Posts

DAH SETAHUN SEBULAN.. BUAT APA GAMAKNYA?

Image
Sejak menginjak ke setahun ni.. kurang dah entri pasal dia.. dah setahun sebulan lebih dah. Takde sesi canang2 pasal dia.. takde sesi2 tayang2 muka dia kat blog ni.. jadi apa cerita dia sekarang yer?? Syok main jongkang jongkit dengan mummy Setahun sebulan ni apa perkembangan budak lala tu yer.. Budak lala macam biasa, aktif & sihat. Gigi baru muncul dua batang (Gigi bawah). Belum boleh jalan... tapi sang lekit tak risau sangat sebab lala tak menunjukkan dia ada sebarang masalah sebab dia masih berusaha memantapkan skill2 yang ada untuk berjalan. Mungkin lala tak secepat baby2 lain.. Tapi Insyaallah tak lama lagi berjalan la si lala tu. walau dia masih berjalan dengan berpaut pada sesuatu.. tapi sel2 otak dia dah banyak bersambung. Buktinya trick dia cukup banyak. Kalau dia nak memanjat kat tempat dia tak sampai.. dia dah pandai guna benda2 yang ada sekitar untuk dia jadikan pelapik. Tepi katil ada meja jepun yang kecik tu bapak dia guna letak laptop.. kalau dia nak panjat ka...

PENYOKONG POLITIK ATAS PAGAR

Image
Kalau cakap pasal politik memang la den tak pandai.. Sebab den ni bukan orang politik atau manusia yang fanatik pada politik. Tapi den ni suka ambil tahu sikit - sikit la tentang semua benda & isu. Walau bukan jenis suka khatam. Terus terang sang lekit tak pernah mengundi & daftar pengundi pun arwah ayah yang daftarkan. Dari di kampung sampai la keluar kampung memang sejak dulu sang lekit tak pernah terlibat dengan mana2 aktiviti yang berkaitan dengan mana2 parti. Cuma memandang saja.. Politik sekarang bagi sang lekit memecah belahkan manusia.. Masing2 rasa diri betul. Sorang pun tak nak mengaku benda tu salah walau terang2 salah. Masing2 anggap perjuangan mereka tu baik untuk rakyat. Bila mula bersaing.. mula timbul macam2 fitnah untuk menjatuhkan sesama sendiri. Bila dah masuk bab politik semua jadi kucar kacir.. Agama di politikkan.. bangsa di politikkan.. semuanya jadi politik.. sampai ada pengikut yang fanatik ni nak sembahyang kat masjid pun tanya dulu.. masjid siap...

KESAN KONTROVERSI BABAK CERAI FILEM 3 HARI

Image
Semua orang tahu kecoh pasal isu kes adengan cerai berai yang kononnya ada dalam filem 3 hari lakonan Vanida Imran & Rashidi. Kononnya Dalam filem tu Rashidi melafazkan talak pada Vanida bagi menjayakan adengan yang dikatakan ada dalam filem tersebut. Betul tak betul sang lekit tak tahu sebab tak tengok.. Bagi orang yang tengok tahu la samada betul @ tak ada babak2 macam tu dalam filem tu. Tapi kalau mengikut hukum la kan.. sekiranya benda tu terjadi walau atas niat sekadar berlakon sekalipun memang sah lafaz talak tu.. Tapi bukan sang lekit cakap memang dorang ada melakonkan perbuatan tersebut yer..  Sang Lekit cakap kalau ada.. baca betul2 kang tak pasal2 datang komen nak saman sang lekit pulak. kekekekekeke Bukan pasal cerai berai.. talak bagai ni yang sang lekit nak komen & mengupas ngupis.. Tapi kesan dari kontroversi tu. Secara tak sengaja.. kontroversi tersebut macam jadi satu promosi kepada filem tu & sekaligus memberi publisiti kepada filem jugak pelakon mahu...

APA RASA BUANG ANAK MAKHLUK LAIN?

