terdetik entri2 ni akan mempopularkan sekaligus mengkayakan sang lekit. Katanya tak payah buat entri nak komen pasal dia & minta simpati orang lain. Tetap sang lekit buat entri khas untuk membalas balik. Nak komen kat blog beliau almaklumla orang lantang bersuara dalam identiti anonymous ni mana ada tempat kita nak bersoal jawab ...

SIKAP TUNDING JARI

Image
Semalam sang lekit ada buat satu entri SALAHKAN PAKWE BILA ANAK MATI DIROGOL DI BUNUH, DI KERAT & DI BAKAR yang mengundang sedikit salah faham dari 2 3 orang blogger yang baca entri tu. Komen dorang seolah - olah nak cakap sang lekit ni tak sensitif atas kesedihan yang menimpa orang lain. Itu pendapat dorang, sang lekit terima. Mungkin dari kelemahan penyampaian sang lekit sendiri menyebabkan apa yang sang lekit nak sampaikan tak sampai kepada 2 3 orang pengomen ni. Disini sang lekit nak jelaskan bukan lah niat sang lekit nak bertepuk tangan atas musibah yang menimpa orang lain atau mengambil kesempatan atas isu tu untuk di jadikan pelaris pada blog sang lekit. Apa yang sang lekit cuba sampaikan dalam entri tu adalah sikap suka tunding jari masyarakat kita bila terjadinya sesuatu perkara. Masa belum berlaku, semuanya baik. Kalau tak masakan Hubungan arwah gadis yang di bunuh kejam & teman lelakinya di restui keluarga, betul tak? Kalau tak di restui masakan dorang berani k...

SALAHKAN PAKWE BILA ANAK MATI DIROGOL DI BUNUH, DI KERAT & DI BAKAR

Image
Kes seorang remaja 16 tahun yang mati dipercayai rogol, di bunuh kemudian di kerat & di bakar dengan kejam dia akhbar semalam rasanya semua dah tahu kan. Kat harian metro hari ni keluarga mangsa membuat luahan perasaan kesal & menyalahkan teman lelaki gadis tersebut dan menyifatkan teman lelaki arwah tidak bertanggungjawab. Mangsa rogol & bunuh dengan kejam Persoalannya sekarang gadis tu tanggungjawab siapa? Memang dari segi kemanusiaan kita boleh anggap la teman lelaki yang bawa gadis tu keluar hingga malam baru nak hantar balik rumah kena pastikan dia selamat sampai kerumah tapi dari segi tanggungjawab, lelaki tu belum berhak memikul apa - apa tanggungjawab terhadap gadis tersebut. Bila jadi kes macam ni.. Masing - masing buka jari telunjuk cari salah orang walhal bagi sang lekit semua pun ada salah & silap. Keluarga gadis tu kenapa biarkan anak dia keluar dengan lelaki sampai malam? Memang dah tertulis ajal dia macam tu kalau keluarga gadis tersebut terima sebag...

TOP COMMENTAR DAPAT HADIAH COMEL

Image
Walaupun bukan satu contest, GA mahupun segmen tapi bagi menghargai pengkomen di blog maka dengan murah hati Cik Bambam memberi hadiah comel kepada 5 Top Commentar di blog beliau. Salah seorang yang tersenarai adalah sang lekit yang berada di tangga ke 5 pembebel terbanyak di blog cik Bambam ni. Seperti Cik Bambam janjikan.. canangkan & hebahkan, macam tu jugak la yang di laksanakan. Sang lekit dah pun terima saguhati/cenderahati dari Cik Bambam tadi (sebab baru tadi check post box kan??). Hadiahnya berupa.. Jeng.. Jeng.. Jeng... Sampul surat (Mesti la ada sampul surat ditulis nama & alamat serta setem sekali kalau nak pos kan) Didalam sampul tu ada nota kecik bertulisan tangan cik bambam Dan juga keychain comel hasil kreativiti & kerja tangan Cik Bambam Jutaan terima kasih pada Cik Bambam yang sudi berkerah tenaga, bersusah payah jahit keychain comel ni untuk sang lekit.

BUNIAN DARI SUDUT KEPERCAYAAN ORANG MELAYU

Image
Bila sebut pasal bunian apa korang bayangkan? Anak dara cantik, anak teruna kacak.. kan?? Kali ni sang lekit nak buat kopekkan berkenaan isu bunian dari sudut kepercayaan orang melayu. Hasil carian google. Sekadar hiasan Orang Bunian ialah sebarang makhluk halus dari golongan jin dalam legenda Melayu, Mereka dikatakan wujud dalam masyarakat besar, menyerupai struktur sosial manusia, mempunyai keluarga, puak, dan struktur masyarakat. Orang Bunian dikatakan mendiami kawasan hutan belantara, jauh dari perhubungan manusia, tetapi ada juga yang tinggal berdekatan dengan manusia malah berkongsi rumah dengan keluarga manusia. Sesetengah masalah kerasukan dikatakan berpunca dari orang bunian. Orang bunian mempunyai kuasa luar biasa yang hebat, dan juga diketahui berkawan dan menolong manusia, terutamanya pawang atau bomoh. Orang bunian dikatakan menculik kanak-kanak, dan bayi di dalam perut wanita dan ada dituduh menyebabkan manusia sesat di dalam hutan. Terdapat beberapa pendapat meng...

MAKAN SEPINGGAN DALAM USIA EMAS

Image
 Hari ni hari check up kandungan sang lekit. Alhamdulillah.. dah cecah 7 bulan setengah tanpa ada sebarang masalah. Yang best hari ni takde enjit2 semut (sebarang suntikan). Takde ambil darah cuma urine test saja. 2 minggu lagi kena pergi check up & ada satu lagi suntikan. Misi yang check up sang lekit hari ni Misi Noormawati. Tahniah.. misi Noormawati juga baik & peramah. Mungkin sebab dia pun pregnant jadi dia lebih memahami emosi ibu mengandung. Hasil carian google. Sekadar hiasan Cerita pasal check up tu macam biasa la.. Takde yang menarik sangat selain tak kena hadap apa2 jarum suntikkan. Ni cerita masa makan tengahari kat kantin klinik tadi. Alkisahnya sepasang warga emas ni umur mungkin dah cecah 60 keatas la. Si suami nampak sihat cuma si isteri je nampak uzur. Sang Lekit ada nampak kat klinik si suami ni temankan isteri dia untuk pemeriksaan kesihatan. Dalam usia emas, kudrat pun nampak semakin kurang, kagum sang lekit dengan pakcik ni yang setia temankan isteri...

MENTERI SAMAN BLOGGER

Akhirnya kemenangan berpihak kepada Menteri apabila beliau berjaya dalam kes saman fitnah terhadap seorang blogger. Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim hari ini memenangi saman fitnah beliau terhadap seorang penulis blog berhubung artikel yang memfitnahnya yang dipaparkan dalam satu blog. penulis blog, Amizudin Ahmat, 42, didapati bersalah bagi memfitnah.(Rujukan : Kosmo )  Satu lagi kes untuk di jadikan peringatan kepada semua blogger tak kira blogger baru, blogger lama, blogger pertengahan, blogger popular,blogger mundur... Setiap penulisan kita di blog sekarang ni di pantau. Jadi elakkan dari menulis sesuatu yang berunsur fitnah. Kalau kaya takpe la.. Tapi yang tak berapa kaya macam sang lekit ni nak la nak cari duit kalau kena saman, kan?? Harap duit dari iklan nuffnang tu.. hurmm nak bayar lawyer pun tak lepas. Bila dah sedar diri macam tu elok la berhati hati, kan??