Posts

BOBO PEWARIS CIKGU SHIDA

Image
Cikgu shida dah ada pewaris?? Bila cikgu shida kawen? Bila ngandung? Bila bersalin?? Semua mesti terkejut kan?? Bagi yang dah lupa cikgu shida siapa mesti tertanya tanya jugak kan?? Cikgu shida pernah mencetuskan fenomena dengan video miming dia kat youtube dulu ingat tak?? Pernah keluar tv radio majalah suratkhabar. pernah popular jugak kat blog melekit satu ketika dulu dengan macam2 kontroversi dengan status2 panas dia?? ingat tak?? tak ingat jugak.. korang google je cikgu shida nanti korang kenal la dia. Berbalik cerita pewaris cikgu shida.. siapakah dia?? Cikgu shida masih kekal dengan status single & anak dara mustahil dia ada anak kan.. Jadi siapakah pewaris cikgu shida ni?? Hahahahaha.. jeng jeng jeng.. BOBO. Kenal bobo?? budak laki yang mencetuskan fenomena dengan video parody lagu sayang nyanyian penyanyi seberang shae tu la. Alah.. yang suka buat video menari sambil duduk tu. Ada satu video miming dia lagu dangdut yang gelek sambil duduk tu paling sang lekit rasa.. ...

SAMPAI PENGSAN TENGOK CIKGU HENSEM

Image
Entri ni bersempena hari guru haritu. Terlupa pulak nak wish selamat hari guru buat semua guru2 & bekas guru2 daku tak kira yang sayang cheq atau yang menyampah dengan cheq mahupun cheq pernah menyampah. Menyampah tak bermakna benci yer cikgu.. Marah2 sayang jer. Terima kasih sebab kerana cikgu cheq mampu tulis blog hari ni. Berbalik pada kisah kenangan daku masa sekolah dulu.. Kenangan tengok cikgu ensem sampai pengsan Uolls.. Dahsyat tak?? Terimbau memori ni sebab ada kawan den upload pic dengan cikgu sipolan tu kat FB. Alkisahnya.. hari pertama masuk tingkatan dua kalau tak silap. Wajib la hari pertama sekolah ada perhimpunan. Biasa la perhimpunan akan abis time matahari dah memacak even matahari pagi lagi tapi tetap panas Uolls. Nak di jadikan cerita.. hari pertama tu ada sorang cikgu baru masuk mengajar kat sekolah sang lekit. Masa perhimpunan harus daku yang didepan dalam barisan. Yelah.. tak cukup inci nak nyorok belakang. Tu pun mula2 taknak baris kat depan.. tapi cikgu...

AFIQ MUIZ TAK KISAH IBUNYA DI SAMAN?? IENA ANGGAP IBU AFIQ TAK SIUMAN

Image
Meleret leret pula kes depa ni kan?? Ni la padahnya bila libatkan media dalam masalah keluarga. Benda sepatutnya tak jadi masalah besar dah jadi sebesar2 besar Malaysia. Dari berbalas kenyataan.. dah masuk kes nak saman menyaman. Memang dalam entri sebelum ni (boleh baca kat sini >> Anak derhaka Vs Ibu Derhaka ) daku tak meletakkan kesalahan ni hanya pada si Afiq (selaku anak) tapi daku melihat puncanya dari mak dia & tetap bagi aku dua beranak ni ada salah depa masing masing. Tapi masing2.. atas kepala batu jugak duduk.. maka masing2 tak nak mengalah. Dalam kes ni aku juga rasa yang patut mengalah adalah si anak.. Ingat yer nak sejahat jahat ibu, syurga tetap di bawah tapak kaki ibu. Tapi nampaknya si Afiq pun dah macam takde belas kasihan kat mak dia & menyokong pulak tindakkan makwe dia si eina tu untuk saman ibunya sendiri. Oh! Dunia... lihatlah! Dalam kes ni memang rasa nak jatuh ayaqmata jugak la kenang nasib si ibu beranak kan si anak macam tu. Dei! tambi.. yen...