Image
Sungguh aku tak paham.. sungguh aku memang tak boleh cuba paham apatah lagi cuba merasai apa yang mereka tu fikir  & rasa. Sungguh aku tak mampu nak letakkan diri kat tempat orang - orang macam tu sebab aku tak memiliki sekeping hati yang kejam.. Sebab tu aku tak boleh langsung nak menjiwai perasaan spesis manusia macam tu.. Spesis manusia macam mana sang lekit?? Ni ha.. spesis manusia yang takde perikemanusiaan. Mentang2 dia manusia.. Dia rasa bumi ni dia la yang punya. Manusia yang suka buang kucing.. OK.. kucing yang dah boleh berdikari mungkin walau susah nak survive hidup di jalanan at least dia boleh jugak mengelak dari sebarang ancaman.. Ni anak kucing.. mata pun tak berapa celik lagi.. jangankan nak lari dari ancaman.. nak makan pun tak reti. Yang dia tau minum susu mak dia jer.. Pun ada manusia yang berhati syaiton sanggup buang. Sama la macam kau nak bunuh budak kucing tu kan?? Akai letak mana pun tak tau. Bagi sang lekit la kan.. spesis macam ni tak mustahil kala...

HARAM TONTON CERITA SERAM?

Image
Sapa yang baca entri ni peminat cerita seram?? Tak kira cerita tu cerita tempatan ataupun luar. Sang lekit percaya masih ramai peminat filem seram sebab tu sampai sekarang produser filem  & drama masih lagi mengeluarkan produk2 berunsur seram & stesen TV pun tak jemu2 & tak serik2 nak tayang cerita2 seram ni. Mustahil ada pengeluaran tapi takde permintaan, kan?? Saya mengaku saya seorang pengemar cerita seram & selalu di ejek oleh asben saya sebab suka tengok cerita yang berunsur misteri, mistik.. hantu.. pontianak.. langsuir.. saka bagai ni. Tak tau la nak cakap sebab apa minat tapi yang pasti bila tengok tak jemu sangat.. Sebab cerita2 macam ni kurang dialog2 cinta.. ayat2 syahdu mahdu rahcun bagai tu.. cerita2 macam ni boleh di katakan tak mengantuk sangat. Kalau dulu zaman kanak2 ribena yang baru nak membesar bagai juara tu cerita2 seram ni tak di nafikan mampu menghantui diriku lebih2 lagi takhkala malam tiba.. Nak ke bilik air takut.. nak ke jamban takut.. n...

UNTUNG KE JADI SURIRUMAH?

Image
Selalu dengar orang cakap.. untung la hang tak kerja, boleh jaga anak sendiri tak penat sangat. Macam aku ni balik keja nak buat keja rumah lagi.. Nak masak lagi.. nak jaga anak lagi. Pagi kena bangun awai nak pi keja, dah la malam2 kena bangun susu anak. Penat Oo.." Soal untung rugi rasanya lebih untung bagi mereka2 yang berkerja sebab ada duit gaji sendiri berbanding golongan surirumah yang hanya bergantung pada poket suami. Nak apa2 kena tunggu asben bagi duit tu pun kalau permintaan dapat approval kan?? Kalau tak dapat.. maka melopong la sorang - sorang. Kena cari skill macam - macam nak pujuk. betul tak?? Tu soal untung & rugi.. Soal penat tak penat lak.. Meh sini sang lekit nak mengupas ngupis & mengopek isu penat ke tak penat jadi surirumahtangga ni. Carian Google Penat... Malah bagi sang lekit lebih penat dari para ibu yang bekerjaya & berkerja ni. Korang bayangkan.. Korang kata pagi kena bangun awal nak pergi keja.. surirumah pun kena bangun awal jugak...

GIGI PALSU MAKCIK

Image
Sat.. sat.. Noh! Gelak dulu.. Uwakakakakakaka..   Warm up dulu Uolls Maaf.. Bukan kerana gila tau! Tetiba jer teringakt kisah gigi palsu dek kerana 1 comment kat FB wall aku. Kisahnya sal gigi palsu makcik. Masa aku kecik2 memang aku tinggal dengan makcik aku sampai umur aku 15 tahun. Lepas abang sepupu aku kawen (Anak tunggal makcik aku) so, aku kembali la kepangkal jalan tinggal dengan mak bapak aku balik. Yelah.. Segan la kan?? Abang aku dah berbini & aku pikir dah ada orang temankan makcik aku, kan?? Mummy Daddy.. I'm back Op's dah terlari lari anak dari topik kita yer.. Berbalik kisah gigi palsu. Aku selalu tengok makcik aku gosok gigi masa kecik2 dulu. Bila dia nak gosok gigi jer dia buka gigi & pegang baru gosok. Al-maklum la gigi palsu. Atas bawah lak tu. Dah tu gigi palsu penuh bukan yang 1 or 2 batang punya. Mungkin time tu aku masih di tahap pembelajaran & tumbesaran.. so, kebengongan memang terserlah la. Dah la bengong tak reti l...