Posts

KECOH JADINYA BILA FASHA SANDHA MENGANDUNG

Image
Bila dah jadi artis semua orang nak tahu tapi yang bernama artis tu pandai2 la asingkan yang mana boleh bagitahu, yang mana tak boleh bagitahu, yang mana tak payah bagitahu dulu atau yang mana jangan sampai orang tahu sebabnya akibat yang bernama Artis juga la nak terima. Katanya ni la hasil pregnancy test Fasha Kecoh la kat FB.. Blog2.. Fasha Sandha mengandung 2 minggu setelah lebih kurang 2 minggu bernikah. Yang tukang sebar cerita tu ok jer.. yang tukang respond (pengomen) pulak jadi hal. Ada yang pertikaikan kandungan fasha tu.. ada yang pertahankan fasha.. Macam2 la spekulasi yang timbul dari reaksi peminat & juga bukan peminat fasha. Siap ada yang tolong ajar macam mana nak kira usia awal kandungan ni. Korang paham2 la akan timbul salah faham bila terlalu cepat dia mengandung & usia kandungan dia pun lebih kurang usia pernikahan dia. Ada yang kata mustahil.. ada yang kata tak mustahil tapi jawapannya hanya tuan punya badan & Allah je tahu apa yang di sebal...

KAU BUKAN RATU TAPI SYURGA KU

Image
Tadi dok jenjalan kat FB jumpa satu status yang di buat dari gambar bekal makan seseorang yang di masak oleh mak dia sendiri. Hati tetiba tersentuh. Tersentuh sangat bila terkenang Mak. Terkenang pengorbanan mak selama membesarkan anak. Terkenang bila kita pernah termarah, termerajuk & tersusahkan mak. Tuan punya gambar pinjam jab yer Bila tengok gambar bekalan yang mak dia bekalkan teringat sang lekit 1 kisah dimana kali pertama sang lekit kerja sebagai kerani Am kat salah satu kilang kecik di kedah dulu. Kat kilang tu takde kantin.. Ada gerai makan tapi jauh jugak nak menapak dengan takde transport. Baru kerja nak tumpang orang malu pula. Jadi mak la yang akan masak & hantar makan tengahari kat sang lekit hari2 sementara sang lekit nak biasa dengan tempat kerja tu & mesra dengan kawan2 kat situ. Hari2 mak masak, datang naik bas tinggal makanan kat pondok pengawal. Mak sang lekit tak pandai drive.. jangankan kereta, basikal pun dia tak pandai bawak. Mak saya ...

MASAKAN CEPAT BASI TANDA GANGGUAN JIN

Image
Jenjalan kat FB terjumpa pulak info pasal ni. Sang Lekit ni bukan la pandai sangat bab2 jin & syaitan & terminat nak share bila dalam info ni mengatakan salah satu tanda gangguan jin dalam rumah adalah masakan cepat basi. Mungkin info ni juga berguna untuk orang lain apa salahnya sang lekit selit dalam blog melekit ni. Untuk tidak mengundang salah faham/salah bahasa/salah sangka/salah tulis maka sang lekit copy paste je bulat dari info asal. Jadi kalau nak tahu sila baca hingga ke noktah terakhir yer.. TANDA-TANDA ADA GANGGUAN JIN DI DALAM RUMAH Masakan selalu dan cepat basi ( rosak ) Selalu kedengaran seperti bunyi guli jatuh di lantai Kedengaran seperti ada orang mengemas atau menarik perabot di tengah malam Sering nampak kelibat atau lembaga hitam di dalam rumah Penghuni rumah sering merasa seram dan takut apabila berada di dalam rumah. CARA MENGUSIR JIN - ( Tahap Pertama ) Cara Mengusir Jin yang tinggal di dalam rumah Jika kita benar-benar yakin bahawa di...

ANJING BUNUH MANUSIA KENAPA TUAN DIA KENA HUKUM?

Image
Sebagai menjawab persoalan pada tajuk entri ni maka terhasil la entri ni. Sang Lekit ada terbaca 1 blog yang mengcopy paste salah satu berita berkenaan Anjing Pitbull yang membunuh seorang warga emas yang sedang berjogging. Sempat juga sang lekit baca pertikaian yang di buat secara ringkas dengan kenyataan yang berbunyi macam ni " Jika membunuh dan mendera binatang, manusia juga akan dipenjara. Tetapi sekarang, binatang membunuh manusia pun manusia juga yang mungkin akan dipenjara kerana kecuaian sehingga menyebabkan kematian. Apabila difikirkan, macam tak adil saja dunia ni kan? lebih baik tak payah memelihara binatang kalau macam ni. Ni adalah statement dari blog tersebut. Sebagai bukti bukan sang lekit saja2 nak buat isu Maka sang lekit pun berkomen dengan komen macam ni kat entri dia" Kalau ada manusia pertikaikan binatang bunuh manusia tuan binatang kena hukum orang tu kena check juga samada dia berakal binatang @ manusia. Dh nama binatang nak tuntut kea...

