Posts

MAKAN MEE KUNING SEPANJANG MINGGU

Image
Dah lama jugak la budak kecik buat perangai tak nak makan. Nak susu jer.. Jadi lama jugak sang lekit cutikan lala dari makan & sejak seminggu lalu sang lekit cuba balik bagi dia makan. Dalam kuantiti yang sedikit & sekali je sehari. Kang bagi banyak2 takut dia stress kena paksa makan, langsung tak nak makan. Menu sepanjang minggu ni adalah mee. First time bagi dia makan mee.. sang lekit buat dia mee sup ayam campur taugeh. Nampak dia suka jugak makan. Esoknya try buat mee goreng pulak. dia makan jugak. Sebab dua hari berturut2 dia makan mee tukar pasta pulak. Buat creamy pasta. Dia makan jugak. Lepas tu buat pasta yang takde creamy2 dah.. Dia taknak makan. Esoknya buat mee balik. Mee sup ayam campur sayur sawi. Dia makan. hari seterusnya mee hailam. dia makan & hari ni mee hailam lagi Jarang2 sang lekit nak tayang masakan hasil air tangan sendiri kan?? Ni la rupa bentuk hasil bersilat dengan kuali, sudip bagai.. Untuk shahila je. Mee hailam melekit. kekekeke Nampa...

PERAH JUS OREN MACAM PERAH SANTAN, GILA GELI!

Image
Kalau korang la kan.. Tengah tunggu order makan & minum korang sambil duduk meja berdepan dengan tempat buat air kat sebuah gerai makan tetiba secara tak sengaja ternampak la Fresh oren yang korang order di ramas - ramas jejari hitam sebelum di hidang untuk korang, korang minum tak?? Jawab dulu dalam hati sebelum terus baca entri ni.. Dah jawab semua.. Sapa yang jawab sanggup minum di nasihatkan jangan baca entri ni sampai ke titik noktah terakhir, sapa yang jawab muntah hijau kalau minum mari terus membaca sambil membayangkan situasinya. Alkisahnya semalam.. keluar dengan asben & lala pergi makan kat sebuah kedai makan yang biasa kita makan kat sg buloh. Sebab laki daku gemar sangat ayam golek beliau, jadi kita park la kat situ untuk jamah makan malam. Di ringkaskan cerita dah order bagai, kita tunggu la macam biasa kan. Kebetulan meja kita amik tu berdepan dengan tempat buat air, sebab dekat dengan TV. Yelah.. budak lala ni kalau tengok tv diam la sikit. Layan jugak la ce...

KISAH USTAZ KAZIM ELIAS DI HINA DI HARI RAYA

Image
Tersentuh hati membaca cerita pendek dari Ustaz Kazim Elias ni.. Kita tengok dia hari ni menikmati kehidupan yang selesa, dengan rezeki yang ada dia membuka sekolah tahfiz pada anak2 yatim & anak2 miskin tapi ramai yang tak tahu sejarah hidup ustaz kazim yang bergelar anak yatim sejak dari usia 8 bulan selepas ayahnya meninggal dunia. Lahir dalam keluarga besar, bila arwah ayah ustaz kazim ni meninggal dunia jadi ibu dia la memikul semua tanggungjawab dengan berbekalkan pendapatan dari hasil menjadi guru mengaji al quran. Zaman kanak - kanak beliau menyelitkan 1 kisah yang sangat2 menyentuh hati daku bila membacanya.. Jom la kita sama2 baca Dari cerita ustaz kazim ni sang lekit pun terasa jugak sebab sang lekit pun lahir dalam keluarga yang tak berapa kecik. 6 orang adik beradik perempuan yang lahir jaraknya tak jauh. setahun.. dua tahun macam tu la. Bayangkan masa kecik.. semua pun lebih kurang je usianya. Time tu kita boleh nampak mana yang anggap kita sedara mana yang ang...

