Posts

KENAPA SAYA JADI ANONYMOUS?

Image
Selalunya kita menghentam golongan Anonymous ni dengan penilaian,pandangan & fakta - fakta sendiri tanpa bagi peluang pada golongan Anon untuk menyatakan sebab kenapa mereka pilih untuk jadi Anonymous bila berkomen tak kira la mengkritik dengan berhemah mahupun mengutuk dengan fitnah. Dari kesinambungan entri SAYA CABAR KAMU ANONYMOUS sang lekit nak bagi peluang pada Anonymous untuk menyatakan sebab kenapa dorang jadi Anonymous walau dorang juga ada blog, ada identiti yang boleh di kenal kalau di dedahkan. Carian google Kita kena bersikap adil.. Hanya kita jer menilai dorang tanpa bagi peluang pada dorang untuk menyatakan sebab - sebab sendiri kenapa jadi anonymous pun tak best jugak. Untuk menyelami isi hati golongan Anonymous ni apa kata kita bagi peluang dorang meluahkan perasaan kat komen entri ni. Taknak dedahkan identiti pun takpe cik/en anon.. cuma alasan & sebab kenapa jadi Anonymous je sang lekit perlukan. Yang pernah menjebakkan diri dalam aktiviti berkomen dengan...

PERHITUNGAN ANTARA IBU & ANAK DALAM KANDUNGAN

Image
Baby yang masih tak bernama.. masih belum menjenguk dunia & masih belum tengok wajah mummy & papa. Sekarang mummy nak buat perhitungan dengan kamu yer Baby. Kamu pilih siapa? Mummy atau papa?? Kamu hanya boleh pilh satu antara dua. Walau masih dalam perut mummy tapi kamu harus belajar membuat pilihan yang penting dalam hidup kamu mulai sekarang. carian google Apa dah gila sang lekit ugut baby dalam perut macam tu?? Pilihan apa ni?? Apa yang berlaku antara sang lekit & en hubby sehingga menjadikan anak yang belum lahir sebagai mangsa? Mesti korang nak tau kan?? Sebenarnya secara kebetulan (dengan kuasa Tuhan juga) Baby dalam perut sang lekit ni sangat bertuah sebabnya kalau ikutkan due date bersalin sang lekit 9.9.2011 iatu pada bulan Islamnya jatuh pada bulan syawal. Apa bertuahnya baby sang lekit ni?? Mengikut dari pembacaan sang lekit tak mustahil ibu yang mengandung boleh melahirkan anak pada masa yang lebih awal dari masa yang di jangka atau lewat dari tarikh jangk...

SUNTIKAN,AMBIL DARAH & MIMPI BASAH TIDAK MEMBATALKAN PUASA

Image
Aduhai streamyx berpuasa sejak tengahari semalam sampai la petang ni. Ni pun baru kejab tadi je dah ok. Entah apa masalah sang lekit tak pasti sebab sepanjang streamyx down en hubby jer dok follow up dengan TM. Sang lekit sejak semalam tak berapa sihat bukan demam tapi perut, kaki, tangan & badan rasa sakit & sengal - sengal. Almaklum la dah semakin sarat sana sini sakit & tenaga pun makin kurang. Hari ni hari yang ke seterusnya check up. Hari ni takde sebarang suntikan di ambil sebabnya 2 minggu lepas baru buat ujian darah & ambil suntikan kancing gigi yang terakhir. Dua minggu lagi baru kena ambil darah. Sang lekit ada jugak tanya Cik Misi pasal suntik & ambil darah ni memandang kan bulan puasa. Dia kata puasa tak batal, jadi sang lekit yang kurang infomasi pasal ni rajin la nak search. Hasil carian sang lekit nak share la dengan semua. Carian google Untuk mereka2 yang masih tak tahu macam sang lekit ni sebenarnya suntikan @ derma darah, ambil darah untuk tuj...

LANGSUIR DI BULAN PUASA

Image
Bila tibanya ramadhan kita sedia maklum semua iblis/syaitan di penjara. Maka.. secara automatik kita akan fikir takde lagi hantu sepanjang bulan puasa jadi nak meronggeng atau melepak malam - malam sampai sahur sorang diri pun tak jadi hal la kan. Tapi sang lekit ada kisah langsuir di bulan puasa ni. Macam mana langsuir ni boleh muncul di bulan puasa?? Bukan sekor tapi siap berkumpulan. Alkisahnya di zaman kanak - kanak dulu.. Carian google Masa belum akil baligh dulu sang lekit & kawan - kawan memang rajin ke masjid berterawih walau solat terawih tak seberapa, melantak je lebih. Budak - budak kan.. Aktivitinya memeriahkan suasana jer. Kita pergi beramai secara berkumpulan.. Jadi kalau balik lewat malam pun tak kisah sangat sebab mak bapak kitorang tahu kitorang ke masjid bukan merayap. Lagipun budak kampung zaman tak banyak jenayah macam sekarang, kerisauan tu berkurangan la bila berjalan malam - malam. Alkisahnya mat - mat lepak pinggir jalan yang aktiviti dorang tersadai te...

SAYA CABAR KAMU ANONYMOUS!

Mengikut kajian sang lekit dari blog melekat lekit, Bila ada sesuatu isu yang hangat, hangit & hangus di kupas kupis & kopek kat blog ni mesti jadi sasaran En/Cik Anon. Yelah.. bila sesuatu isu yang tengah mengelegak.. Semua orang akan cari & baca. Bukan sesuatu yang pelik kalau ada orang yang menyokong atau membangkang. Perkara biasa la tu. Kedatangan Anonymous ni petanda entri tu mendapat liputan meluas sehingga mereka - mereka yang tak kenal dengan blog melekit sebelum ni turut serta untuk mengeluarkan komen & pendapat. Terima kasih juga la pada pendatang tanpa nama (Anonymous) yang sudi menyinggah & mencemar duli di blog ni. Sekurang - kurangnya korang boleh berkenal kenalan dengan blog melekit & memperkenalkan pada kawan - kawan lain tentang kewujudan blog melekit ni secara tak langsung walau tujuan sesi berkenalan tu untuk mengangkut bala tentera Anon menyerang secara pukul curi. kekekekekeke Pukul curi la kalau datang tanpa identiti. Umpama halimunan....

Mohd Ashraf Hafiz @ Aleesha Farhana meninggal dunia

Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, yang gagal dalam permohonan menukar namanya kepada Aleesha Farhana, meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini, 5 pagi tadi.(Rujukan : Blog Sensasi ) Takziah kepada keluarga beliau & Al-Fatihah kepada Arwah. Moga Rohnya di cucuri rahmat & di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman.

PEMINAT CIKGU SHIDA BENGANG DI UGUT BELI PRODUK

Image
Terbaru dari ladang..Semalam ramai yang update status FB pasal bola kecuali seorang  Hamba Allah yang berperangai DIVA sorang ni je buat kecoh sekejab kat FB dia. Tak Diva mana pun tapi berlagak macam Diva jer. Dari tajuk pun korang tahu orang yang di maksudkan. Cikgu shida ni tak habis - habis buat kontroversi kat FB dia. semalam sang lekit baca status gila dia & komen - komen peminat beliau yang mula marah dengan sikap angkuh, berlagak & poyo dia yang kian menjadi jadi dari hari ke hari. Korang nak tahu apa kes.. Jom tengok laporan dari lampiran yang sempat sang lekit printscreen sebelum cikgu shida remove status & komen pasal kes ni kat FB dia.. Kau boleh paksa orang support bisnes kau dengan cara ugut peminat?? (Nak baca lebih banyak laporan sila clik readmore kat bawah yer)