Posts

OH LALA

Image
Bulan kelapan sudah.. Anak mummy sudah besar walau size kecik. Akal semakin banyak.. Ragam pun sama. Suara dia pun dah macam bunyi keluar. Adada.. apapa.. Amamama... Macam bahasa tamil pun ada jugak. Baru belajar angkat2 bontot tapi masih tak berjaya. Mungkin lambat sikit lala berbanding baby lain progress dia tapi lala sentiasa menunjukkan minat untuk belajar sesuatu & aktif jadi mummy jangan la risau yer. Selagi dia menunjukkan perkembangan walau lambat tapi normal la tu. Bak kata ayat penyedap hati yang sering orang cakap.. "Setiap bayi berbeza perkembangan dia. Ada cepat, ada lambat ada yang suka skip step, ada yang berkembang secara standard mengikut umurnya." Lala tengah tidur sekarang Jadi mummy boleh update blog (Tidur sambil bersenam namanya. kekeke) Lala dari permerhatian sang lekit sebagai mummy agak lasak & kasar. Tapi amatlah tidak peramah. Haritu jumpa nenek June (Kawan sang lekit dari sabah) pun nenek June cakap lala takde perasaan. Sampai hati ...

SEDUT HINGUS DENGAN MULUT

Image
Yang tengah makan mungkin terbantut sikit selera bila baca tajuk entri ni kan?? Bukan la nak buat cerita geli2. Nak tau apa cerita di sebalik tajuk yang meloyakan tu teruskan membaca hingga ke noktah terakhir entri ni. Alkisahnya semalam cik lala @ shahila anak dara kecil ku kena selsema + batuk yang tak berapa serius. 2 hari sebelum tu lala demam 5 jam (Sang Lekit perasan dia demam lebih kurang pukul 4.30pagi masa bangun nak susukan dia & dalam pukul 10 pagi suhu dia kembali normal & dia tak menangis lagi). Sang Lekit memang jenis mengelabah bila anak mula menunjukkan tanda2 akan jatuh sakit. Bila tengok ciri2 selsema mula berdamping mesra dengan lala mula terfikir 1 kisah ni yang pernah sorang akak yang ada 2 orang anak (masa tu la.. sekarang tak tau la berapa dah anak dia. Mungkin bertambah mungkin setakat 2 tu je kot). Masa akak tu cerita sang lekit masih anak dara 18 tahun. Dah anak dara confirm la belum kawen apatah lagi nak beranak dara macam sekarang kan?? Cerita di...

CIKGU SHIDA PENGOTOR

Image
Lama rasanya tak mengupas ngupis pasal cikgu shida yang dah tak berapa Ratu lagi dalam arena miming beliau tu.. Berani kau lekit cakap dia tak berapa Ratu dah!! Kau ada bukti keratuan dia tu dah semakin terhakis?? Bukti tu takde la tapi melihat dari jumlah fans yang like & komen status kat FB dia tu semakin kurang, dari situ la sang lekit rasa keratuannya mula tergugat. Video miming tak tau lak pulak views dia masih juta2 lemon lagi macam dulu ke tidak sebabnya cikgu shida cakap kalau tak minat jangan tengok jadi sang lekit ikut cakap cikgu la. Berbalik pada cerita pasal cikgu shida pengotor ni.. Bukan fitnah tau. Seperti biasa kenyataan ni di tulis oleh cikgu shida sendiri kat FB dia. Betul ke tidak.. Dia je yang tahu. Kalau betul tu minta di ubah lah yer.. Buruk sangat perangai tu. Tak elok jadi teladan kat murid - murid nanti. Kalau tak betul.. motif buat kontroversi macam tu?? Nak meragut kembali keratuan yang mula terhakis ker? Or saja je nak tarik perhatian sang lekit supay...