PRU13: NAK TAHU SIAPA YANG PATUT & TAK PATUT KORANG UNDI

Image
Dah tak lama lagi kot nak PRU13 ni kan?? Tunggu je pengumuman tarikh nya. Jadi kita sebagai rakyat malaysia yang beragama Islam, jom kita tengok siapa yang patut kita undi & tidak semasa pilihanraya nanti. Gambar Carian Google Dalam surah Ali Imran ayat 28 dan dalam surah An-Nisa' ayat 139 dan juga ayat 144 menegaskan dengan terang larangan melantik orang kafir menjadi pemimpin kepada orang-orang Islam walau dalam apa bidang sekalipun. Ini kerana dalam Islam seorang pemimpin bertanggungjawab soal amar makruf dan nahi mungkar, soal ibadat, dan lain-lain, sedangkan orang yang kafir tidak bertanggungjawab terhadap masalah ini, sebaliknya mereka hanya bertanggungjawab terhadap agama mereka sahaja. Bagaimanapun di kalangan ulama' ada yang berpendapat boleh melantik orang yang bukan Islam untuk menjadi pemimpin kepada umat Islam bukan dalam bentuknya yang umum seperti presiden atau perdana menteri yang melibatkan urusan langsung umat Islam, tetapi dalam bidang-bidang ter...

VIDEO SEDUTAN AKSI PORNO TERSELIT DALAM FILEM MELAYU

Image
Semua mesti tertanya tanya filem melayu mana yang selit aksi porno. Bukan satu dah.. ada banyak dah filem cuba menampilan aksi porno berselimut sebagai pelaris untuk filem tu jadi laku & box office. Terbaru filem Amukkan Azazil yang menjadi kontroversi hangat bila ada babak Ranjang "Malam Pertama yang di lakonkan dua artis popular tanah air. Walaupun katanya babak tu dah di potong untuk tayangan tapi tetap juga ada di youtube babak tu yang boleh di tonton. Pandangan daku ringkas & pedas sikit.. Adengan tu bagi aku saja di adakan untuk dijadikan kontroversi. Bila jadi kontroversi dapat la publisiti.. Bila dapat publisiti ramai la orang nak tengok. Bila orang ramai tengok, untung la mereka2 itu. Tolong la pembikin filem.. Tolong la tak payah guna trick adengan ranjang untuk pelaris filem kau tu!! Hanya filem sampah je akan buat macam tu sebab dia tau filem dia tak pengisian & kekuatan jadi tunjuk aksi romen2 sikit confirm orang berpusu nak tengok. Aduhai.. sundal s...

AWAS! PENIAGA MAKANAN KENA TAHU PASAL NI

Image
Kadang peniaga ni nak jimat sesatu benda tu sampai buat benda yang menampakkan kebodohan sendiri juga mengundang kemarahan pelanggan. Itu biasa kita jumpa, & masih ramai lagi peniaga spesis nak untung banyak tapi nak modal sikit. Salah satu spesis peniaga yang sang lekit rasa macam nak tunjal2 je dahi dia jenis peniaga makanan yang tahap bakhil (mustahil bodoh) sampai kalau kita minta dia bungkus makanan berkuah di sekalikan dalam satu plastik. Contoh kita minta dia bungkuskan meehon tomyam, dia bungkuskan tomyam & meehoon tu dalam 1 plastik, korang sendiri tau apa akan jadi kalau benda tu tak di makan dengan segera. Ye betul.. meehoon itu akan menyerap kuah tomyam sampai kering & meehoon itu akan jadi lembik selembik lembiknya. Korang rasa ada selera nak telan lagi tak?? Tau la kalau ada orang memang suka makan mee, bihun,@ apa2 yang sewaktu dengannya bila dah lembik ala2 moi budak bawah setahun, kan?? Dalam kes ni depa (peniaga) bukan bodoh tapi nak buat kerja senang ...

MISTERI BENCI JADI SUKA

Image
kalau korang pelik tak orang yang selama bertahun2 berjiran dengan korang serempak jangankan nak tegur, senyum pun tidak. Maintaince dengan muka kelat tetiba datang ketuk pintu rumah korang kemudian tiba2 nak baik & berkawan dengan korang?? Pelik, kan?? Motip tetiba je jadi baik sangat. Hidayah apakah yang dia dapat sampai boleh berubah secara drastik macam tu?? Alkisahnya jiran daku yang sorang ni.. selama dekat 6 tahun sang lekit tinggal kat rumah ni dari bujang sampai anak dah setahun lebih tak pernah nak tegur apatah lagi senyum. Dari muka dia bila terserempak dengan sang lekit jelas nampak dia memang tak suka dengan daku tanpa sebab yang jelas & nyata. Cuma yang sang lekit tahu sebelum ni dia bestfriend dengan si tua singh bermulut puaka sebelah umah sang lekit ni. Apa yang sang lekit dapat teka mungkin si singh tua tu la kot memburukkan sang lekit kat dia sampai dia jadi benci dengan sang lekit walau kami tak pernah pun berkenalan. Sebelum kawen memang sang lekit ada ...