Posts

CICAK YANG BERMORAL

Image
Ni bukan la entri racis ke hapa. Ni entri yang nak bagi peringatan pada semua tak kira bangsa yang berkunjung kat AEON kepong. Kisah berkenaan seorang gadis muda berbangsa cina, berambut panjang tak berapa lurus tapi tak curl sangat, bercermin mata, dengan mukanya di penuh foundation tebal yang mula mencair datang pada boyfriend, suami, anak lelaki, abang, adik lelaki.. yang pasti hanya pada lelaki & minta RM5. Nak tau kisahnya.. jom baca Alkisahnya.. semalam, Den bersama asben & lala (anak den) ke Aeon Kepong untuk membeli sikit2 la. Yelah.. orang perempuan tengok baju bajan.. mesti belek sampai ke lapisan benang terakhir gitu. Lama la sikit kan. Dah pilih satu hal.. nak fitting lagi satu hal.. kena berbaris jugak la. Lepas tu nak bayar pun 1 hal.. berbaris lagi. Tapi semalam orang tak ramai sangat. Maybe sebab dah malam ahad kot. Selesai membeli harus lah membelah.. takkan nak tunggu lagi kan. Keluar dari Ladies departmen tu.. harus la cari anak & laki den dulu. Ada jer...

AWAS! ADA PENIAGA GUNA SEMULA LIDI SATE

Image
Sebelum membebel panjang tahukah korang wahai penggemar sate.. bahawa selepas ni & seterusnya korang kena patahkan lidi sate selepas makan. Amalkan selalu kalau makan sate di gerai/restoran/kedai. kecuali di rumah sendiri, hokay. Nak tahu kenapa?? Jom baca apa yang sang lekit nampak semalam.. Alkisahnya petang semalam.. dalam kesibukkan orang pergi mengundi kita laki bini bersama anak dara nan sorang tu pun ambil peluang menyibukkan diri seperti minggu2 yang sebelumnya. Kira rutin mingguan kitorang memang keluar jalan2 cari macam macam la termasuk makan. Taktau la dari mana petunjuk yang asben den dapat dia pi cari makan kat Jalan kampung Pandan sambil tengok kemeriahan orang menyambut hari pilihanraya kat sana. Singgah satu tempat makan yang jenis kedai berderet. Berdepan je dengan signboard yang tulis Jalan Kampung pandan tu ada satu kedai sate. Time kitorang sampai kat situ memang tak buka lagi tapi tengok dorang tengah prepare nak mula meniaga. Ada la longgokkan sate yang d...

USTAZ KAZIM ELIAS NAMPAK ORANG MENYIHIRNYA DALAM MIMPI

Image
Entri lepas cerita pasal pengalaman Ustaz Kazim Elias yang di santau kan. Boleh rujuk entri tu kat sini USTAZ KAZIM ELIAS DI SANTAU . Ini entri kesinambungan entri tu la.. Kuasa Allah tak siapa boleh menafikan. Semua berlaku dengan keizinan Allah jugak. Dengan kuasa Allah.. Allah memperlihatkan orang - orang yang menghantar sihir santau pada Ustaz Kazim Elias ni dalam mimpi dia.  Jom kita baca kesinambungan kisah Ustaz kazim kena santau ni.. Mujur la yang menghantar santau kat ustaz kazim tu sempat insaf & sempat mohon maaf kat Ustaz Kazim kan?? Kalau macam cerita 6 Jahanam tu.. mati sia2 jer tak sempat taubat. Nasib 6 orang ini sedar sebelum terlambat. Moral Of The Story... Jangan menganiaya orang. Balasan Allah kadang2 tak tunggu masuk kubur dulu. Ikut nasib la.. Kalau Allah nak balas kat dunia ni, sapa boleh kata 'TAK BOLEH'. Yang suka main bomoh, suka mengamalkan amalan khurafat & syirik ni, bawak2 la mengucap dua kalimah syahadah. Taubat sebelum terlambat....