INI PENDAPAT AKU PASAL AaRON AZIZ MENANG

Image
Kecoh pasal Abang Aa.. menang ABPBH. Kalau dia tak menang rasanya tak kecoh. Tapi kenapa lepas menang je kecoh. Ni sang lekit nak berhujah sikit. Orang kata rumah siap pahat masih berbunyi.. Itulah perumpamaan yang paling sesuai & memang dah biasa di gunakan selepas apa2 majlis anugerah industri seni malaysia ni. Mesti ada yang tak puas hati dengan keputusan. Macam kes Abang Aa kita yang menang bintang paling popular tu. Masa tercalon takde sapa nak pertikaikan pun. Bila dah menang ada pulak orang pertikaikan. Kalau rasa dia memang tak layak untuk menang sebab dia bukan warganegara Malaysia kenapa masa dia di calonkan takde sapa cakap apapun. Patutnya kalau betul dia tak layak sebab bukan warganegara, pencalonan dia pun harus la di pertikaikan. Sebab dia menang je ada mulut mula bising. Dalam kes ni bukanla sang lekit sokong bakat luar.. ( padahal aku bukan kesah sangat sapapun menang ) tapi majoriti yang memilih dia sebagai paling popular. Kita bayangkan Aa.. tak menang rasa...

AMPANG & JLN TUN RAZAK JUGA TURUT TERASA GEGARAN GEMPA BUMI

 Beberapa negeri di pantai barat Semenanjung Malaysia merasai gegaran ekoran gempa bumi kuat berukuran 8.7 pada skala Richter di Acheh, Sumatera Utara Indonesia hari ini. Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran kepada orang ramai menjauhi kawasan pantai di Kedah, Perlis, Langkawi, Pulau Pinang dan Perak yang berpotensi berlakunya tsunami. Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian tersebut dan berkata gegaran turut dirasai di beberapa kawasan sekitar Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Perak. Gegaran dirasai kira-kira pukul 4.50 petang. gegaran yang dirasai di beberapa tempat seperti Ampang dan Jalan Tun Razak.   BERITA SELANJUNTNYA SILA CLIK : myMetro | Gempa bumi kuat gegar Aceh, gegaran dirasai di Semenanjung Malaysia p/s : sekadar berkongsi infomasi di blog bukan sebab traffic.

GROUP FB PUNCA 50 RIBU SAMPAH KENA BUANG

Image
Satu masalah besar aku rasa patut di jadikan isu supaya kita semua beringat sebelum buat. Ramai dah suara2 meluahkan perasaan marah, tak puas hati & geram dengan benda ni termasuklah diri sang lekit sendiri. Memang benda ni jadi masalah.. Mula2 tak kisah tapi bila jadi beban rasa hangin jugak separuh badan. Kau ni sang lekit kalau buat mukadimah tak berkias2 tak boleh ke? Apa benda masalah sangat tu?? Ni yang sang lekit nak cerita ni.. Masalah ni berlaku kat Facebook. Group2 kat FB ni tumbuh bagai cendawan  selepas hujan. Macam2 group ada.. tak kira la group semasa, group politik, group2 blog.. Nak cerita tema2 group ni panjang sangat di pendekkan cerita yang jadi masalah bila group2 kat FB ni makin banyak. Carian Google Tau la korang baik hati nak ajak kita2 ni join group2 yang best di samping memperbanyakkan lagi ahli dalam group tersebut maka dengan hati yang ikhlas tulus suci murni korang dengan sukacitanya add la sesapa saja korang suka dalam group tersebut tanpa...

MAKIN HARI MAKIN RINGKAS

Image
Bila komitmen makin banyak macam tu la jadinya. Nak merias lebih2 masa yang ada terlalu terhad. Kelapangan tu selalu sangat sempit & semput. Masa lapang pun tak berapa lapang macam mana la nak touch up dengan warna warni aidilfitri, kan?? Korang mesti pelik apa la sang lekit merepek kan?? Benda apa la yang semakin hari semakin ringkas tu.. Kalau korang ikuti blog ni dari zaman Kuning Hitam (bagi yang kenal blog melekit zaman kuning hitam tu tau la betapa cacatnya blog ni) maka korang akan perasan header yang silih berganti di blog melekit ni. Ada musim sarat dengan macam2 corak.. ada musim yang konon2 tema ala2 taman astakona.. ada musim header kekonon comel dengan kartun kanak2 rebina, ada musim konon panas sangat la blog ni dengan tema header garang2 gitu tapi sekarang makin hari makin ringkas temanya. Perasan tak?? Terbaru dari ladang Header baru ni rasanya amatlah ringkas tanpa memacak muka sendiri sebagai model kali ni. Mata ni pun rasa lebih sedap pandang benda yang...