Posts

24 APRIL.. TENANGLAH KAU DISANA

Dah tiga tahun kita tak jumpa, kan Ayah. Dah 3 tahun Ayah tak datang sini jenguk anak Ayah. Dah 3 tahun takde call dari Ayah tanya bila nak balik kampung. Dah 3 tahun Ayah... Dah 3 tahun rindu ni tak terubat. Ayah.. Jodoh yang ayah restui ni Alhamdulillah membahagiakan. Cucu Ayah pun dah Setahun 8 bulan. Lasak sangat Ayah. Menantu Ayah pun dah semakin dewasa, Anak pun sama dah semakin berusia. Hajat Ayah nak bawak kami jenjalan kat Langkawi selepas selesai majlis kawen dulu kami dah tunaikan dengan kami pergi sendiri mengendong shahila dalam perut semasa usianya 5 bulan. tapi kalau ada Ayah.. mesti lagi meriah. Ayah.. Rumah Ayah dah banyak berubah. An & kakna dah renovate tapi masih ada bahagian yang pernah ayah buat sendiri tu. Tapi kat situ dah jadi bilik mak sekarang walau mak tak tidur pun dalam bilik. Besar bilik tu..  Bilik Mak sekarang ni kan bekas ruang tamu rumah kita dulu. Mak macam biasa la dia suka tidur depan TV sebab tengah2 malam dia suka tengok filem tamil. ...

SESUATU YANG KORANG BELUM TAHU PASAL BAGPACK

Image
Ni Rahsia tau.. kita2 je tahu. Meh sini dekat dekat.. rapat rapat.. biar sendat. Nak tahu 1 rahsia tak?? Kalau nak tumpukan pembacaan anda hingga ke titik noktah terakhir, hokay! Wahai kengkawan.. musuh musuh.. peminat.. pembenci.. pengemar.. pembaca & pengskodeng blog melekit hari ni sang lekit nak bagi tau 1 rahsia pasal bagpack. Tahukah korang ada 1 page kat FB yang menjual bagpack yang cecantik gitu. Nak tengok koleksi bagpack dia?? Jom kita tengok secebis dua bagpack beliau.. Beg ni sesuai kalau adik2 student nak bawak gi kelas, atau nak balik kampung pun senang @ nak travel pun boleh. Kira bagpack ni memang serbaguna la. Yang ada baby pun sesuai jugak bagi sang lekit sebab dia banyak poket senang nak isi barang. Kalau sumbat dalam 1 space jer semua susah la nak mencari. Jadi beg yang banyak poket ni senang nak letak kunci,minyak angin ker,losyen ke. Bila emergency senang nak capai, kan?? Kalau nak tau detail harga,warna yang ada bagai clik kat sini >> BAGPA...

VIDEO KEMALANGAN NGERI DI FEDERAL HIGHWAY PAGI TADI

Image
Terus gigil tau lepas tengok video tu. Mayat bergelimpangan atas jalan. Tak terkata, cuma di mata terbayang orang tersayang yang mungkin di atas jalan raya sekarang ni. Terus berdoa agar Allah lindungi semua insan2 yang kini di perjalanan, moga selamat. Tak terkata sang lekit. Tengok sekali jer video tu dalam skrin kecik di handphone. Tak berani nak tengok untuk kedua kali. Masih tak tahu punca kemalangan.. kena tunggu siang2 sikit kot boleh update pasal kemalangan ni kat tv @ akhbar nanti. Bagi yang kuat semangat boleh la tonton video ni. Bagi yang rasa diri tu kental2 ubi kentang jer tak payah tengok. Kang terpengsan pulak takde insuran nak cover. Bagi yang nak tengok video tu boleh la clik kat sini >> Kemalangan Ngeri Federal Highway << Semoga mangsa2 yang maut di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman (bagi yang muslim sebab tak sure mangsa yang terlibat tu siapa lagi) & takziah kepada keluarga semua mangsa & Al fatihah.  ** Dok berfacebook,...

