Posts

SEDEKAH KAT TELAGA @ SEDEKAH KAT MANUSIA?

Image
Semalam (Ahad) bawak si lala & angkut sekali dengan ateh an lala pergi melaka. Biasa la jalan2 hujung minggu yang tak plan pun. Macam tu rutin kami anak beranak ni.. Nak pergi mana2 jarang nak plan sangat. Kalau plan bagai nak rak tak jadi pulak. Jadi.. rasa free rasa ada mood.. rasa ada budget pergi je. Kali pertama lala melawat melaka. Lala ok jer.. tak meragam langsung walau cuaca panas. Dia rasa mengantuk dia tidur.. Tapi sang lekit pastikan cukup time lala minum susu walau dia tak merengek lapar pun. Sebagai mak ni, naluri tu tahu anak lapar. Nak2 lagi cuaca panas. Kalau kita haus.. apatah lagi baby kecik macam lala walau dia tak meragam. Tapi kalau di bagi susu.. sedut hingga ke titisan akhir. Senang bawak lala jalan2 sekarang.. Paling utama dia sangat baik cuma lasak je. Kedua dia kurang nak menangis.. sepanjang ke melaka semalam langsung tak menangis. Ketiga lala dah minum susu dari botol.. jadi spare je susu kalau nak jenjalan. Tak perlu risau lagi.   lala atas ...

MEMANG MANUSIA BUKAN TUHAN

Image
Manusia mustahil menjadi Tuhan.. Apatah lagi menjadi sehebat Tuhan & sesempurna Tuhan tapi manusia di beri akal oleh Tuhan untuk berfikir.. Manusia di beri amanah untuk di laksanakan. Manusia di beri tanggungjawab untuk di pikul. Itu adalah tugas yang di beri Tuhan untuk manusia melaksanakan. Jenjalan baca berita hari ni kat Sinar harian Online terjumpa 1 kisah kecuaian pihak hospital sehingga menyebabkan kematian.. Dan 1 kes lagi hampir menyebabkan kematian tapi mungkin umur dia panjang & dapat di selamatkan. (Boleh rujuk artikel tu DISINI ) Pasal sedutan akhbar tu ok tapi yang sang lekit nak komen & bahas pasal sipolan yang komen tu. Rasa masa dia komen dia nak terberak kot sebab tu dia komen tanpa sempat berfikir panjang terus taip komen yang agak menampakkan ketidakbijaksanaannya. katanya... Kalau ikut konsep manusia bukan Tuhan.. Lepas ni apa2 kecuaian berlaku masing2 boleh pejam mata la. Yelah manusia bukan Tuhan boleh la buat kerja ala kadar.. orang kata as...

PUASA BAGI IBU YANG MENYUSU BAYI

Image
Tak lama lagi dah nak puasa. Jadi sebagai pertama kali menyambut ramadhan sebagai seorang ibu yang menyusu bayi (erkk.. lala lahir kan bulan puasa tahun lepas jadi tahun kedua la kan??) sang lekit pun mula google meng 'google' isu ni untuk di jadikan panduan. Seperti ibu2 lain yang kali pertama berdepan dengan perkara macam ni tentu la timbul macam2 andaian tanpa fakta sahih pasal menyusu bayi sambil berpuasa. Takut bila puasa susu jadi kurang.. susu kurang berzat.. susu akan jadi kering. Yelah.. berpuasa di siang hari sedangkan baby kita kena jugak di beri susu walaupun kita berpuasa. Takkan nak suruh baby pun puasa jugak, kan?? Tu kejam namanya.. Hasil google sang lekit.. (malas nak taip sebab takut salah faham jadi copy paste jer untuk kita sama2 berkongsi info) Carian Google J IKA anda fikir puasa mengurangkan kualiti serta pengeluaran susu badan lantaran tidak makan dan minum, dari terbit fajar hingga terbenam mentari, tanggapan itu adalah meleset sama sekaliIni ...