KAU LAGI BODOH DARI ANAK YANG KAU KATA BODOH

Image
Memang bodoh la manusia tu. sangat2 la bodoh. 9 bulan ko bawak perut.. berjuang dalam labour room nak lahirkan anak dah lahir anak tu meragam kau hentak dia macam hentak teddy bear. Memang kau bodoh. Bodoh sangat sangat. Tahap kebodohan tu lembu pun tak boleh lawan. Jangankan lembu, babi pun tabik spring dengan kebodohan kau. Kalau anjing tengok pun rasanya anjing nak gigit2 kau sampai kau nazak.( kalau betul kau mak dia memang kau bodoh, kalau tu bukan anak ko pun tetap kau bodoh ) Punya la marah sang lekit kan?? Tak tau nak gambarkan macam mana bila tengok video kejam seorang mak yang bernama IRA melanyak baby dia yang menangis. Punya la kau bodoh.. dah baby tu menangis kau pukul2 dia mustahil la dia diam. Selagi dia ada rasa sakit & ada kudrat untuk menangis selagi tu dia akan menangis la. Kecuali la anak kau dah lunyai kau buat, koma & meninggal memang la dia diam. Kau macam nak anak kau sampai jadi macam tu je.. Kau ni jenis mak apa?? Buat malu mak2 lain jer. Kau patut ...

DAPAT DUIT DARI KENANGAN

Image
Cakap pasal duit.. takde orang taknak duit. Nak cari duit bukan senang tapi kalau senang2 je dapat duit sapa taknak kan?? Takde tuah datang bergolek tapi Tuah tu mungkin milik kita cuma dia tak datang bergolek2 je. Jadi nak tau kita ni bertuah ke tidak mesti cuba dulu.. Cuba adalag salah satu cara kita berusaha. Sekarang ni Nestle bagi peluang senang walau tak mudah & bergantung pada usaha & tuah jugak untuk dapat duit. Macam mana?? Jom sang lekit share bagi mereka2 yang masih tak tau macam mana caranya. Nestle sekarang tengah meraikan 100 tahun Nestle di sisi mu. Pihak Nestle menganjurkan contest untuk pelanggan yang pernah @ masih guna produk Nestle. Antara contest2 yang ada.. kenangan bersama Nestle. Kita kena share la cerita pendek yang pernah berlaku dalam hidup kita berkenaan produk Nestle ni. Ataupun kita ada video2 menarik tentang produk Nestle ni. Produk Nestle ni banyak.. antaranya Maggi, Nescafe, Milo, bIskut bagai la.. Tak larat nak list. Korang boleh search ...

PERLUKAN ORANG TAK HEBAT UNTUK JADI HEBAT

Image
Sehebat manapun kita kita terpaksa terima kenyataan kita takkan jadi hebat tanpa wujudnya mereka2 yang tak hebat di sisi kita. Kalau semua orang hebat.. maka kita takkan nampak hebat sangat dah. Betul tak?? Jadi bila adanya mereka2 yang tak hebat di sekeliling kita menjadikan kita nampak lebih menyerlah dari yang lain ( Penggunaan KITA tidak merujuk kepada diri sendiri yer..) Sekarang ni tengah musim meraih VOTE untuk DIGI WWWOW Awards .. Macam2 kategori ada. Dan ramai jugak blogger yang calonkan diri & blog dorang. Jadi bila dah tercalon tu maka bermula la kempen besar besaran kat FB. Salah ke?? Tak lah.. takde salah pun. Ok jer. Habis tu apa isunya sang lekit Ooi?? Isunya takde la besar cuma sang lekit terfikir macam tajuk entri ni PERLUKAN ORANG TAK HEBAT UNTUK JADI HEBAT . Masa ni la kita baru nampak betapa bergunanya kita blogger picisan dalam menentukan kemenangan pada blogger2 popular. Undikan kita bagai EMAS bagi mereka tau. Walau kita mungkin tak hebat dalam berbloggi...