MAYBE YES.. MAYBE NO.. DAH 1 TAHUN 8 BULAN HARI NI

Image
Ye.. dah setahun lapan bulan. Menyemak entri bertarikh 15 Januari 2011 dimana test yang di buat sendiri kat rumah positif.. rasa macam alahai sekejab je masa berlalu. Maybe Yes Maybe No dah setahun 8 bulan dah... Lala membesar macam biasa, sihat, aktif, lasak tak kira dalam tidur apatah lagi dalam jaga cuma makan je taknak sekarang ni. Tapi susu kuat jugak dia minum. Suka tidur lewat & bangun pun lewat sekarang ni. Tidur pukul 1 lebih.. bangun pun sekarang paling awal 11.30 pagi.. & pernah sampai pukul 1.30 petang baru dia bangun. Rata2 kalau bawak lala keluar.. Orang tengok akan cakap 'Lasak budak ni'. Ye memang lasak budaknya. Tak reti diam langsung. Tidur pun lasak jugak. Abis semua orang di sebelah dia kena tendang. Kalau lala tendang bukan tendang2 baby.. atau tendang2 manja. Tendang2 perit jugak la rasa. Sampai dady taknak tidur sebelah dia lagi. Dia punya berpusing masa tidur 360 darjah gitu. Tu tak kira kalau dia bangun hempap kepala dia atas badan.. kadan...

PELAKON AZEAN IRDAWATY DI DOAKAN MAMPUS

Image
Amboi kejam sungguh kat tajuk entri tu. Dah la orang tu tengah kritikal berperang dengan penyakit kanser, ada pulak yang doa mampus. Ni bukan takat kena cili mulut harus tumbuk sampai bersepai gigi & gusi ni. Biadap sangat. Tadi sempat jenguk blog cerita retis Oh Bulan yang menulis pasal keadaan pelakon Azean Irdawaty yang kita sedia maklum sudah lama uzur dengan penyakit kanser tu. Keadaan Azean Irdawaty sekarang di katakan agak kritikan bila doktor mengesahkan kanser dah merebak ke bahagian lain dalam tubuh beliau. Pembedahan yang sepatutnya di jalankan 18 April terpaksa di tangguhkan ke 22 April. Gambar terkini Seniwati Azean. Rujukan & sumber di OH bulan Yang sepatutnya kita doakan yang terbaik buat beliau bukan menyumpah seranah supaya MAMPUS. Perkataan mampus tu pun dah melukakan hati banyak pihak terutama keluarga beliau apatah lagi kalau Kak yan kita yang baca komen tu kan?? Rasanya orang macam kau la elok 'Pergi' dulu kot.  Soal hidup mati tu k...

APA LAGI KORANG BOLEH FOLLOW SELAIN BLOG

Image
Nak tahu apa lagi korang boleh follow sang lekit selain blog?? Seperti sedia terpacak kat sidebar ada Link ke account facebook sang lekit dengan nickname surialekatlekit. So kalau rasa nak ber kawan kawanan di facebook boleh la add yer. Selain blog & juga facebook.. Sang lekit juga ada account twitter & yang terbaru instagram. Orang dah kontot jari guna instagram kau baru nak celik jari, boleh gitu. Sebelum ntah napa belum tergerak jari jemari nak adakan account instagram, tetiba dua tiga hari ni rasa nak adakan pula account instagram.. jadi hari ni secara sengaja dah ter ada & terupload dua tiga cebis gambar budak lala. Ok.. bagi mereka2 yang nak berkawan kawanan dengan sang lekit dia twitter boleh add sang lekit kat lekatlekitmami & instagram lalalekatlekit . Yang pasti semua ada lekatlekit, hokay! Yang takde lekat lekit tu semua fake account.. hahahaha. Ada ke orang nak buat fake account sang lekit. Kau fikir kau fasha sandha ker?? Pemes sangat ke kau macam redm...

SELEBRITI YANG PERNAH JADI PENARI BOGEL SEBELUM BERGELAR ARTIS

Image
 Hilang mengantuk tu bila baca tajuk kat atas. Amboi hangpa... suka bebeno dengar perkataan bogel kan?? sebab tu keywords kat blog melekit ni bogel manjang di cari. Apa korang ingat blog ni share cerita lucah & gambar bogel ker?? Carian gambar bogel antara carian tertinggi kat blog melekit padahal takde pun aku pernah share gambar bogel. Hahahaha.. abang tertipu dengan tipah Ini bukan entri lucah atau share gambar2 lucah mahupun video seks menjelang PRU13 ini cuma entri share kisah2 retis popular hollywood yang mungkin kita belum tahu apa dorang buat sebelum terkenal di seantero dunia. Sapa sangka artis yang hot & spicy.. Meletop kebabom serata dunia dulu pernah jadi maskot ayam, penari bogel.. penghantar surat khabar & macam2 kerja yang kita sendiri tak pernah sangka & kalau kita jumpa dorang masa tu pun pasti takde apa yang menarik sangat la dengan pekerjaan mereka, kan?? Jadi jom kita tengok apa yang selebriti dunia ni buat sebelum bergelar retis popu...