Posts

BILA KAKI JUDI BAGI NASIHAT JANGAN BERJUDI

Image
Bukan nak perlekeh sapa2 tapi rasa macam kurang sesuai la pulak bila si kaki judi yang kantoi berjudi lepas tu bagi nasihat kat orang lain supaya jangan berjudi. Padahal belum pun 24jam dia kantoi terus insaf. Amboi cepat betul dia dapat hidayah.. Masalahnya dia betul2 insaf on the spot ker?? Ke insaf masa tu jer.. lepas dah settle, terus kembali ke hujung jalan sesat balik.. Nak tergelak pun ada tengok 999 tadi kat TV3. Biasa la kes pusat judi online di serbu maka ada la sorang dua pesalah (penjudi) di temubual. Muka memang kena block.. Alkisahnya, bila di temubual tu jawapan dia alahai... Carian google Ada sorang tu siap bagi nasihat judi ni merugikan.. tak berfaedah bagai.. agaknya kalau tak kantoi dia akan insaf dengan kata2 yang dia cakap tu?? Mesti wartawan tu yang suruh bagi moral of the story tu.. Nampak sangat hipokrit. Kena tangkap terus kejab2 tu insaf & bagi nasihat kat orang lain. Agak2 la wartawan pun.. Kalau kau suruh dia bagitau kesan dari ketagih judi tu ...

4 TAHUN BULAN 4.. AKHIRNYA DIA PERGI JUA

Image
Dia dah lama juga berjasa. Bulan 4 dia datang.. Bulan 4 selepas 4 tahun kemudian dia pergi. Perkhidmatan dia hanya setakat itu je. Apa kan daya.. setiap yang hidup pasti ada akhirnya. Terpaksa redha juga & cari penganti untuk meneruskan perjuangan pada benda2 yang masih hidup. Itulah kisah power supply PC sang lekit. Meletop dalam minggu lepas kalau tak silap. Sebelum ni pun dia pernah pengsan sekejab tapi bila di cuci dia nampak macam sihat lepas sebulan macam tu dia pengsan sekejab.. lepas tu koma & akhirnya meletup selepas sang lekit cuba bagi CPR dengan menolak kipas beliau dengan screw driver. Dan sebab tu la sang lekit tak dapat nak membuat lawatan sambil belajar ke blog2 korang tapi terharu ada kawan2 blogger yang masih setia datang jenguk & berkomen kat blog melekit ni. Laptop bervirus & sangat sakit tu la sang lekit guna sekejab2 untuk update entri. Nak BW tak dapat sebab pergerakkan dia sangatlah siput sedut masak lemak. R.I.P yer.. Thanks sepanjang per...

SENYUMAN PALING MAHAL

Image
Setelah 8 bulan sang lekit berusaha dengan sedaya upaya.. akhirnya dengan semangat yang tak pernah putus asa berjaya jugak. Susah sangat. Tak semudah macam ibu2 lain. Macam2 aksi badut sang lekit lakokan sebelum ni tapi tak berjaya. Apa benda yang sampai kena buat aksi badut ni?? Kisah Cik Lala puteri sang lekit la yang susah sangat nak senyum bila nampak camera tuju kat muka dia. Lala memang tak murah senyuman kalau dengan orang2 dia tak kenal. Tapi bukan la dia jenis susah senyum. Kat Rumah senyum tawa dia memang setiap hari tak pernah miss pun. Yelah dengan mummy & daddy yang sejak lahir dia kenal mesti la dia senang senyum. Tapi bila sang lekit cuba snap pic dia senyum.. auto dia buat muka kerek. Dia akan pandang camera tapi dengan muka takde perasaan. Tiap2 hari juga try dapatkan shoot senyum dia. Tapi bulan kelapan ni sang lekit berjaya jugak snap beberapa gambar lala senyum & ketawa. Punyalah teruja sampai tulis entri ni. Bagi korang mungkin biasa la dapat snap gamba...