ANAK DERHAKA VS IBU DERHAKA

Image
Kecoh orang dok cakap pasal kes retis yang di label anak derhaka gara2 mempertahankan awek dia yang juga sorang retis ni selepas mak dia keluarkan kenyataan dia berubah jadi kurang ajar selepas kenal awek dia tu. Dalam kes ni si mak mulakan dulu.. pi dok buat luahan hati kat media. Motif makcik buat cenggitu yer?? Bukan makcik tak tau anak makcik tu retis.. tergamak makcik busukkan nama dia ke seantero malaysia. Tu kes si mak Bila dah si mak main media.. anak memang dah memang la buruan media apa lagi demi nak bersihkan nama sendiri & mempertahankan aweknya pun taknak kalah & mengalah jugak. Dia pun cerita abis buruk busuk mak dia.. Tu dia. Anak beranak masakini. Hangpa dok kompang kat orang.. mak kata anak tak elok.. anak kata mak yang tak baik. Orang yang dok dengaq macam den ni melihat kegagalan seorang mak menjadi ibu & ketaksuban seorang anak pada cinta sehingga sanggup memburukkan mak sendiri. Pilihan anak beranak ni berperang menggunakan media sebagai penyampai ama...

NAK DUIT & NAK RAMAI PENGUNJUNG KE BLOG KORANG??

Image
Alhamdulillah.. 2013 ni sang lekit tak sia - siakan masa online tanpa menambah koleksi syiling pada tabung online sang lekit. Walaupun tabung syiling itu bermula kebanyakkan dari 20sen tapi hasilnya setiap bulan boleh jugak la buat2 belanja shopping untuk diri sendiri. Sang lekit pernah buat entri pasal says yang sekarang dah bertukar kepada 8share.. Sumber duit poket yang sang lekit dapat dengan online ni kebanyakkan dengan iklan yang berbentuk share bukan banner macam nuffnang. Nampaknya.. lebih mudah sang lekit dapat duit dengan iklan berbentuk share ni sebab kita boleh share kat memana & dengan sesapa saja sambil online. Kalau banner macam Nuffnang tu kena pacak je kat blog tunggu la kalau ada rezeki orang clik.. kalau rezeki mudah sikit dapat iklan CPUV yang earning dia kira dari jumlah visitor semasa iklan di siarkan kat blog. Benda tu susah sikit.. Hendak seribu daya... Jadi sang lekit sekarang memang mana2 ada iklan berbentuk share ni sang lekit akan cuba. Kat sini sang...

AWAS DENGAN AMOI CINA YANG MINTA RM5 DI AEON KEPONG

Image
Ni bukan la entri racis ke hapa. Ni entri yang nak bagi peringatan pada semua tak kira bangsa yang berkunjung kat AEON kepong. Kisah berkenaan seorang gadis muda berbangsa cina, berambut panjang tak berapa lurus tapi tak curl sangat, bercermin mata, dengan mukanya di penuh foundation tebal yang mula mencair datang pada boyfriend, suami, anak lelaki, abang, adik lelaki.. yang pasti hanya pada lelaki & minta RM5. Nak tau kisahnya.. jom baca Alkisahnya.. semalam, Den bersama asben & lala (anak den) ke Aeon Kepong untuk membeli sikit2 la. Yelah.. orang perempuan tengok baju bajan.. mesti belek sampai ke lapisan benang terakhir gitu. Lama la sikit kan. Dah pilih satu hal.. nak fitting lagi satu hal.. kena berbaris jugak la. Lepas tu nak bayar pun 1 hal.. berbaris lagi. Tapi semalam orang tak ramai sangat. Maybe sebab dah malam ahad kot. Selesai membeli harus lah membelah.. takkan nak tunggu lagi kan. Keluar dari Ladies departmen tu.. harus la cari anak & laki den dulu. Ada jer...

3 MAULANA.. TEATER PERTAMA LALA

Image
 Dekat dua tahun jugak tak jenguk Panggung Teater DBKL. Last tengok teater kat situ rasanya tengah pregnant lala.. tak sure berapa bulan tapi masa tu perut dah bulat la. Lepas tu dah takde lagi. Nak2 lagi bila si kecik dah keluar dari perut. Semalam setelah hampir 2 tahun jugak tak tengok sebarang teater, buat pertama kalinya bawak lala & acu pergi tengok teater 3 maulana kat panggung DBKL. Hokay.. lala belum layak di bawak menonton teater. Sebabnya dia tak tau duduk diam.. lepas tu suka nak buat bising. Mula2 masuk ok lagi.. dekat 10 minit dia mula bosan.. mula la macam2 bunyi keluar dari mulut dia dengan duduk tak diam. Lepas tu terpaksa daddy seludup keluar budak kecik tu. Daddy sempat tengok separuh jalan jer. Sementara lala tak jadi semakin aktif dalam panggung tu & membuat bising sampai ganggu orang lain harus bawak keluar. Walaupun lala bunyi sikit2.. tak berapa kuat, acu kata orang sebelah dia macam merungut. Sumpah.. rasanya gelak dorang tu lagi kuat.. lala cum...