USTAZ KAZIM ELIAS DI SANTAU

Image
Bab santau menyantau ni memang kadang ngeri sikit. Kita sedia maklum santau ni paling popular kat negeri perak.. tapi ada daerah2 yang memang popular dengan santau. Santau yang sang lekit tahu ada 2 jenis.. santau tuju tuju & santau angin. Santau tuju tuju tu orang kata.. santau tu memang di hantar seseorang untuk seseorang dengan tujuan tertentu.. santau angin pula dari cerita orang tua2 kat kampung den.. katanya santau tu di lepaskan tanpa arah tujuan. Benda ni katanya di buat oleh bomoh santau, kononnya ada tempoh tertentu dorang kena buang santau kalau tak santau tu makan diri. Tak tau la sejauh mana betul ke tidak.. Jangan kata kita yang tahap yang tak layak bergelar setaz/setazah ni je boleh jadi mangsa sihir.. Golongan Ustaz/Ustazah pun tak terkecuali. Semuanya berlaku dengan Izin Allah. Bila baca pengalaman penceramah & pendakwah bebas Ustaz Mohd Kazim Elias yang pernah terkena santau.. Ngeri jugak la kan?? Sampai muntah darah bagai.. Jadi kalau korang nak tau macam m...

BALIK MENGUNDI, CHECK IN HOTEL.. KITA SETTLE TEPI BANG!

Image
Kakitangan awam ke, kepala awam ke hapa awam ke kalau dah salah tetap la salah kan?? settle tepi ke settle tengah ke settle belakang ke.. Tiada kompromi, hokay!! Sesaja nak share berita hari ni dalam Sinar Harian kisah sorang awek yang berkerja dengan gomen (kakitangan awam) yang terlibat dalam acara mengundi awal  semalam di cekup khalwat dengan boipren dia kat salah sebuah hotel bajet, Batu Pahat Johor. Dia turut mengaku baru sahaja selesai melaksanakan undian awal bagi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dan memberi alasan bimbang untuk pulang sekaligus mendorongnya mendaftar masuk hotel bajet berkenaan bersama teman lelakinya. “Kes ini akan melibatkan kerjaya saya. Tak bolehkah kita 'settle' tepi bang,” katanya. “Semasa pintu bilik berkenaan dibuka, kami menemui seorang lelaki hanya memakai tuala, manakala pasangannya memakai pakaian lengkap. Kelas kau semah cekak rambut reben merah gitu!! Artikel penuh baca kat SINI Apa la dia takut sangat kan nak balik umah samp...

JJCM JANGAN PERMAINKAN TEKAK KAMI!!

Image
Aku memang tak paham sangat dengan rancangan JALAN JALAN CARI MAKAN. Bila dah terkena masuk kali ke 3 dengan restoran yang keluar dalam rancangan Jalan Jalan cari makan di tambah dengan baca entri kak senduk yang juga baru2 ni makan kat restoran yang keluar dalam JJCM, ketidakfahaman motif rancangan jalan - jalan cari makan tu semakin menjadi jadi & membuak buak dalam dada. (Nak baca entri puaka kak senduk kat sini >> Jalan Jalan Cari Nahas << Ahad lepas Anniversary daku & asben yang ke 3 jadi Lala dapat hadiah sebab kitorang bawak dia pegi makan kat restoran Upin Ipin. Sebab aku tengok rancangan Ulangan rancangan JJCM ada tayang makan2 kat restoran Upin Ipin tu. Memandangkan anak daku ni peminat tegar Upin Ipin maka nak bawak jugak dia pergi tempat yang di kelilingi Upin Ipin even dia bukan makan pun. Dia hanya reti minum susu je sejak dua menjak ni. Semua makanan dia tolak. Lala jumpa Upin Ipin Senyum lebar la dia. Sedap ke tak sedap ke.. lalat ke tak lala...

SELAMA TIGA TAHUN

Image
Tiga tahun dah berlalu.. Tiga tahun dah kita bersatu.. Tiga tahun dah kita saling perlu memerlu Tiga tahun dah kita saling bantu membantu Tiga tahun dah kita dalam ikatan yang di restu Tiga tahun dah kita bersama selalu Happy Anniversary to me & you  Gambar lama sekadar hiasan