OH LALA

Image
Bulan kelapan sudah.. Anak mummy sudah besar walau size kecik. Akal semakin banyak.. Ragam pun sama. Suara dia pun dah macam bunyi keluar. Adada.. apapa.. Amamama... Macam bahasa tamil pun ada jugak. Baru belajar angkat2 bontot tapi masih tak berjaya. Mungkin lambat sikit lala berbanding baby lain progress dia tapi lala sentiasa menunjukkan minat untuk belajar sesuatu & aktif jadi mummy jangan la risau yer. Selagi dia menunjukkan perkembangan walau lambat tapi normal la tu. Bak kata ayat penyedap hati yang sering orang cakap.. "Setiap bayi berbeza perkembangan dia. Ada cepat, ada lambat ada yang suka skip step, ada yang berkembang secara standard mengikut umurnya." Lala tengah tidur sekarang Jadi mummy boleh update blog (Tidur sambil bersenam namanya. kekeke) Lala dari permerhatian sang lekit sebagai mummy agak lasak & kasar. Tapi amatlah tidak peramah. Haritu jumpa nenek June (Kawan sang lekit dari sabah) pun nenek June cakap lala takde perasaan. Sampai hati ...

SEDUT HINGUS DENGAN MULUT

Image
Yang tengah makan mungkin terbantut sikit selera bila baca tajuk entri ni kan?? Bukan la nak buat cerita geli2. Nak tau apa cerita di sebalik tajuk yang meloyakan tu teruskan membaca hingga ke noktah terakhir entri ni. Alkisahnya semalam cik lala @ shahila anak dara kecil ku kena selsema + batuk yang tak berapa serius. 2 hari sebelum tu lala demam 5 jam (Sang Lekit perasan dia demam lebih kurang pukul 4.30pagi masa bangun nak susukan dia & dalam pukul 10 pagi suhu dia kembali normal & dia tak menangis lagi). Sang Lekit memang jenis mengelabah bila anak mula menunjukkan tanda2 akan jatuh sakit. Bila tengok ciri2 selsema mula berdamping mesra dengan lala mula terfikir 1 kisah ni yang pernah sorang akak yang ada 2 orang anak (masa tu la.. sekarang tak tau la berapa dah anak dia. Mungkin bertambah mungkin setakat 2 tu je kot). Masa akak tu cerita sang lekit masih anak dara 18 tahun. Dah anak dara confirm la belum kawen apatah lagi nak beranak dara macam sekarang kan?? Cerita di...

CIKGU SHIDA PENGOTOR

Image
Lama rasanya tak mengupas ngupis pasal cikgu shida yang dah tak berapa Ratu lagi dalam arena miming beliau tu.. Berani kau lekit cakap dia tak berapa Ratu dah!! Kau ada bukti keratuan dia tu dah semakin terhakis?? Bukti tu takde la tapi melihat dari jumlah fans yang like & komen status kat FB dia tu semakin kurang, dari situ la sang lekit rasa keratuannya mula tergugat. Video miming tak tau lak pulak views dia masih juta2 lemon lagi macam dulu ke tidak sebabnya cikgu shida cakap kalau tak minat jangan tengok jadi sang lekit ikut cakap cikgu la. Berbalik pada cerita pasal cikgu shida pengotor ni.. Bukan fitnah tau. Seperti biasa kenyataan ni di tulis oleh cikgu shida sendiri kat FB dia. Betul ke tidak.. Dia je yang tahu. Kalau betul tu minta di ubah lah yer.. Buruk sangat perangai tu. Tak elok jadi teladan kat murid - murid nanti. Kalau tak betul.. motif buat kontroversi macam tu?? Nak meragut kembali keratuan yang mula terhakis ker? Or saja je nak tarik perhatian sang lekit supay...

INI PENDAPAT AKU PASAL AaRON AZIZ MENANG

Image
Kecoh pasal Abang Aa.. menang ABPBH. Kalau dia tak menang rasanya tak kecoh. Tapi kenapa lepas menang je kecoh. Ni sang lekit nak berhujah sikit. Orang kata rumah siap pahat masih berbunyi.. Itulah perumpamaan yang paling sesuai & memang dah biasa di gunakan selepas apa2 majlis anugerah industri seni malaysia ni. Mesti ada yang tak puas hati dengan keputusan. Macam kes Abang Aa kita yang menang bintang paling popular tu. Masa tercalon takde sapa nak pertikaikan pun. Bila dah menang ada pulak orang pertikaikan. Kalau rasa dia memang tak layak untuk menang sebab dia bukan warganegara Malaysia kenapa masa dia di calonkan takde sapa cakap apapun. Patutnya kalau betul dia tak layak sebab bukan warganegara, pencalonan dia pun harus la di pertikaikan. Sebab dia menang je ada mulut mula bising. Dalam kes ni bukanla sang lekit sokong bakat luar.. ( padahal aku bukan kesah sangat sapapun menang ) tapi majoriti yang memilih dia sebagai paling popular. Kita bayangkan Aa.. tak menang rasa...