CANTIK DI MATA PERIT DI TEKAK

Image
Semalam adalah hari minggu. Minggu ni lala,ateh An, Acu, Mummy & daddy keluar shopping sikit2. Lepas shopping sikit2 tu hari pun dah malam. Sebab kitorang keluar dah petang. Malam tu makan kat restoran kunang - kunang. Tak di nafikan cantik restoran kunang - kunang ni. Orang pun ramai. Nak cari meja kosong pun susah. Ada live band lagi. Suara penyanyi dia pun sedap.. tapi sayangnya yang sedap suara dari live band tu jer. Makananya dia.. alahai. Harga dia lebih kurang makan kat seafood kat Jeram. Tapi kat Jeram berbaloi makan. Harga dia bagi sang lekit kat Jeram berbaloi dengan masakan yang di hidangkan. Tapi di kunang - kunang.. Harga nasi goreng cina pun dah RM11++.. kalau kita makan kat restoran tomyam biasa harga dia tak sampai pun RM5. Setakat tambah telur mata, papadom,ayam goreng bahagian wing tu tapi semua rasa mengundang airmata jer.. Pun tak guna jugak kan. Apa yang kitorang makan semalam.. Tomyam campur (rasa hampeh sangat), Ayam rendang (pun boleh makan je), Nasi put...

MULAI 1 JUN ORANG KOMEN BLOG PUN KITA BOLEH KENA TINDAKKAN UNDANG2

Image
Sang Lekit baru dapat 1 info melalui FB berkenaan satu Akta ni.. Akta yang melibatkan pengguna internet. Dari sumber rujukan sang lekit rasa macam boleh jugak percaya jadi sang lekit nak share la. melalui pindaan pada Akta Keterangan, ia menetapkan yang mana para pengguna Internet akan bertanggungjawab terhadap sebarang kandungan yang dihantar ke internet melalui rangkaian ataupun peranti mereka. Secara ringkasnya, sekiranya seseorang pengguna menghantar komen pada blog anda, halaman Facebook Page anda, tweetjack akaun Twitter anda, mahupun dengan “menumpang” talian WiFi anda, maka anda akan dipertanggungjawabkan terhadap sebarang perkara yang dikongsikan melaluinya. Anda mungkin akan menghadapi masalah sekiranya: Anda mempunyai blog, dan seseorang pembaca menerbitkan komen, maka anda akan dianggap sebagai menerbitkan komen tersebut. Anda mempunyai halaman Facebook Pages, dan seseorang pengguna menghantar komen atau menerbitkan sesuatu pada Wall, maka anda akan dianggap seba...

KALAU KAU BOS ELOK BACA

Image
Ini adalah entri terperam dimana waktu entri ni di taip saya masih lagi anak dara & takde anak dara berbanding sekarang saya bukan lagi anak dara & mempunyai seorang baby girl. Waktu menulis entri ni saya seorang perempuan yang bekerja tapi sekarang saya seorang surirumah saja. Saya taknak edit.. Just nak share sebab saya rasa menarik entri terperam ni..   Carian Google Hi Uolls.. selamat malam. Tanpa sedar dah febuari 2010 . Yang bagai nak rak berazam awal tahun tu ari dah mula menjejak azam ker?? Orang berazam ko pun ye ye berazam bagai.. Orang capai bintang, ko taik bintang pun tak merasa nak hidu.. so how?? Alahai dik.. bukan pasal azam la kita nak bersiaran sekarang ni.. dongak skit kat atas tengok title tu.. Yezza.. kita nak cerita pasal bos. Malam2 camni amik la posisi bebas. Tak yah nak berbaris bagai baca cerita ceriti ni. Berpaling tadah ke topik kita ni.. Bos!! Bila dah panggil bos tu.. dah terang tang tang dia la ketua kan?? tak kira la dia bos kat ...

TAK KENA PADAN MUKA BULAN NI

Image
Hari ni lala check up untuk 9 Bulan. Berat naik lebih kurang 1/2 Kg je dari last check up hari tu. Ok la tu dari 2 bulan lepas tak naik, kan?? Nurse kata perkembangan berat lala normal jadi tak perlu risau kalau dia kecik dari baby2 lain yang sebaya dengan dia sebab masa di lahir pun kecik. Untuk pemeriksaan 9 bulan ni takde sebarang suntikan perlu di ambil. Tunggu untuk suntikan 1 tahun je nanti. Tapi lala masih ada appoitment untuk 17 July nanti. Tentang perkembangan lain nurse kata lala masih normal walau lambat sikit. Macam orang2 lain cakap la.. Lain baby lain perkembangan dia. Cukup la sekadar lala sihat & membesar dengan normal macam baby2 lain. Sang Lekit ni seorang mummy yang sangat mengelabah. Berat anak tak naik mengelabah.. Anak lambat belajar kemahiran baru mengelabah.. Anak sakit sikit pun mengelabah. Walaupun lala dari sudut pandangan sang lekit aktif & jarang sakit. Haritu kena selsema & batuk cepat je baik. Kiranya lala dalam kategori bayi yang antibodi...